Helikopter Dinaiki Menteri Kabinet Sarawak Mendarat Cemas

BINTANGOR – Sebuah helikopter yang dinaiki Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian melakukan pendaratan cemas di padang Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) hari ini.

Difahamkan beliau bersama empat orang lagi termasuk juruterbang dalam perjalanan dari Kuching untuk ke Sibu yang bertolak pada pukul 1 petang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Kita difahamkan pendaratan cemas dibuat setelah juruterbang mendapati cuaca dalam perjalanan kurang baik dengan hujan dan berangin.

“Semuanya selamat dan tiada sebarang bantuan diperlukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.





Author:

Facebook Comment