Trump Bakal Bersihkan Nama Najib

12 September ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House. Lawatan tersebut adalah atas jemputan rasmi Trump.

Pihak pembangkang cukup cemburu setiap kali ada pemimpin negara luar mahu bertemu dengan Najib. Baik dari Arab Saudi, China, India dan juga Amerika Syarikat. Ada ada sahaja tuduhan yang akan dibuat.

Bila syarikat minyak Arab Saudi hendak melabur di Malaysia, ada pihak cuba fitnah dan burukkan Malaysia. Saudi Aramco diberikan maklumat kononnya Malaysia tidak stabil.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan hampir bankrap dan kerajaan tidak berkemampuan untuk membayar gaji penjawat awam. Semua tuduhan ini dibuat agar syarikat minyak Arab Saudi itu tidak yakin dan tidak melabur di Malaysia.

“Ini kerana ada orang yang tiada hati perut, motif mereka adalah politik tetapi yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia,” kata Datuk Seri Najib.

Jika ke China pula, Malaysia akan dituduh gadai negara. Jika dijemput secara rasmi ke White House pula, mereka kata ada komplot mahu campurtangan dalam pilihanraya umum ke 14. Semua ini hanyalah tuduhan dan tohmahan semata mata oleh pembangkang yang bersikap cemburu.

Tuduhan mereka tiada asas. Tujuannya hanya satu iaitu memburukkan nama Datuk Seri Najib di mata pemimpin asing dan juga rakyat Malaysia. Harus diingat bahawa Najib ke Amerika Syarikat atas jemputan rasmi Presiden Amerika Syarikat. Najib tidak gunakan pelobi seperti Mahathir dahulu untuk berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat, Bush. Bayar sampai berjuta juta kerana hendak jumpa Bush.

Jemputan rasmi itu  telah dinyatakan Trump ketika bertemu dengan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique di Pejabat Oval, White House pada 26 Ogos 2017


Harus diingat bahawa lawatan ke Amerika Syarikat ini juga adalah sempena ulangtahun 60 tahun hubungan diplomasi antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Hubungan diplomasi ini bermula bila Amerika Syarikat mengiktiraf Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 melalui surat daripada Setiausaha Negara A.S. John Foster Dulles kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Pada tahun yang sama selepas itu, Amerika Syarikat menaikkan taraf Konsulat Jeneral di Kuala Lumpur kepada status Kedutaan.  Konsul Jeneral pada ketika itu, Thomas K. Wright dipertanggungjawabkan sebagai Kuasa Usaha Kedutaan.

Menurut laporan tahunan MITI pada 2016, hasil dagangan antara Amerika Syarikat dengan Malaysia adalah sejumlah RM135.88 billion. Amerika Syarikat merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia. Hasil kunjungan ke China, Najib bawa balik 14 perjanjian bernilai kira-kira RM144 bilion.

Kerjasama rapat dengan Arab Saudi, bawa masuk pelaburan bernilai RM31 billion. Bila ke India, pelaburan sejumlah RM162.37 billion berjaya dibawa masuk. Nilai semua pelaburan ini adalah RM337.37 billion.

Tentunya ada sesuatu yang baik menerusi lawatan rasmi ke Amerika Syarikat ini. Trump sendiri menghormati Datuk Seri Najib yang cukup terkenal dengan kemahiran diplomasi yang cukup tinggi di peringkat antarabangsa.

Malaysia juga telah diiktiraf sebagai negara nombor satu di dunia untuk “Best Country to Invest” pada tahun 2017 oleh World Economic Forum. Data ini dan sejarah hubungan diplomasi Amerika Syarikat dengan Malaysia selama 60 tahun adalah lebih berharga daripada fitnah dan tohmahan kosong yang dibuat oleh DoJ.

Ini bukan kali pertama Trump bertemu Najib. Mereka berdua hadir sama dalam satu sidang di Riyadh pada Mei 2017. Trump sudah pasti akan membersihkan semua fitnah yang dibuat DoJ dan pembangkang bila bertemu dengan Najib nanti.

Trump sendiri tidak percaya DoJ. Pada 8 Julai 2017, di Hamburg Jerman, Trump sudah beritahu Putin bahawa dia tidak percaya pada Federal Bureau of Investigation (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan Department of Justice (DoJ).

Pengakuan Trump ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi agensi itu. Semua agensi itu mendakwa bahawa ada campur tangan dari Russia semasa pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016.

Menurut Sergey Lavrov, Menteri Luar Russia, Trump turut memberitahu Putin bahawa beliau juga mendengar tuduhan itu sejak berbulan yang lepas dan tiada satu bukti pun dibawa untuk membuktikan dakwaan campurtangan Russia itu.

Sama seperti apa yang DoJ dakwa dalam tuduhannya terhadap 1MDB. Sejak 20 Julai 2016, sampailah sekarang ianya hanya sekadar tuduhan sahaja. Tiada bukti yang dibawa, tiada sesiapa pun yang dipanggil untuk disiasat dan tidak ada pendakwaan pun di mahkamah.

Bulan Jun lepas, Syed Saddiq ada beritahu Tun Daim sudah belanjakan RM50 juta untuk kempen jatuhkan Najib menerusi media antarabangsa dan DoJ termasuklah membayar USD$5 juta kepada Clinton Foundation. Trump mungkin akan dedahkan dalang sebenar ini nanti di Amerika Syarikat.

Dulu masa Najib ke Amerika Syarikat pada tahun 2015 untuk Perhimpunan PBB, pihak pembangkang buat cerita FBI hendak tangkap Najib. Akhirnya terbukti cerita itu hanya cerita palsu. Obama beri layanan baik pada Najib, Tidak ada pun FBI hendak tangkap.

Kali ini berhempas pulas pembangkang, termasuklah agen mereka yan sudah dibayar di Amerika Syarikat iaitu WSJ cuba memburukkan lawatan rasmi Datuk Seri Najib berjumpa dengan Trump.

Mereka jadi takut kerana mereka tahu Trump akan cuci bersih semua tuduhan fitnah DoJ terhadap Najib di Amerika Syarikat nanti. Bila isu DoJ sudah ditutup buku oleh Trump, apa lagi isu pembangkang hendak fitnah Datuk Seri Najib?


Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump menemui Duta Besar Malaysia ke AS Zulhasnan Rafique dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara [MKN] Jeneral Zulkifeli Mohd Zin untuk mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang membantu menyelamatkan anak kapal USS John S McCain, menjelang pertemuannya dengan Perdana Menteri Najib Razak





Author:

Facebook Comment