Buaya Besar Muncul Di Tengah Bandar Limbang


Apa perasaan jika di awal pagi ketika di bandar, seekor buaya besar dilihat berkeliaran di tempat awam?

Situasi ini telah menimbulkan rasa cemas orang awam  apabila seekor buaya seberat 1,000 dikesan berkeliaran di kawasan perindustrian Limbang, berhadapan kedai tayar, West Lake Tyre itu disedari mereka yang berada di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, reptilia sepanjang kira-kira lima meter itu ditangkap anggota Bomba dan Penyelamat Limbang dengan bantuan beberapa agensi pada jam 7.39 pagi.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, Mohd Ali Mohd Salleh, berkata buaya itu dipercayai merayau di kawasan Weslake Centre.

“Seramai lapan anggota menangkap buaya berkenaan menggunakan tali. Operasi selesai dalam tempoh setengah jam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, reptilia itu akan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.


Author:

Facebook Comment