Permainan Propaganda Ikan Kembung.


Harga ikan (dan sayur) naik-turun mengikut musim.

Propaganda Pakatan amat senang. Bila harga ikan kembung naik mencecah RM20 satu kg pada musim hujan hujung tahun lalu kerana tak banyak nelayan turun ke laut, mereka terus kecam kerajaan zalim.

Mereka akan terus mengulang harga ini walaupun harga ikan kembung sudah turun balik ke RM9.90 satu kg seperti di Muar di mana Pribumi mengadakan ulangtahun pertama semalam.

Mereka akan terus mengulang harga RM20 satu kg dan buat tak nampak harga kini sudah turun.

Pembangkang juga banyak membuat fitnah bahawa cukai GST yang menyebabkan harga Ikan kembung yang naik pada hujung tahun.

Ikan tidak dikenakan GST dan GST tak banyak kaitan dengan harga ikan.

Sebagai contoh. Harga Ikan jatuh sehingga RM1.40 satu kg berbanding harga biasa RM8 hingga RM10 pada bulan Mac 2016 tahun lepas kerana tangkapan yang banyak walaupun GST sudah satu tahun dilaksanakan.


Jangan terlalu senang dihasut dan dipergunakan oleh propaganda menipu Pembangkang.



LSS.
----
Harga ikan terkini boleh dapat dari sini:



Author:

Facebook Comment