Selepas Gagal Di Petaling Jaya, Mahu Berdemo Pula Di Alor Setar

Selepas Gagal Di Petaling Jaya, Mahu Berdemo Pula Di Alor Setar
Sesudah gagal di Petaling Jaya pada perhimpunan pertama Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, Sabtu lepas, pembangkang mahu buat lagi himpunan yang sama. Kali ini di Alor Setar, Kedah.

Perhimpunan di Kedah itu akan diadakan di Dataran Harapan Baru Stargate dan ia bermula pada pukul 4 petang hingga 12 malam. Sejumlah 100,000 orang dijangka akan hadir di Kedah, seperti yang diangan-angankan oleh Presiden PAN, Mat Sabu.

"Ramai orang dari merata-rata pelusuk Malaysia akan hadir di Kedah memberi sokongan kepada demonstrasi Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Pengerusi PH, Mahathir Mohamad dan DAP" kata Mat Sabu.

Di Padang Timur MBPJ, Mat Sabu kata ada 100,000 akan hadir. Kemudian turun angka jadi 30,000. Petang itu, Mat Sabu amat yakin akan "achieve target" dan padang akan "melimpah limpah" dengan orang katanya.

Akhirnya yang hadir 4,000 orang sahaja. Hanya 4% sahaja dari sasaran sebenar. Hari ini di Alor Setar, entah berapa juta orang lah yang dijangka hadir. Silap silap "melimpah ruah" sampai ke atas "highway".

Mat Sabu dan Mahathir amat yakin orang Kedah akan datang untuk "dengaq" kelentong basi depa malam ini. Belum tentu lagi orang Kedah akan "mai". Orang Kedah pun cerdik, depa tau dah siapa yang duk kelentong depa berpuluh tahun dulu.

Kubang Pasu apa jadi setelah 22 tahun orang itu jadi Perdana Menteri. Berapa ramai orang Kubang Pasu yang keluar dari kemiskinan sejak dia jadi PM? Rumah dia pun tak dak di Kubang Pasu, ada di Country Height, The Mines dan London. Sebab itulah masa Mahathir bertanding G7 dulu, orang Kubang Pasu bagi dia kalah.

Malam ini, Mahathir nak mai Kedah cerita bab "kelentong-basi" lagi. Kalau orang Kedah tanya nanti jenuh Mahathir hendak jawab. Mahathir boleh jawab kah kalau ada orang tanya soalan sebegini ;

"Lanun Kerala mana yang curi duit sampai RM32 billion? Duit tu hang sorok pi mana?"

Pasti ada kerusi terbang kalau ada orang tanya soalan macam itu malam ini.

Kalau untuk perhimpunan kedua ini, gagal dan kehadirannya lebih teruk, Mahathir kena akur bahawa kepimpinannya dalam PH telah gagal sepenuhnya.

Dua kali cuba cetuskan momentum sebelum pilihanraya. Dua kali gagal. Tidak memberi impak yang diharapkan sebelum PRU14. Tengok muka Ambiga, Wan Azizah dan Kit Siang, sudah tahu awal lagi yang himpunan itu gagal.

Untuk mengelak pembangkang daripada rugi akibat kegagalan kali kedua, kutipan derma dijangka akan dilaksanakan sekali lagi di Alor Setar malam ini. Jika di Petaling Jaya dapat kutip RM68,000, malam ini entah berapa yang akan dikutip dari poket rakyat untuk habuan pemimpin pemimpin di atas pentas.

Mat Sabu seperti biasa akan jadi wakil DAP untuk umum sesi kutipan derma pada malam ini nanti. Berapa pula jumlah kehadiran malam ini? Mat Sabu mesti akan sebut ratusan ribu.

Lagi ramai orang dekat pasar malam dan nat (pasar pagi). Orang Kedah sudah tahu, Mahathir sekarang sedang diperkudakan oleh DAP. Mahathir hanyalah alat memancing undi Melayu sahaja.

Sanggup cakap apa sahaja demi DAP. Orang Kedah lebih percaya Tok Bashah dan Barisan Nasional di Kedah. Tok Bashah duk di Alor Setar, dia tak balik rumah di KL pada setiap petang Khamis.

Baik ambil pemimpin yang duduk di Kedah dari orang itu yang hanya mau kuasa sahaja di Kedah. Orang Ayer Hitam lama tak jumpa YB mereka. Lama dah hilang tak tau pi mana. Boboi namanya. DUN pun tidak terjaga, duk kalut hendak jadi Perdana Menteri pulak dah. 

Read More

Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang Gali Kubur Sendiri

Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang Gali Kubur Sendiri
Masih adakah lagi penjawat awam yang masih simpati dan sokong Mahathir? Kalau ada, maka eloklah berhenti sahaja. Ini kerana Mahathir sekarang sudah jadi ulu kapak kepada DAP untuk tebang pokok sendiri. 

Mahathir sekarang lebih suka tengok kakitangan awam hidup susah seperti di zamannya dahulu.

Terbaru, Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.

Sebelum ini Mahathir berkata mahu buang penjawat awam jika DAP dan Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya. 

"Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan kerajaaan tertentu yang perlu disingkir oleh kita juga” kata Mahathir ketika berucap di Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

Banyak lagi agenda DAP yang mahu buang kakitangan awam ini. Kalau tidak percaya, baca pautan ini ;

Memang benarlah ada orang kata darah yang mengalir dalam tubuh Mahathir sekarang sudah diresapi 'virus' DAP. Mahu buang penjawat awam, kutuk bangsa lain tetapi puji DAP sebagai "bukan lagi syaitan" adalah simptom simptom jangkitan virus DAP. 

Betullah kata Nik Abduh itu, barangkali otaknya "sudah senget". Hanya penjawat awam yang "otak senget" sahaja yang tidak setuju gaji dinaikkan. 

Dulu Tony Pua pernah kata gaji penjawat awam ini satu beban. Sekarang Mahathir sudah dengar cakap Tony Pua. Mahathir pun kata tindakan Najib menaikkan gaji kepada kakitangan kerajaan ini sebagai satu beban.

Apakah salah tindakan kerajaan Barisan Nasional mahu menambah kuasa beli rakyat khususnya 1.6 juta penjawat awam kerajaan? Ianya tidak salah. Ianya demi kebajikan rakyat. Kenapa Mahathir dan DAP anggap ianya salah dan beban?

Benarlah apa yang dikata oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semasa berucap di hadapan 377 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) muda pada 19 Oktober 2017 ; 

"Kerajaan sekarang di landasan yang tepat dan cemerlang, justeru jangan percaya kepada sesetengah pihak yang sengaja mahu mensabotaj negara"

Apakah yang mahu diharapkan lagi oleh 1.6 juta penjawat awam kerajaan terhadap Pakatan Harapan? Jika pengerusinya sendiri menganggap penjawat awam kerajaan sebagai beban dan merugikan.

Inilah gambaran awal kepada nasib dan masa depan penjawat awam kerajaan di Malaysia jika Pakatan Harapan memegang kuasa. Tidak mustahil, hampir separuh dari jumlah 1.6 juta penjawat awam akan dibuang kerja jika DAP dan Pakatan Harapan memerintah. 

Jauh berbeza dengan corak kepimpinan Datuk Seri Najib sekarang. Bukan sahaja memberi pelbagai insentif melalui setiap kali pembentangan bajet, malah masa depan penjawat awam kerajaan juga tetap menjadi aspek utama kepada fokus Kerajaan Malaysia pada hari ini. 

Sejak lapan tahun di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib, banyak manfaat yang penjawat awam dapat. Antaranya ialah ;

1) gaji penjawat awam naik sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012, 

2) pencen minimum daripada RM720  naik kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012, 

3) penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016

4) pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum

5) menaikkan kadar  Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar  

6) menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada  2015,

Ini belum termasuk insentif lain termasuk perumahan, penambahbaikan jawatan kontrak ke jawatan tetap dan struktur gaji penjawat awam yang lebih baik. Banyak yang penjawat awam nikmati zaman Datuk Seri Najib. 

Oleh itu kenapa hendak sokong perjuangan DAP dan Mahathir untuk buang kakitangan awam? 

Bagi mereka yang masih menyokong Pakatan Harapan terutama yang berkerja sebagai penjawat awam, maka mereka sebenarnya tidak ubah seperti sedang 'menggali lubang kubur sendiri'.

Mereka tolong cangkul sekarang. Bila DAP datang nanti, terus DAP dan Pakatan Harapan tolak masuk dalam kubur. Akan kena timbus hidup hidup sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam jika DAP berkuasa. 

Kalau Pakatan Harapan Perintah, Projek HSR & ECRL Mereka Akan Dibatalkan

Kalau Pakatan Harapan Perintah, Projek HSR & ECRL Mereka Akan Dibatalkan
Kalau pembangkang yang perintah, bukan sahaja penjawat awam akan kena buang, tetapi projek projek besar seperi ECRL, East Coast Rail Link dan HSR, High Speed Rail pun akan dibatalkan.

Kadir Jassin baru baru ini sudah ulas dalam Malaysiakini kata projek ECRL adalah sebahagian daripada penjajahan negara China ke atas Malaysia. Hishamuddin Rais pun sama, mahu projek projek ini dibatalkan dengan alasan kononnya Malaysia kena gadai pada negara komunis merah.

"Kita mungkin perlu batalkan beberapa projek. Kita mungkin terpaksa bayar sejumlah pampasan, tetapi itu lebih baik daripada menanggung hutang berterusan. Kereta api laju tidak diperlukan” kata Mahathir dalam satu forum pada 25 Ogos 2017.

ECRL, Laluan Kereta Api Pantai Timur bernilai RM55 bilion dan HSR, Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura bernilai RM60 bilion. Jumlah kedua dua projek ini bernilai RM115 billion.

Mahathir kata dua projek ini membazir. Dulu yang hilang begitu sahaja duit RM32 billion tidak pula dikata membazir? Itu satu kes, yang dikatakan hilang sampai RM100 billion itu lesap begitu sahaja.

Apa pun tidak nampak. Hidung Mahathir sahaja yang nampak. Kerugian sampai RM100 billion ini lebih membazir duit rakyat. Mahathir sampai hari ini tidak menjawab sepatah pun tentang skandal skandal besar di zamannya ini.

Kalau tambah lagi RM15 billion, sudah lama ECRL dan HSR ini boleh siap jika RM100 billion ini tidak hilang dan lesap.

Dua hari lepas, Datuk Seri Najib lancarkan tujuh Konsep Reka Bentuk HSR yang akan beroperasi pada 2026. Rekabentuk tujuh stesen ini adalah amat cantik, penuh dengan seni dan budaya Malaysia.

Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura yang sejauh 350 kilometer hanya 90 minit sahaja dengan HSR. Projek ini mencipta 30,000 peluang pekerjaan.

ECRL pula yang sejauh 688km dari Gombak ke Tumpat hanya mengambil masa 4 jam setengah. Mencipta 45,000 peluang pekerjaan.

Dua projek ini mencipta 75,000 peluang pekerjaan. Membazir lagi kah kalau dua projek ini memberi sampai 75,000 peluang kerja kepada rakyat?

Itu belum lagi dikira impak ekonomi yang lain. Dua projek ini tidak membazir. Jika HSR dan ECRL ini dihapuskan, ramai anak anak muda Malaysia akan hilang peluang kerja.

MRT pun dulu pembangkang hendak mansuh dan gunakan duit itu kononnya untuk subsidi harga minyak. Namun lihatlah hari ini, siapa yang "terhegeh hegeh" naik MRT?

Mahathir kata "keretapi api laju tidak diperlukan"? Sekarang Mahathir sanggup batal apa sahaja projek biarpun ianya bermanfaat untuk rakyat.

Mahathir sanggup buat begitu demi DAP.

Sabotaj ekonomi negara pun tidak mengapa, kerana DAP yang diperlukan Mahathir untuk merampas kuasa. 

Read More

Mahathir Hapuskan GST Serta Bantuan Kepada Rakyat Untuk Beri Pada Kroni

Mahathir Hapuskan GST Serta Bantuan Kepada Rakyat Untuk Beri Pada Kroni

https://youtu.be/YFjJXK0o4vU

Sekiranya di bawah Pakatan, GST akan dimansuhkan tetapi ia bermakna pengembalian pembayaran hanya akan diberi kepada kroni dan bukan rakyat termasuk gaji perkhidmatan awam yang rendah. Dan tentu saja, tidak ada BR1M. Mahathir juga mahu mengurangkan kakitangan perkhidmatan awam.

Selamat kembali ke tahun 1980-an tidak lama lagi di mana wang kerajaan tidak disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan tetapi kepada orang kroni dan kaya.

P.S. Eh.. Mahathir tidak sedar bahawa selain BR1M, kerajaan juga membantu miskin tegar setiap bulan melalui Jabatan kebajikan Masyarakat?

******************
Mahathir: Bagaimana Malaysia Boleh Hapuskan GST

Malaysia tidak perlukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan ia boleh dihapuskan tanpa menjejaskan pendapatan kerajaan atau membebankan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahathir, kerajaan Najib melaksanakan GST untuk menampung kerugian akibat penyelewengan dana awam yang dibelanjakan untuk dasar-dasar populis.

Katanya, ini termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun RM300 kepada nelayan, pemberian RM800 untuk pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tajaan program hari, dan pemberian wang persaraan untuk golongan yang tidak layak.

“Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak tidak mempunyai wang yang cukup kerana penyelewengan dalam pengurusan dana kerajaan yang digunakan untuk meraih populariti untuk diri sendiri,” katanya.

Menurut Mahathir, tindakan Najib menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.

“Semua pihak yang mendapat untung daripada pemberian Najib mungkin berasa gembira. Namun sebenarnya peningkatan pendapatan itu tidak begitu menguntungkan mereka.

“Ini kerana peningkatan gaji mereka selalunya menyebabkan kenaikan kos hidup. Dalam kata lain, peningkatan gaji tidak meningkatkan kemampuan membeli mereka.

Beban kekurangan dana

“Yang penting bukannya berapa banyak gaji seseorang. Yang penting adalah kemampuan membelinya. Apabila kos barangan dan perkhidmatan meningkat, pendapatan tambahan yang diperoleh seseorang tidak begitu bermakna,” kata Mahathir.

Untuk mengatasi beban kekurangan dana, kerajaan perlu mengurangkan defisit dengan menghapuskan kepercayaan bahawa wang mampu membeli populariti, mengurangkan kos dan menampung kerugian 1MDB, kata Mahathir.

Mahathir menambah, kebanyakan penerima BR1M mampu hidup tanpa BR1M dan pemberian BR1M seharusnya ditukar kepada elaun untuk golongan miskin yang tidak mempunyai pekerjaan.

“Jumlah sebenar bantuan kepada golongan miskin tegar seharusnya dinaikkan dan diberikan setiap bulan, bukannya setahun sekali,” katanya.

Berkenaan elaun kepada nelayan, Mahathir berkata tindakan yang tepat untuk dilakukan adalah meningkatkan usaha penguatkuasaan dalam memastikan nelayan asing tidak menceroboh perairan negara sekaligus membolehkan golongan nelayan tempatan meraih pendapatan yang lebih tinggi.

“Pelbagai lagi elaun seumpamanya perlu dikaji semula atau dimansuhkan. Kenaikan gaji penjawat awam tidak seharusnya datang dengan kemerosotan nilai wang. Ada cara lain untuk melaksanakannya.

“Jika kerajaan berhemah dalam pengurusan dana kerajaan, kekurangan dana tidak seharusnya terjadi. Pengenalan cukai baru boleh dielakkan,” katanya.

Read More

Dana Sabah: Shafie Apdal ditahan SPRM

Dana Sabah: Shafie Apdal ditahan SPRM

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan Suruhan­jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah RM1.5 bilion.

Sebelum itu, pada sebelah pagi presiden Parti Warisan Sabah itu telah hadir di pejabat SPRM Kota Kinabalu bagi memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Read More

Seleweng Dana RM1.5b: Shafie Apdal Ditahan SPRM

Seleweng Dana RM1.5b: Shafie Apdal Ditahan SPRM
*************
Sumber SPRM memaklumkan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada jam 9 malam tadi.
*************

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini dalam siasatan berkaitan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion.

Sumber SPRM memaklumkan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada jam 9 malam tadi.

Ini menjadikan 11 orang ditahan SPRM berhubung kes itu, setakat ini.

Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan berhubung siasatan penyelewengan dana itu, hari ini.

Adik Shafie yang juga Adun Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal masih direman SPRM.

Bagaimanapun, seorang lagi adiknya, Hamid dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes sama dengan ikat jamin RM50,000 dan RM25,000 lagi didepositkan berserta 2 penjamin, hari ini.

Menantu Hamid turut dibebaskan hari ini.

Kira-kira 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.

Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan itu bermula 3 minggu lalu. Sebanyak 72 syarikat di Sabah juga dilaporkan disiasat SPRM.

************************
Individu Ke-10 Ditahan SPRM

Sementara itu seorang jurutera awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah, petang tadi.

Amarjit Singh, 47 yang juga setiausaha Parti Warisan Sabah (WARISAN) Putatan ditahan selepas hadir ke pejabat SPRM Sabah untuk memberi keterangan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan penahanan.

Sementara itu, Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal juga berada di bangunan yang sama sejak petang tadi untuk memberi keterangan.

Lebih 45 orang disoal siasat dan 10 orang ditahan SPRM sejak siasatan itu bermula sejak awal bulan ini.

Read More

Kaedah Asas Politik Di Malaysia

Kaedah Asas Politik Di Malaysia
Jika mahkamah mengisytiharkan kemenangan Pakatan, keadilan telah terlaksana. Sekiranya Pakatan kalah maka hakim-hakimnya korup dan di bawah kawalan BN.

Jika pemimpin BN membeli banglo dibawah nilai pasaran daripada orang yang menjalankan perniagaan dengan kerajaan, dia dianggap korup dan patut dihukum penjara. Sekiranya pemimpin negeri Pakatan membeli banglo bernilai rendah daripada orang yang menjalankan perniagaan dengan kerajaan, ia adalah pendakwaan berpilih.

Jika EXCO Negeri BN didakwa kerana rasuah, dia mesti serta merta meletakkan jawatan. Jika EXCO Negeri pimpinan Pakatan didakwa kerana rasuah, dia tidak perlu meletakkan jawatan.

Jika seorang Pemimpin BN menyebut mengenai asal-usul etnik atau jika seorang ahli biasa UMNO mengatakan mereka harus balik ke negara asal mereka, maka BN adalah perkauman tegar. Sekiranya Pengerusi Pakatan memanggil sesuatu kumpulan etnik sebagai lanun dan meminta mereka kembali ke negara asal, tidak mengapa.

Hanya BN mesti mendedahkan dana politik mereka tetapi Pakatan tidak perlu.

Jika BN mengatakan bahawa Kit Siang akan menguasai Perdana Menteri kerana mereka mempunyai bilangan kerusi terbesar di Parlimen maka BN adalah perkauman. Sekiranya pemimpin DAP secara terbuka memberitahu seluruh negara  meminta mereka menggunakan Melayu untuk 'skrew' Melayu, ia tidak bersifat perkauman.

Sekiranya pembinaan projek hospital BN bernilai RM150 juta melangkaui tarikh jangkaan siap selama 2 tahun, BN akan dikatakan korup. Jika membayar untuk laporan sebanyak RM305 juta bagi projek Pakatan yang menelan kos sebanyak RM6.34 bilion dan berterusan lewat bertahun-tahun lamanya dan projek itu telah melepasi tarikh akhir untuk memulakan pembinaan selama 3 1/2 tahun, Pakatan tidak korup dan orang ramai tidak berhak bertanya mengenai projek tersebut.

Jika pemimpin BN menolak cabaran Pakatan untuk berdebat, ini bermakna BN ada sesuatu yang hendak disembunyikan atau pengecut. Sekiranya pemimpin Pakatan menolak cabaran BN untuk perdebatan, ia adalah kerana pencabar tidak layak berdebat dengan dia.

CEC DAP adalah pihak berkuasa tertinggi dalam menentukan ahli politik yang dituduh rasuah dan salah guna kuasa tidak bersalah - bukan mahkamah atau SPRM.

Sekiranya kerajaan negeri Pakatan memberikan wang kepada rakyat maka ini dianggap sebagai prihatin terhadap rakyat. Sekiranya BN memberi duit kepada rakyat maka ini adalah dedak.

Sekiranya negeri Pakatan menyumbang wang kepada badan Islam negeri, maka ini dianggap mempertahankan Islam. Jika BN memberi dana yang besar kepada JAKIM maka ini dianggap menggalakkan ekstremisme.

Jika kerajaan negeri Pakatan mengutip cukai hotel (yang mereka panggil cukai katil) maka ini adalah bagus kerana ia mempromosikan pelancongan. Sekiranya kerajaan BN mengutip cukai hotel maka ini dianggap bahawa kerajaan BN bankrap walaupun ia juga bertujuan untuk mempromosikan pelancongan.

Jika seseorang menyerang BN dalam talian maka dia dianggap sebagai hero walaupun ianya spam, karut dan pembohongan. Sekiranya seseorang menyerang Pakatan berdasarkan fakta-fakta yang boleh disahkan, maka dia adalah pemakan dedak atau cybertrooper.

Mahathir adalah korup, perkauman tegar dan pemusnah Malaysia ketika dia berada bersama BN tetapi bila Mahathir bersama Pakatan, dia benar-benar bersih suci dan penyelamat Malaysia.

Sekiranya BN menjual aset negeri secara rundingan terus tanpa tender, maka ini adalah rasuah. Jika Pakatan menjual aset negeri dengan menggunakan rundingan terus tanpa tender, maka ini merupakan keputusan strategik dan tidak menjadi kesalahan.

Jika seorang pemimpin meninggalkan BN menyertai Pakatan, bukan kerana rasa tidak puas hati, dia telah bertaubat dan dosa-dosanya dicuci sepenuhnya. Jika seorang pemimpin meninggalkan Pakatan maka dia telah dibeli atau tidak puas hati.

Read More

Seleweng Dana RM1.5b: Tidak Timbul Persoalan Pendakwaan Berpilih

Seleweng Dana RM1.5b: Tidak Timbul Persoalan Pendakwaan Berpilih
Ramai orang masih belum jelas mengenai skandal rasuah Shafie Apdal-KKLW yang telah menyaksikan lebih daripada 45 orang yang disoalsiasat oleh SPRM dan ramai yang ditahan reman.

Antara yang telah ditahan reman termasuklah:
- Naib Presiden Parti Warisan Sabah dan kontraktor jutawan Peter Anthony yang telah lama bersekongkol bersama Shafie Apdal.
- Adik Shafie, Yusof Apdal, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu,
- Adik Shafie, Hamid Apdal
- Menantu Hamid Apdal
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ariffin Kassim - Kedua-duanya pernah bekerja dengan Shafie Apdal semasa di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
- Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah Azis Jamman yag juga anak saudara kepada Shafie.
- Beberapa orang pegawai kanan Kementeria Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan ahi perniagaan.

SPRM menganggarkan kira-kira RM1.5 bilion disalurkan, daripada RM7.5 bilion yang diperuntukkan bagi projek-projek di Sabah yang melibatkan pembangunan air, elektrik dan infrastruktur jalan raya.

Modus operandi adalah Shafie sebagai menteri akan mendesak tender terpilih untuk projek-projek ini di mana hanya sekumpulan syarikat terpilih telah dipelawa untuk membida projek-projek ini.

Syarikat yang dianugerahkan kerja-kerja tersebut adalah yang mereka ada kepentingan. Banyak daripada projek tidak dilaksanakan dengan sempurna, gagal disiapkan atau tidak mengikut spesifikasi atau gagal - tetapi pembayaran masih dibuat dengan kelulusan secara tidak sah oleh pegawai kementerian tertentu.

Selepas tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan tidak memberi kelulusan tender terpilih dan mengarahkan tender terbuka, Shafie telah menulis surat rayuan demi rayuan untuk melaksanakan tender terpilih. Ada kemungkinan ini yang menyebabkan beliau mula marah kepada kerajaan

Sesetengah orang bertanya mengapa tindakan hanya diambil sekarang dan ini adalah pendakwaan terpilih?

Nah, projek-projek itu sepatutnya dilaksanakan antara tahun 2009 dan 2015. Ia hanya adalah selepas tempoh tertentu selepas projek-projek telah dianugerahkan sebelum kita dapat menentukan sama ada mereka telah dilaksanakan dengan sempurna.

Kita tidak akan tahu pada masa kontrak dianugerah atau tidak lama selepas itu kerana kita perlu menunggu kemajuan projek.

Jika ia disiapkan berdasarkan tempoh kontrak, mematuhi spesifikasi dan mengikut kos yang diberikan maka tidak akan menjadi masalah.

Tetapi mereka tidak mematuhinya tetapi telah pun dibayar.

Selepas itu SPRM menerima laporan dan memulakan siasatan.

Selain daripada pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, 3 pemimpin kanan UMNO juga ditahan - jelas menunjukkan bahawa SPRM telah bertindak mengikut prosedur.

Projek-projek yang didakwa itu adalah untuk kawasan luar bandar di Sabah yang merupakan antara yang paling miskin dan daif di Malaysia. Kebanyakan projek ini - yang merupakan keperluan asas masyarakat - boleh boleh dianggap sesuatu yang amat diperlukan oleh mereka. (lihat gambar).

Adalah menjadi jenayah untuk tidak menyiasat atau mengambil tindakan terhadap mereka yang mencuri wang dari orang miskin.

Tidak timbul persoalan tentang pendakwaan berpilih.

Read More

Seleweng Dana RM1.5b: SPRM Panggil Shafie Apdal

Seleweng Dana RM1.5b: SPRM Panggil Shafie Apdal
SPRM tidak peduli semua menyerang mereka secara peribadi. Mereka masih terus melakukan kerja mereka.

Shafeie dipanggil untuk soalsiasat oleh SPRM pada 3 petang di Kota Kinabalu.

Sekiranya SPRM mengikut prosedur biasa seperti apa yang mereka lakukan terhadap adik dan anak saudaranya, maka shafie boleh ditahan semalaman dan kemudian ditahan reman semula esok.

*****************

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berhubung siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar negeri itu berjumlah RM1.5 bilion.

Shafie dilaporkan akan terbang ke Kota Kinabalu hari ini untuk bertemu dengan SPRM petang ini.

Difahamkan Shafie akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sekitar jam 3 petang ini. Sebuah program oleh sayap parti Warisan, Wirawati (Puteri) dibatalkan kerana beliau terpaksa menghadiri sesi soal jawab tersebut.

Hari ini, adiknya Hamid Apdal dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes yang sama dengan ikat jamin RM50,000 dengan RM25,000 dideposit berserta 2 orang penjamin.

Menantu Hamid juga dijangka dibebaskan hari ini, manakala seorang lagi adik Shafie iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal kini masih ditahan reman.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan bermula 3 minggu lalu.

Read More

Sokongan Masyarakat India Terhadap Perdana Menteri Najib Razak Meningkat - MIB

Sokongan Masyarakat India Terhadap Perdana Menteri Najib Razak Meningkat - MIB
KUALA LUMPUR: Keyakinan masyarakat India terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menunjukkan peningkatan menggalakkan sejak pengumuman Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB), April lalu.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata keyakinan masyarakat India itu jelas dilihat mula bertukar menjadi sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Katanya, MIB yang diumumkan itu secara sistematik dan positif membantu membangunkan ekonomi masyarakat India, memperkukuh sekolah Tamil serta pelbagai perancangan lain dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"MIB memberi keyakinan baharu kepada masyarakat India dan kita boleh nampak keyakinan ini terjelma sebagai sokongan kepada kerajaan.

"Kita akan terus memberikan penjelasan kepada masyarakat India dan meningkatkan keyakinan mereka serta memastikan perkara yang diumumkan berjaya," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Batu Caves dekat sini, hari ini.

Pada 23 April lalu, Najib mengumumkan pelaksanaan MIB yang menggariskan transformasi tiga asas utama iaitu membasmi kemiskinan, perumahan dan kestabilan keluarga masyarakat India di negara ini.

Menyasarkan segmen masyarakat India berpendapatan bawah 40 peratus (IB40), pelan tindakan untuk tempoh 10 tahun itu dilancarkan kerajaan bagi memastikan kaum berkenaan tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Terdahulu, Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC itu dihadiri Najib kira-kira jam 10.45 pagi dan dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 10,000 penganut agama Hindu seawal jam 8.30 pagi.

Ketibaan Najib yang juga Presiden UMNO disambut Subramaniam dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany serta barisan pemimpin MIC.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Tun S Samy Vellu; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Mengulas mengenai Bajet 2018 yang akan diumumkan pada 27 Oktober, Subramaniam berkata, beberapa cadangan sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan berharap ia akan diteliti sepenuhnya bagi membantu pelaksanaan MIB.

Read More

Hina Keturunan Bugis, Mahathir Mesti Minta Maaf

Hina Keturunan Bugis, Mahathir Mesti Minta Maaf
Perbuatan biadab Pengerusi PPBM, Mahathir menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berketurunan Bugis adalah biadap dan keterlaluan.

Mahathir berkata "Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Mahathir mengeluarkan kenyataan itu, ketika berucap dalam perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi anjuran pembangkang di Padang Timur MBPJ, pada hari Sabtu lepas.

Mahathir sudah melakukan perbuatan paling teruk dalam sejarah politik beliau apabila kini sudah mengutuk dan mengejek keturunan seseorang apatah lagi keturunan seorang Perdana Menteri dan Raja Raja Melayu. Tindakan Mahathir ini dilihat cukup rasis sekali.

Mahathir yang selalu mudah lupa kena tahu bahawa keturunan Bugis merupakan golongan terawal yang berada di Tanah Melayu dalam sejarahnya. Bekas Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Datuk Osman Jamal berkata kenyataan yang dibuat oleh Mahathir amat mengecewakan dan menyinggung ramai pihak.

Datuk Osman Jamal yang sudah 31 tahun menerajui persatuan itu berkata, jika tiada permohonan maaf terbuka dibuat oleh Mahathir, maka pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

"Saya sudah melihat video ucapan itu. Sebagai seorang Melayu keturunan Bugis, kenyataan itu sangat mengecewakan. Beliau sendiri selalu mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa hormat menghormati antara satu bangsa dengan yang lain”.

"Malah, tindakan menghina bangsa seorang pemimpin tidak harus dilakukan demi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika beliau enggan memohon maaf, maka segala rasa hormat kami kepada beliau sudah tiada," katanya dalam laporan Berita Harian.

Dalam sejarah awal Tanah Melayu, Bugis memainkan peranan penting kerana terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik. Raja Ali, anak Daeng Chelak Raja Lumu telah dinobatkan sebagai Sultan Selangor yang pertama.

Perhimpunan pada hari Sabtu diadakan untuk kononnya untuk menentang kleptokrasi akhirnya menjadi medan caci hamun dan menghina pemimpin. Di padang itu juga, bendera Malaysia dipelekehkan oleh peserta demo. Selain itu, ada seorang peserta demo yang meletakkan gambar karikatur Datuk Seri Najib di bola dan menyepaknya.

Di pentas ceramah pula, Mahathir mempersendakan orang Bugis dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Mahathir bukan sahaja hina Najib tetapi juga keturunan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abduk Razak Hussein.

Penghinaan Mahathir diikuti sama oleh pemimpin lain dalam Pakatan Harapan (PH) menunjukkan mereka juga menyokong perbuatan tidak keji oleh Mahathir itu. Terutamanya pemimpin DAP yang memang sudah diketahui memang kurang ajar dan biadap.

Di pentas yang sama juga, Guan Eng dalam ceramahnya menghina Najib sebagai sudah gila. Yang sebenarnya gila adalah Guan Eng. Hanya orang gila yang meroyan dan tidak boleh menjawab dengan baik soalan soalan yang mudah mengenai isu banjir, isu kilang haram, isu kos terowong dan lain lain lagi isu di Pulau Pinang.

Mahathir  mesti memohon maaf segera atas kenyataannya yang  menghina keturunan Bugis. Penghinaan terhadap Bugis itu telah mengguris hati rakyat Malaysia yang berasal dari Bugis. Raja-Raja Melayu juga ada yang berketurunan Bugis. Secara tidak langsung, Mahathir juga menghina keturunan Raja Raja Melayu.

Persatuan Bugis Johor pula sudah membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ucapan Mahathir yang disifatkan menghina dan rasis.
Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad berkata, kenyataan Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyarakat Bugis di Malaysia dan Nusantara yang jumlahnya kira-kira 6 juta orang.

"Kita mengutuk kenyataan biadap Tun Dr Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun. Kita sudah membuat dua laporan polis dan akan diikuti beberapa laporan lagi supaya Tun Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka," katanya.

Mahukah Mahathir minta maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataanya itu? Rakyat jangan beri peluang lagi kepada Kerala ini dalam pilihan raya akan datang. Satu undi wajib diberi pada Barisan Nasional sebagai balasan geng Kerala dan Fujian yang suka menghina orang ini.

Read More

Seleweng Dana RM1.5b: Yusof Apdal ditahan SPRM

Seleweng Dana RM1.5b: Yusof Apdal ditahan SPRM
KOTA KINABALU  - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Lahad Datu, Datuk Mohd. Yusof Apdal ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini bagi membantu siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 hingga 2015.

Menurut sumber, Mohd. Yusof yang juga adik bekas Menteri KKLW bagi tempoh itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ditangkap di pejabat SPRM di sini.

“Ya, ditangkap kira-kira pukul 8 malam ini,” kata sumber itu ketika ditanya tentang perkembangan proses mengambil keterangan ke atas Mohd. Yusof.

Terdahulu pagi ini, Mohd. Yusof diminta hadir ke pejabat agensi berkenaan untuk memberi keterangan berhubung siasatan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Read More

Buang Penjawat Awam, Mahathir Teruskan Perjuangan DAP Yang Belum Selesai

Buang Penjawat Awam, Mahathir Teruskan Perjuangan DAP Yang Belum Selesai
Mahathir pernah bersajak  "tiada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah, tiada yang lebih menyedihkan dari melihat bangsaku dihina" pada Mei 1996.

Sekarang barulah ramai orang faham apa bangsa Mahathir yang sebenar. Mahathir bukan menangis untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa dia, Kerala. Dia sanggup hina orang lain dan laksanakan perjuangan DAP demi anak anak dan kroni dia.

“Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan kerajaaan tertentu yang perlu disingkir oleh kita juga” kata Mahathir ketika berucap di Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

Saranan Mahathir untuk membuang penjawat awam di Putrajaya ini disambut dengan sorakan yang kuat di padang pada malam itu oleh penyokong penyokong DAP. Mahathir berkata kerajaan Barisan Nasional yang berada di Putrajaya sudah tidak boleh diterima olehnya. Malah ‘kita” juga akan singkirkan kakitangan awam.

 “Kita” itu merujuk kepada siapa? “Kita” itu adalah gabungan DAP, PPBM, PKR dan PAN. Ketua ‘kita’ itu adalah Kit Siang.  Mahathir kita sanggup buat sahaja demi tuannya iaitu DAP.

DAP memang sudah lama berhasrat membuang penjawat awam yang ada di Putrajaya. Itulah perjuangan DAP sejak 2011 lagi. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan.

Pada 24 Oktober 2013, Kit Siang berkata “Kakitangan awam di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia”. Perlu dibuang kerana membazir duit rakyat.

Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam. Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang mencadangkan supaya penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang.

Pada 24 Oktober 2016, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.

Tony Pua menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain. Ahli Parlimen DAP itu bercakap demikian dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

DAP konsisten menyatakan mahu membuang penjawat awam. Mereka mahu hapuskan GST dan membuang kakitangan awam dilihat sebagai satu cara penjimatan bagi mereka untuk tampung kekurangan hasil akibat GST.

Kini Mahathir menyambut baik apa yang diperjuangkan DAP itu untuk membuang kakitangan awam di Putrajaya. Untuk rekod, jumlah penjawat awam sekarang adalah bersamaan 5.5 peratus daripada penduduk negara ini. Malah majoriti jumlah kakitangan awam  itu adalah berbangsa Melayu.

Inilah perjuangan sebenar DAP. Mahu orang Melayu disingkir daripada Putrajaya dan menggantikan penjawat awam itu dengan orang orang mereka. Gantikan dengan orang dari Kerala dan wilayah Fujian duduk berkhidmat di Putrajaya.

Senanglah nanti untuk menjayakan agenda Kerala dan Fujian. Kerala sudah lesapkan RM32 billion, Fujian juga sudah lesapkan berjuta di Pulau Pinang. Teringin juga Fujian mahu lesapkan jumlah yang besar seperti yang dibuat Kerala.

Dulu Mahathir digelar “Ultra Melayu”, kini Mahathir sudah jadi “Ultra DAP”. Sanggup buat apa sahaja demi DAP. Bahkan sanggup derma DAP sampai RM1 billion semata mata hendak dapat  jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.

1.6 juta penjawat awam di Malaysia harus “seriau” dengan agenda tersembunyi Mahathir dan DAP ini. Jika mereka terus sokong Pakatan Harapan, berkemungkinan periuk nasi mereka akan hilang.

Penjawat awam wajib terus menyokong pentadbiran Najib Razak, pasti akan lebih banyak lagi insentif khas untuk mereka. Kalau bersimpati kepada Mahathir, tunggulah padahnya.

Ramai orang Melayu akan kena buang di Putrajaya, merempatlah di tanahair sendiri. Jangan beri peluang kepada DAP untuk memerintah Putrajaya. Padah akibatnya kepada agama, bangsa dan negara. 

Read More

Sokongan Facebook Cina Kepada Umno Naik Drastik, Kata Politweet

Sokongan Facebook Cina Kepada Umno Naik Drastik, Kata Politweet
Umno mendapat sokongan signifikan dalam kalangan pengguna Facebook kaum Cina tahun ini, kata laporan kajian Politweet.

Antara Mei hingga Julai 2017, sokongan kepada Umno naik sekitar 400,000 pengguna seluruh negara, peningkatan signifikan sebanyak 222 peratus.

Namun sokongan ketara itu mengecilkan penyokong DAP, PAS, bagi PKR dari kalangan pengunjung berbahasa Cina dalam tempoh sama.

Penyokong DAP bertambah 22 peratus manakala PKR pula 12 peratus. Namun sokongan pengguna Cina untuk PAS merosot lebih 5 peratus.

Pengunjung untuk DAP naik 22 peratus manakala PKR pula 12 peratus. Namun sokongan pengguna Cina untuk PAS merosot lebih lima peratus.

Laporan badan itu juga menunjukkan sokongan kepada Umno di Sabah dan Sarawak juga meningkat.

Sabah menyumbang sokongan terbesar dengan  471 peratus manakala Sarawak pula 664 peratus.

Umno juga mendapat sokongan terbesar di Johor dan Pulau Pinang di Semenanjung, masing-masing 265 peratus dan 238 peratus.

Baca seterusnya di Malay Mail Online http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/umno-made-significant-gains-among-chinese-facebook-users-report-says#F27gEFtDXsKRrB85.97

Read More

Anak Muda Tidak Sokong Agenda Peribadi Mahathir Dan DAP #KelentongBasi

Anak Muda Tidak Sokong Agenda Peribadi Mahathir Dan DAP #KelentongBasi

Pada perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi Sabtu lepas, kelibat anak muda memang tidak kelihatan sepanjang perhimpunan berlangsung iaitu bermula pada pukul 4 petang hingga hampir tengah malam.

Pentas jam 4 petang memang dibuat khusus oleh pengajur demo untuk anak anak muda. Waktu Nik Nazmi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, AMK berucap pada petang itu, tidak ada seorang pun yang mahu berada dekat dengan pentas.

Ramai yang sembunyi bawah pokok yang redup dan berada sekitar bahagian hadapan Kelab Rekreasi dan Sukan Petaling Jaya dan bukannya di depan pentas ketika pemimpin muda PKR dan PPBM berucap.

Terpaksalah Nik Nazmi bercakap "saya tahu keadaan panas tetapi tuan tuan kena depan sikit. Duduk jauh begini seolah olah ada jurang antara kita".

Waktu Syed Saddiq berucap, langsung tiada orang sorak dan tepuk. Syed Saddiq macam syok sendiri sahaja masa berucap itu.

Anak-anak muda sudah tunjuk mereka tidak mahu sokong lagi agenda peribadi Pengerusi PPBM, Mahathir dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Mereka sudah tahu siapa yang lebih korupsi dan mengamalkan kleptokrasi.

Orang jual baju pun tidak laku. Ada seorang peniaga baju T untuk perhimpunan itu merungut sepanjang perhimpunan itu hendak jual 25 helai pun susah. Biasanya dalam perhimpunan berkenaan, baju T akan laku dibeli oleh orang muda yang hadir kerana dijadikan koleksi, selain bukti mereka hadir.

"Saya hanya jual baju T saiz L dan XL, orang perut buncit, ke mana anak muda? katanya. Anak muda lebih suka habiskan masa hujung minggu pergi Hari Sukan Negara atau layan bolasepak Liverpool lawan Manchester United.

Aktiviti itu lebih "chill" bagi anak muda berbanding layan ceramah pemimpin pemimpin tua pembangkang di atas pentas. Hanya "recyle" tuduhan yang sama, yang sudah pun dijawab.

Orang hendak tahu sekarang mana hilang RM32 billion masa zaman Mahathir dulu. Orang juga hendak tahu hal derma RM1 billion Mahathir pada DAP. Dua perkara ini masih disembunyi, jawapan tidak diberi. Inilah kleptokrasi.

Selain itu, di restoran makanan segera A&W berdekatan, ketika perhimpunan itu hanya terdapat ramai golongan warga emas dan pertengahan sahaja yang datang makan dan berehat sementara.

Anak anak muda melihat pembangkang yang ada di Malaysia pada hari ini bukan lagi bersifat pembangkang. Mereka sudah pun jadi "mainstream" dan menjadi kerajaan di dua negeri.

Bila sudah jadi kerajaan, apa yang PKR dan DAP sudah beri pada anak muda? Banyak berjanji, namun bila sudah berkuasa apa pun tidak diberi. Ini yang anak muda benci.

Tidak lagi kelihatan kelibat anak anak muda dari universiti yang selama ini memeriahkan demo pembangkang. Biarpun jaraknya dekat dengan Universiti Malaya, namun tiada kelibat anak muda dari IPT itu, setelah AUKU membenarkan mahasiswa untuk berpolitik.

Tiada lagi wajah anak anak muda dalam demonstrasi pembangkang. Di universiti pun, dalam pilihanraya kampus baru baru ini, kumpulan pro pembangkang tumpas teruk di tangan kumpulan pro aspirasi.

Ramai anak muda sudah mulai sedar. Tidak seperti pada zaman reformasi dulu. Mereka yang muda pada zaman reformasi dulu kini menasihatkan balik budak budak yang "baru hendak up" tentang apa yang mereka kena tipu dulu.

Dulu diajak lawan Mahathir bagi pihak peliwat, sekarang mahu diajak berdemonstrasi bagi pihak Mahathir yang sudah berganding bahu dengan peliwat.

Sampai buat solat hajat sekarang untuk bebaskan peliwat. Buat apa anak muda hendak sokong lagi? Ini agenda peribadi semata mata.

Kit Siang berjuang untuk anak dia. Mahathir pun sama untuk anak dan kroni dia. Dulu kata hendak jaga cucu, sekarang tengah malam pun masih hendak ceramah demi anak dan cucu dia.

Hanya orang yang taksub sahaja tidak nampak agenda peribadi Mahathir dan DAP ini. Anak muda yang waras tidak peduli lagi agenda peribadi. Kleptokrasi apa kalau yang berceramah itu penuh dengan agenda peribadi.

Read More

Demo Kleptokrasi Gagal, Walaupun Bergabung Empat Parti #KelentongBasi

Demo Kleptokrasi Gagal, Walaupun Bergabung Empat Parti #KelentongBasi
23 Jun 2016, PAS menyindir Kit Siang bila pakatan DAP dengan PKR, PAN dan PPBM kalah teruk di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. “Dia sendiri pun lemah, dalam dua PKR baru baru ini, dia bergabung empat kumpulan (DAP, PKR, PAN dan Mahathir) tetapi tidak boleh mengatasi Barisan Nasional’ kata Datuk Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan.

Nampaknya kekalahan besar gabungan empat parti di bawah yang diketuai oleh DAP ini berterusan lagi. Kalah lebih teruk lagi pada 14 Oktober lepas di Petaling Jaya.

DAP mempertahankan PAN dan PPBM yang masuk dalam pakatan pembangkang. Bagi DAP, mereka dapat dua ahli baru iaitu PAN dan PPBM berbanding satu yang keluar iaitu PAS. 14 Oktober lepas, PPBM dan PAN adalah penganjur utama demonstrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.

Mahathir sebagai pengerusi penganjur dan Mat Sabu sebagai timbalan pengerusi. Buat pun di sebelah ibu pejabat utama PPBM. Kononnya mahu mencipta momentum rakyat menjelang PRU14.

“Kita mahu seramai mungkin sertai himpunan ini. Kita sasarkan 100,000 orang akan hadir, di samping pelbagai aktiviti yang akan disediakan, selain ceramah oleh pimpinan PH” kata Faiz Fadzil, Timbalan Ketua Pemuda PAN pada 21 September 2017. Target sampai 100,000 orang.

Kemudian turun angka itu jadi 30,000, selepas itu masa malam demontrasi berlaku penganjur umumkan ada 25,000 orang yang hadir. Malangnya Malaysiakini tidak mempercayai cakap penganjur itu, Malaysiakini kata paling ramai pun ada 4,000 orang sahaja yang hadir pada malam itu.

Berhempas pulas macai PPBM dan PAN mempertahankan bahawa ada 25,000 orang yang hadir di atas padang. Mereka tayang gambar yang diambil dari bawah dan kemudian “crop” gambar untuk bagi  nampak ramai orang. Padahal gambar dan video dari “drone” memang jelas menunjukkan keadaan padang yang kosong.

Bagaimana boleh muat sampai 25,000 orang kerana padang boleh muat 10,000 orang sahaja. “Kapasiti tempat itu tidak lebih 10,000 orang dah tentu akan jadi kesesakan sebab tempat itu berhampiran dengan laluan utama” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara pada 11 Oktober 2017.

Angka 25,000 orang hadir  tidak logik dan tidak masuk akal. Angka 4,000 orang lebih munasabah. Jika 4,000 sahaja yang hadir, bermakna ianya hanya 4% sahaja daripada jumlah sasaran awal iaitu 100,000.

Bergabung empat parti iaitu PPBM, PAN, PKR dan DAP hanya hasilkan 4 peratus sahaja kehadiran. Satu parti secara puratanya hanya sumbang 1 peratus sahaja. Angka ini amat memalukan dan teruk sama sekali.

PAS buat Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal sampai 200,000 orang yang datang. Kehadiran untuk Hari Sukan Negara yang diadakan di seluruh negara  pada 14 Oktober 2017, hari yang sama demonstrasi di Padang Timur diadakan adalah lebih ramai lagi.

Sejumlah 2 juta orang hadir di lokasi Hari Sukan Negara di seluruh negara, menurut  Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Hari Sukan Negara lebih diminati rakyat berbanding demo ‘kelentong basi” yang dianjurkan dengan gabungan empat parti pembangkang (DAP, PKR, PAN dan PPBM) di Padang Timur, Petaling Jaya.

Satu lagi siri demonstrasi yang gagal diadakan oleh pembangkang selepas Bersih 4, Bersih 5, Demo Tangkap MO1, Demo Politik Toksik. Rafizi langsung tidak nampak muka. Azmin datang sekejap, kemudian cabut lari. Kit Siang pun tertidur waktu dengar ceramah Mahathir. Demo kleptokrasi, gabung empat parti pun masih gagal lagi. Apa lagi pembangkang hendak buat selepas ini?

Read More

[Video] Infografik: Bekas Pengerusi SPR Kata Dia Meluat Dengan Bos Lamanya 'Mahathir'!

[Video] Infografik: Bekas Pengerusi SPR Kata Dia Meluat Dengan Bos Lamanya 'Mahathir'!

https://youtu.be/Gdoqvcyr22Q

Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman ialah seorang mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dari  17 November 2000 hingga 30 Disember 2008.

Sebelum itu pada tahun 1979-1995 beliau juga adalah bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

"Saya bekas pengerusi SPR. Jangan terkejut saya berdiri di sini sebab meluat dengan bos sahaja dahulu..."

Read More

Khalid Ibrahim kepada Teng: Teruskan dedah kelemahan saya

Khalid Ibrahim kepada Teng: Teruskan dedah kelemahan saya
*Khalid Ibrahim memberitahu kita mengapa kita tidak perlu mengundi pembangkang. 

Mereka tidak telus dan wataknya lemah*

****
Khalid kepada Teng: Teruskan dedah kelemahan saya

Bekas Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu menunjukkan kelemahan beliau malah ketika beliau masih bersama gabungan pembangkang dulu, bukan menggunakannya sebagai ancaman sekarang.

Beliau memberi maklum balas terhadap exco kanan Selangor Datuk Teng Chang Khim yang berkata HARAPAN tidak teragak-agak mendedahkan kelemahan Khalid jika beliau memilih untuk bersama BN.

"Teruskan. Jangan hanya lakukan ugutan dan ancaman, tidak guna.

"Tindakannya lakukan ugutan hanya menunjukkan karakternya yang lemah,” kata beliau.

Apabila diberitahu Teng tidak mendedahkan kelemahan beliau sebelum ini kerana atas dasar hormat, beliau tertawa dan berkata sekarang ini Teng tidak lagi menghormati beliau kerana sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulannya.

Seorang lagi bekas MB Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar mendakwa BN akan mendapat bantuan daripada Khalid bersama-sama dirinya dan dua orang lagi bekas MB.

Teng kemudiannya bertindak balas berkata HARAPAN tahu kelemahan peribadi Khalid semasa beliau menjadi menteri besar dan tidak teragak-agak mendedahkannya.

Read more at https://malaysiakini.com/news/398414#95ht1VrlY16VcdqZ.99

Read More

[Video] Agenda Kleptokrasi Makan Diri Dan Tiada Sambutan #KelentongBasi

[Video] Agenda Kleptokrasi Makan Diri  Dan Tiada Sambutan #KelentongBasi
Walaupun dianjurkan di Padang Timur, Petaling Jaya yang terletak bersebelahan ibu pejabat PPBM, namun penganjuran demo yang diketuai Mahathir tetap juga gagal.

Sampai merayu duit derma dari peserta untuk bayar "PA System", begitulah teruknya demo anjuran Mahathir ini. Derma dikutip menerusi tabung tabung derma yang diletak logo DAP. Ke mana duit derma itu pergi akhirnya, tiada siapa pun yang tahu.

https://youtu.be/mlL2mpnwvGM

Zaman Reformasi dahulu, Anwar Ibrahim memainkan agenda rasuah dan korupsi setiap kali berceramah menentang Mahathir. Perkataan rasuah dan korupsi sering menjadi zikir serangan utama Anwar ketika itu.

Agenda korupsi itulah yang pembangkang guna untuk melawan kerajaan Barisan Nasional sejak dulu lagi. Tidak kira DAP, PAS mahupun PKR, semua guna modal yang sama melawan BN ketika itu.

Namun, apabila Mahathir menyertai pembangkang, idea yang sama digunapakai oleh bekas Perdana Menteri itu. Cuma diubah sahaja dari perkataan korupsi kepada kleptokrasi. Perkara yang sama, cuma ubah nama sahaja.

Sebenarnya bila Mahathir buat begitu, ia bermaksud apa yang Anwar dan pembangkang pernah tuduhnya dulu adalah perkara betul. Secara tak sengaja Mahathir mengiyakan perjuangan pembangkang dahulu kepadanya.

Siapa sebenarnya bapa kleptokrasi? Anak anak Mahathir sahaja ada kekayaan terkumpul hampir RM4.4 billion.

Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan ada 156 syarikat, aset RM780 juta.
Mokhzani ada 255 syarikat, aset RM3 billion. Mukhriz ada 128 syarikat, aset 540 juta. Ini baru anak Mahathir, belum lagi kroni kroninya.

Walaupun demo klepoktrasi ini dihadiri para pemimpin besar dari keseluruhan parti pembangkang, tetapi para pengikut mereka tidak ikut serta. Pasti ada yang tak kena.

Azmin datang sekejap sahaja, biarpun dijangka berucap pada malamnya. Akhirnya ceramah Azmin itu batal. Kelibat PAS tiada langsung sepanjang demo tadi.

Biarpun Azmin kata Pakatan Rakyat masih hidup lagi di Selangor. Ini tanda, PAN sudah kuasai Selangor, bukan lagi PAS.

Ternyata demo yang menjadi pengukur kepada kekuatan Pakatan Harapan ini benar-benar memakan diri sendiri dan tiada langsung sambutan.

https://youtu.be/5z1oSPx1hGg

Agenda Kleptokrasi tidak menjadi, ianya sudah basi. Ramai yang tidak mengerti apa itu kleptokrasi.

Tahulah kita pada PRU14 akan datang sejauh mana kekuatan Pakatan Harapan. Walaupun menggabungkan ke semua pemimpin utama mereka untuk anjurkan sebuah himpunan, Pakatan Harapan masih tidak mampu menunjukkan bahawa mereka sedang 'trending' sebagai parti pilihan rakyat.

Perlawanan bolasepak Liverpool dan Manchester United lagi trending di Twitter. Topik demo kleptokrasi ini langsung tiada dalam sepuluh topik trending di twitter. Di atas padang pun gagal, di media sosial pun gagal juga.

Gagal lagi Mahathir, demo terakhir pembangkang sebelum PRU14 telah gagal sepenuhnya.

***********
Rujukan:

Read More