Azmin Tolak IBR, Pegawai PKR Ditangkap Rasuah 

Lucu mendengar MP Subang PKR R Sivarasa berkata bahawa perbuatan SPRM menangkap dan menahan didalam lokap 3 pegawainya yang direman untuk siasatan rasuah adalah satu “penindasan”.

Apakah Sivarasa mahu SPRM memberi layanan istimewa kepada pegawainya kerana mereka mewakili Pakatan? 

Adakah mereka tidak boleh direman untuk siasatan kerana mereka penyokong pembangkang? 

Jika ini berlaku pada UMNO pastinya mereka akan desak SPRM beri layanan tegas kepada suspek. Sepatutnya sebagai seorang ahli parlimen dan peguam, dia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM. 

Inilah PKR yang berlagak “macam bagus”. Rakyat boleh lihat sikap sombong yang sama pada MB Selangor Azmin Ali yang sehingga kini enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kelolaan SPRM. Kononnya dia ada sistem yang lebih bagus untuk lawan rasuah

Tetapi sekarang 3 pegawai kepada ahli parlimen PKR Selangor sudah ditangkap untuk rasuah. Apa telah jadi pada sistem tersebut? Apa pula alasan yang akan diberikan oleh PKR?


Author:

Facebook Comment