Bomoh Cabul 3 Pelajar Di Bintulu

Seorang bomoh direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes mencabul tiga pelajar perempuan termasuk dua beradik antara awal bulan ini hingga semalam.

Lelaki berusia 60 tahun itu ditahan selepas bapa kepada dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu, Sarawak pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa ketiga, iaitu pelajar Tingkatan 5 yang berusia 17 tahun mendedahkan perbuatan bomoh itu kepada bapanya.

Sebelum itu, suspek juga didakwa mencabul dua lagi mangsa iaitu pelajar Tahun Enam berusia 11 tahun pada 2 September lalu dan adik mangsa ketiga iaitu pelajar Tingkatan Empat, berusia 16 tahun pada 10 September lalu.

Menurut beliau, semua mangsa dihantar oleh keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan Tun Hussein Onn.

“Dalam sesi rawatan itu suspek membogelkan dan memandikan mangsa, kemudiannya memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

“Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumkan kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan dan kemudiannya menumbuk mukanya sebelum mengheret bomoh itu ke balai polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.




Author:

Facebook Comment