Mahathir Silap 100%, Tiada Campurtangan Kerajaan Dalam Perletakan Jawatan CEO Penerbanga Malaysia

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB), Peter Bellew, menafikan tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya berlaku campur tangan dalam peletakan jawatannya.

Katanya, keputusannya meletak jawatan adalah disebabkan mahu kembali berkhidmat ke negaranya Ireland selain mahu bersama keluarga.

Mahathir silap sepenuhnya. Seratus peratus silap. Tiada campur tangan sesiapa dalam keputusan saya ini.

“Saya hanya mahu balik kampung. Itu saja. Balik kampung. Negaraku dan kembali ke pangkuan mereka yang saya sayangi,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam urusan MAB hingga mendorong warga Ireland itu meletak jawatan.

Bellew berkata, keputusan Khazanah Nasional Bhd melantik Kapten Izham Ismail sebagai penggantinya adalah tindakan tepat.

Katanya, Izham adalah anak jati negara ini yang popular dalam kalangan kakitangan MAB.

“Saya mengenali beliau (Izham) dengan rapat. Beliau adalah orang pertama yang saya jumpa ketika mula-mula bertugas di MAB, malah pernah bekerja bersama sehingga lewat pagi.

“Beliau seorang yang hebat dan berpengetahuan luas, saya harap beliau akan mendapat sokongan sepenuhnya untuk mengemudi MAB,” katanya.

Khamis lalu, Bellew mengumumkan peletakan jawatannya selaku CEO MAB untuk kembali ke Ireland bagi menyertai syarikat penerbangan Ryanair sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Sehari selepas itu, MAB mengumumkan pelantikan Izham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Izham yang kini memegang jawatan Ketua Operasi Kumpulan (COO) akan menyandang jawatan GCEO pada 1 Disember ini, menggantikan Bellew yang kini dalam cuti pentadbiran.





Author:

Facebook Comment