HARAPAN Tolak Kerjasama Pembangkang Sabah

Pakatan Harapan Sabah dianggotai PKR, DAP dan PAN menolak kerjasama sesetengah parti pembangkang tempatan di negeri itu yang didakwa berpihak kepada pemerintah.

Pengerusinya, Christina Liew berkata pihaknya hanya membuka perbincangan dengan parti pembangkang tempatan sebenar dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kami tidak berminat berbincang dengan parti pembangkang yang dilihat lebih cenderung kepada Barisan Nasional.

“Ada parti pembangkang yang mesra BN, saya percaya kamu tahu parti mana yang saya maksudkan,” katanya kepada selepas Pra Pelancaran Manifesto gabungan pembangkang disertai PKR, DAP dan PAN di Sabah, hari ini.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong dan Pengerusi PAN negeri, Hamzah Abdullah.

Liew yang juga Pengerusi PKR Sabah berkata pihaknya hanya berminat untuk menumpukan perbincangan dengan parti pembangkang yang berkongsi objektif perjuangan dengan mereka.

Sementara itu, lima tawaran baharu untuk rakyat Sabah diumumkan menerusi pra pelancaran manifesto gabungan itu iaitu hak kewilayahan pimpinan rakyat, hak hasil petroleum yang adil, pembangunan infrastruktur asas dan industri saksama, pendidikan berkualiti dan pembangunan ekonomi saksama.



Author:

Facebook Comment