Dakwaan Mahathir mengenai pembelian pesawat 'tidak tepat' - CEO Penerbangan Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Peter Bellew menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya syarikat penerbangan itu cuba memuaskan hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada memberi pertimbangan berdasarkan kepentingan perniagaan.

Bellew berkata MAS telah meninjau untuk menggantikan pelbagai pesawatnya untuk sekian lama, memandangkan pajakan mereka hampir berakhir.

"Saya telah membaca segala-galanya di blog; sebahagian daripadanya dilaporkan kepada saya. Banyaknya tidak tepat, dan tiada siapa yang menghubungi saya atau syarikat kami untuk menyemak perkara itu.

"Saya percaya intipatinya adalah seseorang berkata kita tidak akan membeli pesawat dan barangan lain. Kami memang bercadang untuk membeli pesawat itu secara langsung dari Boeing...

"Kami telah berhubungan dengan Airbus tentang A330neo dan (Boeing) 787s. Ia memang hajat kami. Hari ini kita melakukan sesuatu yang lain. Kami mendapat peluang untuk pajakan pesawat pada harga yang baik.

"Walaupun saya sangat menghormati apa yang dilakukan oleh pemimpin ini (Mahathir) pada masa lalu, beliau tidak menyemak apa yang ditulisnya di blog, dan sudah tentu, pada bila-bila masa kita ingin menjadi telus dengan sesiapa di Malaysia," katanya kepada pemberita pada taklimat di Akademi MAS di Kelana Jaya hari ini.

Beliau diminta memberi respons terhadap dakwaan yang disiarkan di blog Mahathir pada Isnin lalu.




******* https://m.malaysiakini.com/news/396494#pv4GPxc6eqRxtrRz.99


Author:

Facebook Comment