[Video] Sidang Media Oleh YAB Datuk Seri Najib Razak berkenaan kemangkatan Almarhum DYMM Al-Sultan Kedah Darul Aman

Video: https://youtu.be/RGk8jnmfQxo


YAB PM NAJIB RAZAK:-

11 Sept 2017

Tajuk: Kenyataan Akhbar YAB Perdana Menteri mengenai Kemangkatan Tuanku Sultan Kedah

Kenyataan Akhbar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Mengenai Kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Kerajaan Negeri Kedah telah mengumumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah mangkat pada hari ini, Isnin 11 September 2017 bersamaan 20 Zulhijjah 1439 Hijrah di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah

Saya bagi pihak  Kerajaan dan rakyat jelata  merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Tuanku Hajah Haminah, anakanda-anakanda serta kerabat-kerabat Baginda di atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Saya juga meminta supaya semua pihak mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang di seluruh negara selama dua (2) hari berturut-turut bermula pada hari pengebumian iaitu pada hari Selasa, 12 September 2017 bersamaan 21 Zulhijjah 1438 Hijrah.



1) NajibRazak.com


2) NR Facebook


3) NR Twitter 




Author:

Facebook Comment