Guan Eng Lantik Ketua Biro Agama PKR Sebagai “Screw’ Baru


Kira-kira 9 bulan selepas Saifuddin Nasution Ismail dilantik menjadi 'screw' Lim Guan Eng, semalam Guan Eng melantik pula Wan Ji, Ketua Biro Agama PKR sebagai ‘screw” barunya di dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebelum Saifuddin dan Wan Ji, Guan Eng sebelum ini menggunakan Mat Sabu sebagai “screw” Melayu di Pulau Pinang. Bila Mat Sabu sudah sah mahu bertanding di Selangor dan sudah masak makanan untuk Mahathir, Guan Eng kena cari pengganti baru. Maka jumpalah Wan Ji, ustaz yang berfahaman syiah dari PKR.

Dikenali sebagai Wan Ji, katanya berkelulusan Al-Azhar dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Wan Ji dilantik menjadi Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang semalam.

Walaupun dia bukan ahli DAP dan bukan anak Pulau Pinang, namun dek kerana keberanian dan 'muka temboknya' memperbodohkan diri sendiri untuk menentang  kerajaan BN dan mengeluarkan fatwa fatwa yang pelik, maka anak Melayu itu amat sesuai sekali dijadikan “screw’ baru menggantikan Mat  Sabu.

Setiausaha Agung DAP itu memang pantang jumpa mana-mana anak Melayu yang sanggup menjadi bodoh untuk memfitnah memburukkan kerajaan BN, pasti dia akan mengambilnya menjadi 'balaci' DAP.

Sebelum ini pun, sudah ada anak muda bernama Zainulfakar yang berkerja untuk menjaga Buletin Mutiara di pejabat Guan Eng. Diambil dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Seronok DAP bila dapat budak Melayu yang sanggup dijadikan ‘screw’ untuk lawan balik Melayu.

Sama seperti Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali yang juga merupakan pelajar dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.  Sheikh Omar ini junior kepada Zainulfakar. Kini Sheikh Omar ini sudah jadi ‘screw” DAP untuk menyokong pesta arak dianjurkan. Bercakap bagi pihak DAP supaya pesta arak boleh diadakan.

Inilah juga DAP akan buat pada Wan Ji di Pulau Pinang. Strategi Guan Eng melantik Wan Ji menjadi pegawai penerangannya adalah kerana Guan Eng  sendiri sudah tidak boleh menjawab setiap isu yang rakyat tanya kepadanya.

Guan Eng lantik Wan Ji bagi menjawab isu isu bagi pihak Guan Eng. Dengan cara ini, Guan Eng boleh “screw” Melayu dalam isu isu yang berkaitan dengan agama, hal ehwal orang Melayu dan juga isu isu  yang jelas sekali memperlihatkan kegagalan Guan Eng, seperti banjir, tuduhan rasuah, isu gadai tanah dan kes kilang haram.

Siapa sebenarnya Wan Ji ini? Pada sekitar tahun 2013, tersebar video dalam Youtube bertajuk “Tergempar : Ust Wan Ji Hapuskan Sistem Sultan”. Dalam video tersebut, Wan Ji yang pada ketika itu adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor membuat cadangan untuk menghapuskan sistem beraja di Malaysia.
Malah pada September 2014, Wan Ji pernah memakai baju hitam bertulis “Hapus” dan memegang plakad bertulisan Cina dan bertulis “Sultan Durian”. Bila dibaca serentak bermaksud “Hapus Sultan Durian”.

Wan Ji adalah kawan baik dengan Khalid Ismath, seorang pengikut kuat Syiah. Khalid Ismath ini merupakan bekas pelajar UiTM Shah Alam dan pernah mengibarkan bendera baru Republik Malaysia. Wan Ji dan Khalid Ismath mempunyai niat yang sama iaitu menubuhkan negara republik di Malaysia.

Pada tahun 2010, bila arwah Ustaz Haron Din menegur agar umat Islam jangan berpihak kepada tuntutan akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly berkaitan isu kalimah Allah, Wan Ji pada ketika itu telah menggelar Haron Din sebagai ‘ulama kepala lutut”.

Bila Nooh Gadut, bekas Mufti Johor mengeluarkan pendapat bahawa orang Islam boleh jadi kafir dan murtad sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah, Wan Ji membantah kenyataan Nooh Gadut ini. Wan Ji kata ayat Al Quran yang digunakan Nooh Gadut tidak tepat.

Baru baru ini pada 18 September 2017, Wan Ji menegaskan, Al Quran memerintahkan muslim untuk membenarkan kumpulan Kristian menggunakan nama Allah secara bebas untuk merujuk apa sahaja yang mereka mahukan termasuk persona di tiang salib tersebut sebagai Anak Allah.

Lepas seminggu Wan Ji kata boleh guna nama Allah sampai di tiang salib ini, Guan Eng terus ambil Wan Ji dan dilantiknya di Pejabat Ketua Menteri DAP itu di Pulau Pinang. Semalam, selepas sahaja angkat sumpah, Wan Ji terus menyatakan bahawa dia akan menggunakan ayat Al Quran untuk membela dan mempertahankan Guan Eng di Pulau Pinang.

Ayat Al Quran mahu digunakan untuk pertahankan "tokong" DAP oleh Wan Ji.

Sampai begitu sekali sanggup Wan Ji pertahankan ketua menteri DAP ini. Sampai sanggup guna Al Quran. Inilah cara Guan Eng untuk screw orang Melayu dan orang Islam di Pulau Pinang. Ambil Ketua Biro Agama PKR yang jelas sekali berkiblatkan syiah untuk mempertahankannya di Pulau Pinang.

Kini puak puak berfahaman komunis sudah bersatu dengan puak puak syiah untuk menumbangkan kerajaan berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Putrajaya. Wajib bagi semua Ahli Sunnah Wal Jamaah mempertahakan kerajaan yang sedia ada di Putrajaya. Jangan biar jatuh ke tangan puak komunis dan syiah ini. 




Author:

Facebook Comment