Anina Pun Tak Tahan Dengan Perangai Kuat Memfitnah MahaCai Parti Cap Bunga

Pengasas Parti Cap Bunga pun tak tertahan dengan ahli-ahli Parti Cap Bunga yang memang kuat memfitnah.

Lalu dia memfailkan saman!

*********
*Dituduh terima RM7 juta, Anina saman 6 pemimpin PPBM*



Bekas ahli pengasas PPBM, Anina Saaduddin hari ini memfailkan saman fitnah terhadap 6 ahli parti berkenaan kerana mendakwa dirinya menerima RM7 juta daripada Umno.

Katanya, tindakan diambil selepas keenam-enam mereka gagal mengemukakan sebarang permohonan maaf atau menarik semula kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook pada Mei lalu.

Empat daripada mereka merupakan sebahagian barisan kepimpinan PPBM Langkawi, yang diketuai Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anina berkata beliau sudah pun melakukan proses dalaman seperti mengadu kepada Jawatankuasa Disiplin PPBM pada 2 Ogos 2017, tetapi tiada sebarang siasatan dilakukan,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini.

Saman fitnah itu difailkan semalam di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Anina berkata beliau akan menamakan 6 individu berkenaan selepas mereka menerima notis peguam.

Beliau kesal fitnah itu disebarkan oleh pucuk pimpinan PPBM Langkawi.

“Saya kesal kerana sikap buruk, tidak cerdik dan jahat individu-individu ini bukan sahaja menjejaskan nama baik dan kredibiliti saya sebagai ahli politik muda, lebih dahsyat ianya turut menjejaskan nama baik dan kewibawaan pemimpin besar iaitu Dr Mahathir selaku pengerusi parti,” katanya.

Anina turut mempersoalkan kepimpinan tertinggi PPBM tidak mengambil tindakan lebih awal berhubung pendedahan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman tentang “Rangkaian Dedak Terancang” sehingga menuduhnya terima RM7 juta.

Katanya, Syed Saddiq mengetahui perkara tersebut sejak Disember 2016.

Katanya, tuduhan kononnya beliau menerima RM7 juta tidak lebih daripada tujuan untuk menutup kelemahan PPBM.

“Kenapa Rangkaian Dedak Terancang yang kononnya diketahui sejak Disember 2016 hanya didedahkan baru-baru ini?” katana, dan mempersoalkan sama ada keputusan memecatnya daripada jawatan Ketua Srikandi pada Disember 2016 dan mengeluarkannya dari kumpulan Whatsapp “MPT PPBM” itu ada kaitan dengan “tangan-tangan ghaib” dalam PPBM.

Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa wujud rangkaian dedak yang sistematik supaya beliau keluar PPBM.

Menurutnya, gerakan itu dilakukan sejak tahun lalu, supaya beliau mengikut tindakan beberapa kepimpinan tertinggi PPBM yang meninggalkan parti itu.

Pada 18 Julai, Anina membuat laporan polis susulan dakwaan beliau menerima wang sebanyak RM7 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kembali menyertai Umno.

Beliau turut melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anina mendakwa antara individu yang menuduhnya menerima wang RM7 juta ialah Setiausaha PPBM Langkawi, Puteri Fataharyati Harun.

Katanya, laporan polis itu merujuk kepada kenyataan terbuka yang dibuat Fataharyati menerusi di Facebook 31 Mei lalu.

Selain Anina, turut sama menafikan dakwaan menerima RM7 juta itu adalah bekas pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman dan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman.




Author:

Facebook Comment