[Video] Mass Hysteria Strikes Performers Of Festival, Praktikum At Old Sarawak DUN Complex

[Video] Mass Hysteria Strikes Performers Of Festival, Praktikum At Old Sarawak DUN Complex


About of mass hysteria has struck performers at the Festival Praktikum event being held at the Old Dewan Undangan Negeri Complex here at about 9pm tonight.

Performers scheduled to take the stage at the event reportedly began screaming hysterically one after the other midway through the second performance of the night.

Chaos reigned as performers dressed in traditional garb collapsed onto the floor screaming, with their team members rushing to their aid.

The exact number of performers affected is not known, but the event has been cut short due to the outburst.

Those affected were carried outside the complex, and as at press time, some are still affected by the phenomenon.

The state-level competition centres around traditional song and dance performances organised by the Ministry of Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports together with the Sarawak Arts Society.



Read More

Malaysiakini Dan Pakatun Bersorak Gembira Trump Tidak Melawat Malaysia Sebab Tiada Pengetahuan Geografi. 

Malaysiakini Dan Pakatun Bersorak Gembira Trump Tidak Melawat Malaysia Sebab Tiada Pengetahuan Geografi. 
Dalam kejahilan laporan yang menakjubkan, pembaca MalaysiaKini telah disumbat dengan propaganda Mkonon dan bersorak gembira apabila mendapat berita Trump tidak melawat Malaysia pada November ini tetapi akan melawat Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam dan Filipina

Mereka mengatakan "padan muka" kepada Najib kerana tiada lawatan balas. 

Walau bagaimanapun, apa yang mereka tidak faham ialah Trump melawat negara-negara tersebut sebagai sebahagian daripada perbalahan yang berterusan terhadap Korea Utara dan negara-negara yang dilawati itu adalah yang paling dekat dengan Korea Utara dan mungkin menjadi yang paling terkesan dalam sebarang konflik. 

Perdana Menteri Singapura juga akan melawat Trump di White House bulan depan tetapi Trump tidak melawat Singapura yang merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat pada bulan November ini. 

Malah, Trump juga tidak melawat Indonesia dan juga Thailand.

Zombies Pakatan tidak mempunyai pengetahuan geografi, tidak memahami isu semasa geo-politik atau mati otak - yang membolehkan Mkonon memanipulasi dan mempergunakan mereka.

Orang-orang ini mungkin tidak tahu bahawa Korea Utara telah memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang terhadap mereka dan ujian senjata nuklear dan roket yang agresif baru-baru ini oleh Korea Utara.



*************
Rujukan:



Read More

Guan Eng Lantik Ketua Biro Agama PKR Sebagai “Screw’ Baru

Guan Eng Lantik Ketua Biro Agama PKR Sebagai “Screw’ Baru

Kira-kira 9 bulan selepas Saifuddin Nasution Ismail dilantik menjadi 'screw' Lim Guan Eng, semalam Guan Eng melantik pula Wan Ji, Ketua Biro Agama PKR sebagai ‘screw” barunya di dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebelum Saifuddin dan Wan Ji, Guan Eng sebelum ini menggunakan Mat Sabu sebagai “screw” Melayu di Pulau Pinang. Bila Mat Sabu sudah sah mahu bertanding di Selangor dan sudah masak makanan untuk Mahathir, Guan Eng kena cari pengganti baru. Maka jumpalah Wan Ji, ustaz yang berfahaman syiah dari PKR.

Dikenali sebagai Wan Ji, katanya berkelulusan Al-Azhar dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Wan Ji dilantik menjadi Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang semalam.

Walaupun dia bukan ahli DAP dan bukan anak Pulau Pinang, namun dek kerana keberanian dan 'muka temboknya' memperbodohkan diri sendiri untuk menentang  kerajaan BN dan mengeluarkan fatwa fatwa yang pelik, maka anak Melayu itu amat sesuai sekali dijadikan “screw’ baru menggantikan Mat  Sabu.

Setiausaha Agung DAP itu memang pantang jumpa mana-mana anak Melayu yang sanggup menjadi bodoh untuk memfitnah memburukkan kerajaan BN, pasti dia akan mengambilnya menjadi 'balaci' DAP.

Sebelum ini pun, sudah ada anak muda bernama Zainulfakar yang berkerja untuk menjaga Buletin Mutiara di pejabat Guan Eng. Diambil dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Seronok DAP bila dapat budak Melayu yang sanggup dijadikan ‘screw’ untuk lawan balik Melayu.

Sama seperti Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali yang juga merupakan pelajar dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.  Sheikh Omar ini junior kepada Zainulfakar. Kini Sheikh Omar ini sudah jadi ‘screw” DAP untuk menyokong pesta arak dianjurkan. Bercakap bagi pihak DAP supaya pesta arak boleh diadakan.

Inilah juga DAP akan buat pada Wan Ji di Pulau Pinang. Strategi Guan Eng melantik Wan Ji menjadi pegawai penerangannya adalah kerana Guan Eng  sendiri sudah tidak boleh menjawab setiap isu yang rakyat tanya kepadanya.

Guan Eng lantik Wan Ji bagi menjawab isu isu bagi pihak Guan Eng. Dengan cara ini, Guan Eng boleh “screw” Melayu dalam isu isu yang berkaitan dengan agama, hal ehwal orang Melayu dan juga isu isu  yang jelas sekali memperlihatkan kegagalan Guan Eng, seperti banjir, tuduhan rasuah, isu gadai tanah dan kes kilang haram.

Siapa sebenarnya Wan Ji ini? Pada sekitar tahun 2013, tersebar video dalam Youtube bertajuk “Tergempar : Ust Wan Ji Hapuskan Sistem Sultan”. Dalam video tersebut, Wan Ji yang pada ketika itu adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor membuat cadangan untuk menghapuskan sistem beraja di Malaysia.
Malah pada September 2014, Wan Ji pernah memakai baju hitam bertulis “Hapus” dan memegang plakad bertulisan Cina dan bertulis “Sultan Durian”. Bila dibaca serentak bermaksud “Hapus Sultan Durian”.

Wan Ji adalah kawan baik dengan Khalid Ismath, seorang pengikut kuat Syiah. Khalid Ismath ini merupakan bekas pelajar UiTM Shah Alam dan pernah mengibarkan bendera baru Republik Malaysia. Wan Ji dan Khalid Ismath mempunyai niat yang sama iaitu menubuhkan negara republik di Malaysia.

Pada tahun 2010, bila arwah Ustaz Haron Din menegur agar umat Islam jangan berpihak kepada tuntutan akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly berkaitan isu kalimah Allah, Wan Ji pada ketika itu telah menggelar Haron Din sebagai ‘ulama kepala lutut”.

Bila Nooh Gadut, bekas Mufti Johor mengeluarkan pendapat bahawa orang Islam boleh jadi kafir dan murtad sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah, Wan Ji membantah kenyataan Nooh Gadut ini. Wan Ji kata ayat Al Quran yang digunakan Nooh Gadut tidak tepat.

Baru baru ini pada 18 September 2017, Wan Ji menegaskan, Al Quran memerintahkan muslim untuk membenarkan kumpulan Kristian menggunakan nama Allah secara bebas untuk merujuk apa sahaja yang mereka mahukan termasuk persona di tiang salib tersebut sebagai Anak Allah.

Lepas seminggu Wan Ji kata boleh guna nama Allah sampai di tiang salib ini, Guan Eng terus ambil Wan Ji dan dilantiknya di Pejabat Ketua Menteri DAP itu di Pulau Pinang. Semalam, selepas sahaja angkat sumpah, Wan Ji terus menyatakan bahawa dia akan menggunakan ayat Al Quran untuk membela dan mempertahankan Guan Eng di Pulau Pinang.

Ayat Al Quran mahu digunakan untuk pertahankan "tokong" DAP oleh Wan Ji.

Sampai begitu sekali sanggup Wan Ji pertahankan ketua menteri DAP ini. Sampai sanggup guna Al Quran. Inilah cara Guan Eng untuk screw orang Melayu dan orang Islam di Pulau Pinang. Ambil Ketua Biro Agama PKR yang jelas sekali berkiblatkan syiah untuk mempertahankannya di Pulau Pinang.

Kini puak puak berfahaman komunis sudah bersatu dengan puak puak syiah untuk menumbangkan kerajaan berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Putrajaya. Wajib bagi semua Ahli Sunnah Wal Jamaah mempertahakan kerajaan yang sedia ada di Putrajaya. Jangan biar jatuh ke tangan puak komunis dan syiah ini. 



Read More

Penjelasan FELDA Terhadap Laporan The Malaysian Insight 

Penjelasan FELDA Terhadap Laporan The Malaysian Insight 
KENYATAAN AKHBAR

PENJELASAN FELDA TERHADAP LAPORAN THE MALAYSIAN INSIGHT 

Menara Felda, KUALA LUMPUR – Jumaat, 29 September 2017: FELDA ingin membuat penjelasan berhubung satu laporan daripada The Malaysian Insight yang menemu bual beberapa orang peneroka dan penerokawati dari Felda Mayam, Sebertak dan Tementi yang terletak dalam Gugusan Bera, Pahang.

FELDA mendapati apa yang dilaporkan adalah tidak tepat kerana menurut rekod FELDA, penerokawati yang ditemubual dari Felda Mayam sebenarnya telah menerima Skim Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka sebanyak RM20,000 pada bulan April 2012, yang tidak dikenakan sebarang faedah kecuali kos pengurusan. Pendapatan penerokawati tersebut melebihi RM2,000 bagi bulan September 2017 dan bukan kurang dari RM1,000 seperti dilaporkan.

Peneroka dari Felda Tementi pula yang mengatakan pembayaran dari FELDA adalah tidak menentu sebenarnya telah menerima bayaran secara mingguan. Sejak April 2017, FELDA telah memperkenalkan Dana Pusingan RM100 juta untuk tujuan pelaksanaan pembayaran hasil secara mingguan.

Beliau juga mengatakan bahawa tidak diberikan penyata hutang apabila diminta sedangkan penyata tersebut boleh didapatkan oleh semua peneroka dari pejabat rancangan masing-masing. Penyata hutang peneroka dikeluarkan pada setiap suku tahun.

FELDA merasa kesal akan laporan-laporan yang tidak tepat malahan ini merupakan kali kedua FELDA membuat pembetulan bagi laporan yang dikeluarkan oleh portal The Malaysian Insight. 

FELDA sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan warga peneroka. Pengumumam YAB Perdana Menteri berkenaan enam insentif untuk warga peneroka menjadi bukti usaha kerajaan dan FELDA dalam merangka penyelesaian jangka panjang bagi meringankan beban tanggungan peneroka seperti insentif pembayaran tunai, pelupusan sebahagian hutang serta geran khas tanam semula.

FELDA memberi peluang kepada peneroka yang keluar daripada sistem FELDA untuk kembali semula bermuafakat. Mereka ini juga bakal menerima insentif yang dinyatakan sekiranya mereka memenuhi syarat–syarat muafakat yang ditetapkan.


Read More

Tian Chua Tarik Balik Rayuan - Penjara Sebulan, Denda RM1,000

Tian Chua Tarik Balik Rayuan - Penjara Sebulan, Denda RM1,000

Ada kemungkinan bahawa dalam rayuan akhir Hakim-hakim boleh menaikkan denda kepada lebih daripada RM2,000 atau menjatuhkan hukuman penjara satu tahun - salah satu daripadanya akan bermakna dia dibatalkan kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan tidak boleh bertanding lagi dalam pilihan raya masa akan datang.

Oleh itu, lebih baik untuk ke penjara selama satu bulan sahaja dan mengekalkan gaji MP - jadi dia menggugurkan rayuan terakhirnya.



************

Dalam satu tindakan yang mengejutkan, Naib Presiden PKR, Tian Chua telah menarik balik rayuannya terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya kerana enggan mematuhi perintah polis untuk meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada tahun 2012. 
Ini berlaku ketika beliau hadir untuk rayuan terakhirnya di hadapan tiga panel hakim yang diketuai oleh Hakim Tan Sri Mohtarudin Baki. 
Beliau melepaskan peguamnya, N Surendran, dan membaca kenyataannya kepada mahkamah. 
Mahkamah Tinggi pada November tahun lalu, telah menolak rayuan awalnya terhadap sabitan dan hukuman setahun penjara dan denda RM1,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014. 
Tian Chua disabitkan di bawah Akta Kawasan dan Tempat Perlindungan 1959 kerana  menolak perintah untuk meninggalkan Kompleks Pulapol di Jalan Semarak pada 29 April 2012, sehari selepas ditangkap semasa perhimpunan BERSIH 3 di Kuala Lumpur. 
Mahkamah sepatutnya mendengar hujah kedua-dua belah pihak hari ini, tetapi menerima penarikan balik rayuan itu, dan mengekalkan hukuman penjara satu bulan, berkuatkuasa hari ini. 
Tian Chua kelihatan tersenyum ketika hakim menyampaikan penghakimannya. 
Anggota Parlimen yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, akan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat dan dihalang daripada bertanding bagi kerusi itu selama lima tahun
*
Read More

Lawatan Ke Amerika Sebagai Negara Berjaya, Bukan Untuk Mengemis - @NajibRazak

Lawatan Ke Amerika Sebagai Negara Berjaya, Bukan Untuk Mengemis - @NajibRazak
Masih Ingat bahawa ada "seseorang" mengatakan Malaysia hampir muflis! 😡
Tetapi apabila Malaysia melabur di Amerika Syarikat dan melakukan urusan perdagangan, mereka berkata --- Tidak pernah tahu bahawa Malaysia begitu kaya 🙄.... sarkastik kan?
--------------------------

Lawatan ke Washington baru-baru ini membuktikan bahawa negara berada dilandasan menjadi negara yang berjaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau berkata jemputan Presiden AS Donald Trump adalah kerana Malaysia mempunyai salah satu ekonomi yang paling kompetitif di dunia.

"Melihat kepada petunjuk kita boleh diiktiraf sebagai sebuah negara yang hebat. Kadar pertumbuhan kita adalah luar biasa.

"Itulah sebabnya apabila saya dijemput oleh Trump ke White House, saya pergi ke sana untuk mewakili negara yang berjaya. Saya tidak pergi ke sana untuk meminta atau mengemis," kata Najib semasa sesi pertemuan dengan kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu memberi contoh perkembangan baru-baru ini di negara ini termasuk lawatan oleh pembesar negara seperti Raja Salman Arab Saudi dan projek-projek mega seperti Landasan Keretapi Pantai Timur dan pelaburan China.

"Kita berada di puncak untuk menjadi ekonomi moden yang sangat maju, kita hampir mencapainya," kata PM Najib.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa Malaysia telah mengekalkan rankingnya sebagai 25 negara paling berdaya saing dalam Forum Ekonomi Dunia dan membayangkan mungkin meningkatkan kedudukan yang lebih tinggi dalam ranking tahun ini.

"Mendapat tahu bahawa dalam ranking terkini, terdapat peningkatan. Menjelang 2020, kita mahu menjadi antara 20 negara teratas. Ini bukan perkara mustahil, ini adalah dalam genggaman kami," kata Najib.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mereka yang cuba menggabarkan ekonomi Malaysia adalah tidak baik

"Jangan hanya mendengar hasutan pihak-pihak tertentu. Mereka cuba mengelirukan rakyat.

"Orang ramai mengatakan bahawa Malaysia mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Tetapi pergi ke Makkah pada bila-bila masa sepanjang tahun, ia dipenuhi dengan rakyat Malaysia.

"Adakah ini tanda negara gagal atau negara muflis? Semestinya tidak," kata PM Najib kepada para penonton.



**************************
大马在力争上游的时候,有一堆人拼命在扯国家后腿!😡
那些“人”也预言大马要破产了,不过当到美国投资时又说---不知道原来马来西亚那么有钱 🙄 ,。。摆明玩弄人民挑拨情绪阿‼

--------------------------
首相拿督斯里纳吉重申,他日前应邀到访美国,并与美国总统特朗普会面,并不是去向后者乞讨或要求借贷,相反的他是代表着一个成功的国家,应邀到访美国。

“不要只是去听特定党派的人说的话,他们就是要混淆人民,用错误的讯息企图激怒人民,让人民对政府有不必要的迁怒。”

首相纳吉今日出席“马电讯员工与首相相聚”活动上说,特朗普基于大马是全球其中一个具备高经济竞争力的国家,才会邀请他到访美国,“看看我们现有的强项,马来西亚确实是个伟大的国家,我们创造了非常可观的成长率。”

“这就是我受邀到访白宫时,我是以代表一个成功国家的领袖身分到访,不是去跟特朗普乞讨或者要求贷款。我告诉他,大马要向美国购买28架飞机。”

EPF投资美可获11.1%回酬

提到公积金局在美国投资,纳吉表示,公积金局并不是第一次投资美国,早在2008年便已开始,而且可以获得11.1%回酬,若是国内投资则只是7%回酬。

“你们要有更高的公积金利息吗?如果要,就要有完善与前瞻性的国际投资观。”

首相纳吉说,政府所做的外国投资决定,并不是由他或政治人物拍板,相反的是由专业投资团队在评估各项风险与做其相应计算后才做的决定。

首相纳吉也举例国库控股投资阿里巴巴集团在美国上市的股票,获得10亿美元回酬一事,指大马政府不仅改变了“alibaba”的定义,从中获取巨利,再投资到高科技公司,是全球性投资策略。

访中带回庞大发展项目

“我去北京见了中国国家主席习近平,带回来总值逾1440亿的投资发展项目,包括东海岸衔接铁路,我向吉兰丹万捷居民展示铁路计划,他们喜出望外,说有生之年都不敢想像能有如此庞大的发展项目,我们做到了。”

首相纳吉也说,去年大马在世界经济论坛公布的“全球竞争力报告”中,在全球138个经济体中排名25,今年有望获得更高排名,“到2020年,我们将会成为名列全球20位经济竞争力最强的国家里,这不是空谈,我们确实有这样的实力。”

**************************
Remember that "someone"said Malaysia is going to bankrupt soon !😡
 But when Malaysia invest in US and having trade deals,they said--- Never know that Malaysia was so rich 🙄....sarcastic isn't?
--------------------------
Malaysia’s recent Washington trip is proof that the country is on the verge of becoming a successful nation, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today.

He said the invite from US President Donald Trump was because of Malaysia having one of the most competitive economies in the world.

“Looking at the indicators we can be recognised as a great country. Our growth rate is remarkable.

“That is why when I was invited by Trump to White House, I went there to represent a successful country. I didn’t go there to beg or ask for a loan,” Najib said during an engagement session with Telekom Malaysia Berhad’s (TM) staff today.

The Pekan MP gave examples of recent successful developments in the country including visits by dignitaries like Saudi Arabia’s King Salman and mega-projects like East Coast Railway and the Chinese investments.

“We are at the cusp of becoming a highly advanced modern economy, we are almost there,” PM Najib said.

The prime minister also stressed that Malaysia has maintained its ranking as the top 25 competitive nations in the World Economic Forum and hinted there might be a higher placing in this year’s ranking.

“Heard that in the latest ranking, there is improvement. By 2020, we want to be among the top 20 nations. This is not far-fetched, this is within our grasp,” Najib said.

He also reminded the public to not be swayed by those who are trying to paint the Malaysian economy in bad light

“Don’t just listen to certain parties. They are trying to confuse the people.

“People say Malaysia has a high cost of living. But go to Makkah any time of the year, it is filled with Malaysians.

“Is this a sign of a failed state or bankrupt nation? Surely not,” PM Najib said to cheers from the audience.

#PMNAJIB #RespectMyPM
Read More

DAP Yang Tentukan Semuanya Dalam Pembangkang, Termasuklah Pesta Arak

DAP Yang Tentukan Semuanya Dalam Pembangkang, Termasuklah Pesta Arak
DAP yang berkuasa penuh dalam pembangkang. DAP adalah “top dog” sebenar dalam Pakatan Harapan. Ini kerana DAP yang punyai kerusi paling banyak dalam Pakatan Harapan iaitu sejumlah 37 kerusi parlimen.  Lihat statistik di pautan ini ;
http://pakdin.my/parti-satu-kerusi-tidak-layak-jadi-kapten-pembangkang/

Parti Mahathir hanya ada satu kerusi sahaja. Tidak layak bercakap apa pun. Paling jelas adalah dalam isu pesta arak. Tiada siapa yang berani mencabar keputusan DAP untuk membenarkan pesta arak itu diadakan.

Ahli ahli parlimen dari DAP seperti Tan Kok Wai (Ahli Parlimen DAP Cheras), Fong Kui Lun (Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang), Teresa Kok (Ahli Parlimen DAP Seputeh), Tan Kee Keong (ADUN DAP Kuala Kubu Bharu) dan  Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut) membantah keputusan DBKL mengharamkan pesta arak yang mahu diadakan di Publika.

Pesta arak yang mahu menghidangkan 250 jenis arak dari 43 negara itu mahu dibenarkan oleh DAP. Dua exco kanan DAP di Selangor juga meminta agar pesta arak ini diteruskan.

Naib Pengerusi DAP Selangor , Teng Chang Khim memberi amaran kepada PAS mengenai pesta arak. Teng berkata "jadi, dia juga kena fahamlah ini masyarakat majmuk. Malaysia ini bukan ada orang PAS sahaja, ramai orang bukan PAS dan majoriti lebih pada orang bukan PAS,"

Dengan selamba sahaja PAS kena kutuk dengan DAP mengenai pesta arak. Azmin Ali tengok sahaja PAS kena balun dengan DAP mengenai pesta arak. Nampak sangatlah Azmin Ali  lebih sayangkan DAP berbanding PAS.

Hayat PAS tidak lama jika begini. PRU14 ini sudah pasti PAS akan dikuburkan. Sikap Azmin dalam isu pesta arak ini jelas sekali memihak kepada apa yang dikehendaki DAP. Manakala parti PAN pula tutup mulut, seronok melihat PAS kena balun dengan DAP.

Sejak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh kerajaan campuran PKR dan DAP, sudah enam tahun berturut turut Better Beer Festival dianjurkan. Acara yang diadakan untuk merasai produk pengeluar bir bebas. Penganjuran masuk tahun keenam pada tahun ini dianjurkan oleh MyBeer (M) Sdn Bhd.

Mana PKR dan PAS berani dengan DAP di Selangor. Menteri Besar pun tidak berani. Apa yang DAP hendak, mereka ikutkan sahaja tanpa banyak soal dan tanya. 

PAN pula jadi tukang nasi tambah untuk hentam PAS. Dengan kuasa yang ada, DAP telah 'mengarahkan' pula Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali untuk menghentam mereka yang anti pesta arak melalui portal Roketkini.com.

Guan Eng, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang juga bantah keputusan DBKL untuk mengharamkan pesta arak di Publika. Guan Eng kata tidak wajar haramkan pesta arak demikian kerana alasan sensitiviti.

Guan Eng kata di festival Hungry Ghost Taoist ada cara hidangkan babi, apakah acara hidang babi ini juga hendak diharamkan selepas ini kerana sensitiviti? Guan Eng ada niat hendak anjur pesta hidang babi kah selepas ini?

Kenapa Guan Eng tidak ambil contoh di Scotland. Menurut laporan Media Independent, 21 September 2017, Scotland pun menolak lesen pesta arak Oktoberfest Glasgow kerana orang ramai terlalu mabuk tahun lepas. Hak asasi apa jika ianya memudaratkan orang lain.

Malah Guan Eng dan DAP kena faham, pesta arak tidak dibenarkan dianjurkan bukan kerana sensitiviti tetapi kerana soal keselamatan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata  larangan penganjuran pesta dijadualkan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu dibuat kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.

Bukan sekadar pesta arak, pesta gay pun mahu dianjurkan oleh kumpulan kumpulan LGBT di Malaysia ini.Pesta Gay White Party Bangkok yang mahu dianjurkan di Kuala Lumpur pada 30 September 2017 juga telah diharamkan oleh kerajaan.

Kita semua tahu, siapa sebenarnya yang menyokong kumpulan LGBT dan gerakan songsang ini. Berdemo tuntut desakan yang bukan bukan di Sogo pada 10 September lepas. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/kerana-kejar-kuasa-soal-agama-ditolak.html


Kenapa waktu sekarang mahu anjurkan semua pesta ini? Mahu tarik sokongan dan undi? Semuanya kerana kuasa, soal agama ditolak ke tepi habis oleh semua pemimpin pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan.

Dalam Pakatan Harapan, DAP tidak boleh dibantah dan ditegur langsung. Ada dengar mana mana pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan kritik kenapa banjir di Pulau Pinang teruk, isu kilang haram di Sungai Lembu dan isu isu rasuah dan penyelewengan di Pulau Pinang.

Tidak berbunyi langsung. Guan Eng yang kena kes rasuah di mahkamah pun, Mahatir tidak berani jentik langsung sekarang. Apatah lagi hendak buat segala pesta ini sekarang ini. Bila DAP bantah, menikus habis semua pemimpin lain dalam Pakatan Harapan.

Banyak nama nama Melayu di bahagian atas organisasi Pakatan Harapan. Dalam isu pesta arak ini mereka tidak berani bersuara. Tutup mulut kerana takut dengan DAP. Apa boleh buat, DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan.



Read More

Dakwaan Mahathir mengenai pembelian pesawat 'tidak tepat' - CEO Penerbangan Malaysia

Dakwaan Mahathir mengenai pembelian pesawat 'tidak tepat' - CEO Penerbangan Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Peter Bellew menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya syarikat penerbangan itu cuba memuaskan hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada memberi pertimbangan berdasarkan kepentingan perniagaan.

Bellew berkata MAS telah meninjau untuk menggantikan pelbagai pesawatnya untuk sekian lama, memandangkan pajakan mereka hampir berakhir.

"Saya telah membaca segala-galanya di blog; sebahagian daripadanya dilaporkan kepada saya. Banyaknya tidak tepat, dan tiada siapa yang menghubungi saya atau syarikat kami untuk menyemak perkara itu.

"Saya percaya intipatinya adalah seseorang berkata kita tidak akan membeli pesawat dan barangan lain. Kami memang bercadang untuk membeli pesawat itu secara langsung dari Boeing...

"Kami telah berhubungan dengan Airbus tentang A330neo dan (Boeing) 787s. Ia memang hajat kami. Hari ini kita melakukan sesuatu yang lain. Kami mendapat peluang untuk pajakan pesawat pada harga yang baik.

"Walaupun saya sangat menghormati apa yang dilakukan oleh pemimpin ini (Mahathir) pada masa lalu, beliau tidak menyemak apa yang ditulisnya di blog, dan sudah tentu, pada bila-bila masa kita ingin menjadi telus dengan sesiapa di Malaysia," katanya kepada pemberita pada taklimat di Akademi MAS di Kelana Jaya hari ini.

Beliau diminta memberi respons terhadap dakwaan yang disiarkan di blog Mahathir pada Isnin lalu.




******* https://m.malaysiakini.com/news/396494#pv4GPxc6eqRxtrRz.99

Read More

Rafizi Sapu Duit Derma Dari Orang Ramai Untuk Bayar Kepada Syarikat Sendiri

Rafizi Sapu Duit Derma Dari Orang Ramai Untuk Bayar Kepada Syarikat Sendiri
Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64, dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).

Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10 .

Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.

Siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Inilah bahagian yang agak menarik..

Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke. Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.

Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham. Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham. (Rujuk dokumen-dokumen SSM yang disertakan).

Kesimpulannya apa?

Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.


Datuk Rizal Mansor

Read More

WEF 2017: Malaysia Kedudukan Ke-15 yang paling Efisien Dalam Perbelanjaan Kerajaan 

WEF 2017: Malaysia Kedudukan Ke-15 yang paling Efisien Dalam Perbelanjaan Kerajaan 
Laporan terkini World Economic Forum (WEF) 2017-2018 Global Competitiveness and rangking baru diumumkan.

Malaysia melonjak 2 kedudukan untuk naik ke kedudukan 23 yang paling kompetitif di dunia.

Namun, salah satu sub-rangking yang menentukan rangking keseluruhan itu lebih menarik.

Bagi semua cakap-cakap mengenai kerajaan Malaysia membazir perbelanjaan tetapi apabila data dirujuk untuk mengira betapa cekap perbelanjaannya untuk menguruskan kerajaan, Malaysia sebenarnya adalah 15 yang paling cekap dalam perbelanjaan Kerajaan. 



**********
Rujukan:
Read More

Transformasi Negara Seiring Dengan Arus Perubahan Dunia

Transformasi Negara Seiring Dengan Arus Perubahan Dunia
Dari apa yang saya baca dari komen-komen yang marah kepada DS Najib, saya fikir mereka tidak tahu bahawa DS Najib sedang berusaha untuk mentransformasikan negara.

Bagi mereka, dunia sama sahaja, life remains a straighforward continuum from zaman dulu sampai sekarang.

I guess, mereka tidak membaca bagaimana dunia bertukar, bagaimana ekonomi dunia naik turun, semakin berdaya-saing.

Hidup mereka sebuk dengan mencari rezeki dan hal-ehwal keluarga, cuti sahaja balik kampung.

Saya juga menjangka rangkaian kenalan mereka juga kecil, dengan kawan-taulan yang mempunyai keadaan hidup dan world-view serta self-view yang sama.

World view = Perspektif yang di ambil terhadap dunia luar. How we view the world.

Self view = Di mana kita letak diri kita di dalam dunia ini. Orang kecik, orang besar, orang terpelajar, boss, kuli. How you view yourself against the world.

Maka, walaupun terpampang tajuk berita mengenai transformasi negara, mereka (1) tidak ambil pot (2) baca tetapi tidak faham (3) baca tetapi tolak tepi kerana pada fikiran mereka "apa kena mengena dengan aku".

Di situlah silapnya.

Sebenarnya transformasi negara ada kena mengena dengan semua orang.

Transformasi negara menyentuh kehidupan setiap orang yang hidup dalam negara ini, sedikit-sebanyak, lambat-laun, ada impaknya atas kehidupan anda.

Kalau tak percaya, tanyalah pemandu teksi. Kerajaan sekarang membenarkan Uber.

Kalau tak percaya, tanyalah kontraktor-kontraktor Bumiputra. Kerajaan dan agensi-agensi sekarang tidak lagi serah bulat-bulat kontrak atau sweetheart deals.

Mereka yang tidak faham apa makna transformasi itu atau terperangkap dalam arus transformasi akan rasa confused dan marah kepada Kerajaan.

They do not what is going on.

***********
*Bukan mereka tak faham, tapi tak nak faham.
Suka mencari keburukan bukan kebaikan.
Maka sepanjang hayat mereka hanya menyumpah seranah.

Read More

MAS Mungkin Bankrap Kalau Beli Dari Boeing - Beli Kapalterbang Dari Syarikat Mahathir Baru Untung

MAS Mungkin Bankrap Kalau Beli Dari Boeing - Beli Kapalterbang Dari Syarikat Mahathir Baru Untung

Hari ini, Chedet kata MAS mungkin muflis kalau beli kapalterbang Boeing  - walaupun MAS sudah berdekad-dekad miliki kedua-dua kapalterbang2 Boeing dan Airbus.

Mungkin kalau beli kapalterbang dari syarikat Czech bernama Evektor, MAS tidak akan rugi?

Pada June 26th, 2014: Tun Mahathir dan rakannya David Chew membeli syarikat pembuat kapal terbang Republik Czeck bernama Evektor di dalam pelaburan peribadi yang bernilai US$200 juta (RM838 juta).

Perjanjian ditandatangani oleh Mahathir sendiri.

David Chew pernah diberi konsesi Indah Water Konsortium dan KL Linear City bersama Vincent Tan.

"For the Malaysian side, the agreement was signed by a former longtime Prime Minister of Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad (1981 – 2003), who is participating in the newly created Joint Venture along with his investment partner, Mr. David Chew."

Seperti dilaporkan oleh syarikat tersebut di sini:  http://www.evektor.cz/en/news/malaysia-invests-evektor-and-ev-55-project#.WciKFMgjHIV

Juga dilaporkan oleh kedutaan negara itu di sini: http://www.mzv.cz/kualalumpur/en/economy_and_trade/tun_dr_mahathir_visited_the_czech.html

"The partnership with the Malaysian company will enable Evektor to complete the development and to launch the serial production of the EV-55 Outback, a multi-purpose twin-engine aircraft that can accommodate nine to 14 people."

Dan dilapor oleh MIDA di sini juga:
http://www.mida.gov.my/home/2230/news/malaysia-invests-in-czech-republic%E2%80%99s-ev-55-outback-aircraft-project/

Kalau MAS beli kapalterbang dari syarikat dia maka tentulah Mahathir tidak akan mendakwa MAS akan rugi atau muflis.

Note: Syarikat Czech adalah syarikat berkaitan kapalterbang yang kedua Mahathir memiliki saham di dalamnya. Yang pertama adalah syarikat kapalterbang ringan Italiy Jetfox dibawah Eurola Industries dimana Mahathir memiliki saham 50% juga bersama David Chew: http://pakdin.my/hubungan-perniagaan-mahathir-dan-vincent-tan-serta-kroni-lain/



***********
今天 chedet说,如果 MAS 购买波音飞机,MAS 可能会破产。他不知道 MAS 过去几十年,一直都同时拥有波音和空客飞机吗?🤦🏻‍♂️
可能 MAS 向你的捷克公司 Evektor 购买飞机,MAS 就不会亏本了?

在 2014年6月26日:马哈迪和他的好朋友 David Chew 购买一家捷克共和国制造飞机的公司,名为 Evektor,这是项个人投资,价值达 US $ 200万美元(838万令吉)。
这个协议是马哈迪亲自签署的。

David Chew 与 Vincent Tan曾一起获得英达丽水(Indah Water Konsortium)的特许权和吉隆坡水上城(KL Linear City)。

“对于马方,该协议是由前马来西亚首相马哈迪(1981年至2003年)所签署的,与他一起成立新的合资投资的合作伙伴是 David Chew 先生。 ”

这是公司报告: http://www.evektor.cz/en/news/malaysia-invests-evektor-and-ev-55-project#.WciKFMgjHIV

两国的大使馆也报道:http://www.mzv.cz/kualalumpur/en/economy_and_trade/tun_dr_mahathir_visited_the_czech.html

MIDA 已经报道了: http://www.mida.gov.my/home/2230/news/malaysia-invests-in-czech-republic%E2%80%99s-ev-55-outback-aircraft-project/

如果 MAS 跟他的公司买飞机,那么马哈迪就不会指责 MAS 会亏损或破产了。



Read More

Ahli Parlimen serantau memuji pendirian teguh Malaysia terhadap krisis Rohingya, menyeru tindakan lanjut ASEAN 

Ahli Parlimen serantau memuji pendirian teguh Malaysia terhadap krisis Rohingya, menyeru tindakan lanjut ASEAN 
Ahli Parlimen dari seluruh Asia Tenggara hari ini memuji keputusan Menteri Luar Malaysia Anifah Aman untuk "memisahkan" dirinya dari Kenyataan Pengerusi ASEAN baru-baru ini mengenai keadaan di Negeri Rakhine, dengan mengatakan langkah itu sebagai satu langkah yang penting dan perlu untuk menggesa tindakan yang lebih ketara oleh blok serantau itu untuk menangani krisis yang semakin meningkat di Myanmar.

"Pendirian tegas Menteri itu patut dipuji, dan beliau layak dipuji mengambil risiko untuk mengatakan apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Rakhine dan apa yang perlu dilakukan mengenainya," kata Charles Santiago, Ahli Parlimen Malaysia dan Pengerusi Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR). "Penekanan yang tidak wajar ASEAN terhadap konsensus menjejaskan keupayaan blok serantau itu untuk bertindak tegas dan menghadapi realiti yang berlaku di Myanmar. Ia juga menunjukkan kekurangan kepimpinan rasmi ASEAN mengenai isu ini. "

Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman, mengambil langkah luar biasa pada hari Ahad untuk mengeluarkan kenyataannya yang tersendiri selepas pertemuan menteri luar ASEAN di luar Perhimpunan Agung PBB di New York. Kenyataannya mengkritik Kenyataan Pengerusi ASEAN yang dikeluarkan oleh Setiausaha Luar Filipina Alan Peter Cayetano susulan mesyuarat itu, memanggilnya sebagai "kegagalan mencerminkan realiti keadaan." Anifah berkata kebimbangannya tidak diambil kira dalam proses merangka Kenyataan Pengerusi, dan menekankan, khususnya, kegagalannya untuk secara khusus menyebut Rohingya, lebih dari 430,000 orang yang telah melarikan diri ke Bangladesh sejak permulaan "operasi pembersihan" tentera Myanmar pada akhir bulan Ogos. 

Kenyataan dari Malaysia menyeru kerajaan Myanmar "untuk menamatkan keganasan, menghentikan kemusnahan hidup dan harta benda, membenarkan akses segera tanpa halangan untuk penyampaian bantuan kemanusiaan kepada Rohingya dan semua komuniti yang terjejas, dan untuk menyelesaikan masalah pelarian Rohingya." Ia juga menggambarkan operasi ketenteraan di Negeri Rakhine sebagai "tidak adil." 

APHR berkata kenyataan itu menekankan maklumat kritikal yang tidak dimasukkan dalam Kenyataan rasmi Pengerusi dan merupakan suara penting dari dalam ASEAN yang menggesa untuk tindakan selanjutnya. Gabungan ahli parlimen itu menggesa kerajaan-kerajaan ASEAN yang lain untuk mengambil tindakan yang sama untuk menangani krisis di Rakhine.

"Ini bukan lagi masalah Myanmar sahaja dan mempunyai kemungkinan besar menjejaskan seluruh rantau. ASEAN tidak boleh terus mengambil ringan mengenai isu keganasan yang disasarkan terhadap etnik Rohingya di Myanmar," kata Santiago. "Dasar tidak campur tangan – yang sentiasa dipetik oleh kerajaan Myanmar secara konsisten apabila tragedi ini terbongkar - sekali lagi telah terbukti menjadi alat untuk regim gunakan untuk menyelamatkan diri mereka apabila mereka menganiaya rakyat mereka sendiri dan melakukan kekejaman."

Perselisihan antara kerajaan anggota mengenai tindak balas ASEAN terhadap krisis itu juga menunjukkan keperluan mendesak untuk membenarkan penyiasat bebas menilai keadaan dan menyiasat fakta-fakta, kata APHR.

"Jika pihak berkuasa Myanmar ingin menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku, mereka harus membenarkan kemasukan penyiasat yang tidak berat sebelah dari misi pencari fakta yang diperintahkan PBB, serta pemerhati lain dari badan-badan serantau yang relevan," kata Ahli Lembaga APHR Eva Kusuma Sundari, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

"Kerajaan Myanmar tidak boleh terus menentang pencirian masyarakat antarabangsa mengenai krisis itu sambil menolak semua laporan antarabangsa yang boleh dipercayai dan mengatakan ianya adalah 'berita palsu'. Ia mesti mempromosikan keterbukaan kepada penyiasatan antarabangsa," tambah Sundari. 

Ahli Parlimen juga menggesa kerajaan Malaysia supaya melakukan tindakan konkrit susulan kata-kata yang tegas itu yang akan menyokong bantuan kepada beribu-ribu etnik Rohingya yang berisiko, termasuk yang sudah ada di Malaysia, dengan menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan memastikan semua etnik Rohingya dan pelarian lain di Malaysia mendapat perlindungan dan akses kepada perkhidmatan yang secukupnya.

"Kementerian Luar Malaysia telah menetapkan satu standard yang tinggi dengan kenyataan yang tegas mengenai krisis Rohingya. Sekarang kementerian lain mesti ikut serta mempamerkan konsistensi dan kepaduan dasar dalam keseluruhan kerajaan Malaysia," kata Ahli Lembaga APHR, Teddy Baguilat, ahli Dewan Perwakilan Rakyat Filipina.

"Kata-kata adalah penting, tetapi terdapat juga tindakan dasar konkrit yang boleh diambil oleh pihak berkuasa Malaysia di negaranya untuk memastikan Rohingya dan pelarian lain yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar dilindungi."



Link asal artikel: 
Read More

GST Di India: Restoran Tanpa Pendingin Hawa 12%, Berhawa Dingin 18%, Hotel 5 Bintang 28%

GST Di India: Restoran Tanpa Pendingin Hawa 12%, Berhawa Dingin 18%, Hotel 5 Bintang 28%
Di India, jika anda memilih restoran tidak berhawa dingin maka anda akan dikenakan GST 12% (tidak termasuk caj perkhidmatan).

Walau bagaimanapun, jika anda memilih restoran yang berhawa dingin maka GST yang dikenakan adalah 18% - juga tidak termasuk caj perkhidmatan.

Bagi tempat yang ada menyediakan minuman keras pula dikenakan caj GST 18% dan restoran di hotel 5 bintang mengenakan caj GST 28% tidak termasuk caj perkhidmatan. 

Perkhidmatan sajian makanan (katering) juga tidak terlepas dari caj GST 18%.

Yang mana yang akan anda pilih?

Bagaimanapun macai cap bunga termasuk pakar strategi mereka mengatakan GST India lebih baik daripada Malaysia dan berkata Najib salah kerana mengatakan GST India boleh meningkat sehingga 28%.


Read More

Strategis Cap Bunga menipu Pengikutnya Mengenai GST Di India

Strategis Cap Bunga menipu Pengikutnya Mengenai GST Di India

Strategis PPBM "Rais Hussin berkata GST di India jauh lebih baik dan lebih baik daripada Malaysia.

Beliau menulis di Mkini:

"Items taxed at 28 percent are things like ATM machines, which are bought and used by banks. In other words, those who pay 28 percent GST are mostly those who can afford it. India's GST was introduced to shield the poorest from the worst effects of the tax."

Wah.. Mesin ATM ... 😂 😂 😂 .. 

Rais Hussin ini menulis 99% tidak masuk akal.

Malah, orang-orang Cap Bunga tidak keberatan untuk memfitnah dengan memberikan maklumat yang mengelirukan.

Mari kita lihat apa yang dikenakan cukai dan mengikut kadar GST di India.

-------------------------
*India -12% GST*
Goods
Frozen meat products, butter, cheese, ghee, dry fruits in packaged form, animal fat, sausage, fruit juices, namkeen and ketchup & sauces will attract 12 per cent tax. 

Cellphones will also be priced in this category. Cutlery items like Spoons, forks, ladles, skimmers, cake servers, fish knives, tongs fall in this slab.

Ayurvedic medicines and all diagnostic kits and reagents are taxed at 12 per cent.

Utility items like tooth powder, umbrella, sewing machine and spectacles and indoor game items like playing cards, chess board, carom board and other board games like ludo are in this slab.
Clothing above Rs 1000 (RM66) will attract 12 per cent tax.

Services
Non-AC hotels, business class air ticket, state-run lottery, work contracts will fall under 12 per cent GST tax slab
-------------------
*18% GST in India*
Goods
Biscuits, flavoured refined sugar, pasta, cornflakes, pastries and cakes, preserved vegetables, jams, sauces, soups, ice cream, instant food mixes, curry paste, mayonnaise and salad dressings, mixed condiments and mixed seasonings and mineral water.

Footwear costing more than Rs 500 (RM33) are in this category.

Items like Printed circuits, camera, speakers and monitors, printers (other than multi function printers), electrical transformer, CCTV, optical fiber are priced at 18 per cent tax under GST.

Other items in this slab include bidi leaves, tissues, envelopes, sanitary napkins, note books, steel products, kajal pencil sticks, headgear and its parts, aluminium foil, weighing machinery (other than electric or electronic weighing machinery), bamboo furniture, swimming pools and padding pools.

Services
AC hotels that serve liquor, telecom services, IT services, branded garments and financial services will attract 18 per cent tax under GST.
-------------------------
*28% GST in India*

Goods
The residuary set of edibles which include chewing gum, molasses, chocolate not containing cocoa, waffles and wafers coated with choclate, pan masala and aerated water fall in this category.

Bidi (tobacco) attracts 28 per cent tax.

An array of personal care items like deodorants, shaving creams, after shave, hair shampoo, dye and sunscreen are in the highest tax slab as well.
Paint, wallpaper and ceramic tiles are priced at 28 per cent.

Water heater, dishwasher, weighing machine, washing machine, ATM, vending machines, vacuum cleaner, shavers and hair clippers have been clubbed together in this slab.
Automobiles, motorcycles and aircraft for personal use will attract 28 % tax - the highest under GST system.

Services
5-star hotels, race club betting, private lottery and movie tickets above Rs 100 are under the 28 per cent category.

The GST on restaurants in five-star and luxury hotels has been reduced to 18 per cent from 28 per cent, bringing it at par with standalone air-conditioned (AC) restaurants.

Symber:






Read More

Gadis 13 Tahun Dirogol, Dilacurkan Kepada Warga Emas Di Miri

Gadis 13 Tahun Dirogol, Dilacurkan Kepada Warga Emas Di Miri
MIRI: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya, apabila bukan setakat dirogol, malah dipaksa melayani nafsu serakah seorang lelaki berusia 82 tahun yang membayar 'RM700' untuk tujuan itu.

Selain melayan warga emas itu, remaja terbabit turut dipaksa oleh perogolnya melayani nafsu dua lelaki secara bergilir di lokasi berasingan dan dipukul jika engkar.

Susulan aduan yang diterima, polis malam kelmarin, menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan sedang berusaha mengesan individu lain yang turut terbabit merogol dan melacurkan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley Jonathan Ringgit, berkata nasib malang menimpa gadis itu terbongkar selepas laporan polis dibuat bapa mangsa berusia 55 tahun di Balai Polis Pusat Miri pada Rabu lalu.

"Polis sudah memberkas seorang perogol yang terbabit dan kini direman selama enam hari bermula hari ini,," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan kesihatan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan.



Read More

KWSP Tidak Terlibat Pembelian Pesawat Boeing Oleh MAS

KWSP Tidak Terlibat Pembelian Pesawat Boeing Oleh MAS
Sebenarnya, banyak kapal terbang MAS hari ini bukan milik MAS tetapi menggunakan cara aircraft leasing.

Oleh kerana MAS dijahanamkan Mahathir melalui penswastaan pada tahun 1994 untuk menutup sebahagian kecil dari skandal forex BNM RM32 billion, MAS mengalami kerugian teruk sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil "Wide Asset Unbundling" (WAU) di jalankan pada tahun 2002 juga oleh kerajaan Mahathir untuk memindahkan aset-aset kapalterbang RM4 bilion dan liabiliti MAS RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimilik oleh Khazanah.

PMB kini memiliki kapalterbang MAS dan menyewakan semula kepada MAS dengan konsep "leasing" menjadikan MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang "aset-light" kerana tidak memilik kebanyakkan kapal-terbang sendiri.

Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga disewa dari syarikat-syarikat aircraft leasing.

Tempoh leasing Airbus MAS juga banyak akan tamat tidak lama lagi dan ada perlunya MAS untuk mengganti pesawat2 ini dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.

Ini buktinya:

"For the past several months Malaysia Airlines has also been considering placing an order for new generation widebody aircraft, which will be used to replace its existing 15 A330-300s as they come off lease in 2019 to 2021. Malaysia Airlines has evaluated the 787-9 and A330-900neo, but so far has not been able to secure the prices it seeks.

Memang Mahathir yang menjadikan model MAS sebagai aset-light dengan menggunakan konsep aircraft leasing dan memang MAS ada hasrat untuk menggantikan pesawat2 Airbus yang tempoh sewanya akan tamat dengan menggantikannya dengan Boeing 787 ataupun Airbus yang lain.

Tetapi kini, orang Mahathir yang mempersoalkan mengapa MAS hendak sewa pesawat2 dan bukan milik sepenuhnya. Agak pelik juga.

KWSP bukan dalam bisness aircraft leasing dan KWSP tidak akan meminjam wang kepada MAS untuk membeli pesawat2. Entah mengapa ada sebahagian netizen2 yang terlampau pandai sehingga mendakwa KWSP akan bayar untuk pesawat2 MAS.

Konsep leasing untuk pesawat2 bukannya konsep yang luar biasa. Malahan, aircraft leasing sudah menjadi trend.

Banyak juga pesawat-pesawat AirAsia yang dimilik oleh syarikat leasing bernama Asia Aviation Capital Limited lalu disewa atau dilease balik untuk penggunaan AirAsia. Syarikat ini kini di milik oleh Air Asia group tetapi sedang dijual kepada pihak ketiga:

Ini buktinya:

"Established in 2014, Asia Aviation Capital had a fleet of 59 planes as of end-September, leased primarily to the parent’s affiliates. The unit will receive an additional 100 Airbus A320 aircraft and get some A321neos were ordered last year."

LSS.


Read More

"Luahan Seorang Staf Pengurusan PETRONAS" Berbaur Fitnah - Bertaubaat Lah

"Luahan Seorang Staf Pengurusan PETRONAS" Berbaur Fitnah - Bertaubaat Lah

Dakwaan yang tersenarai di Whatsapp fitnah kononya dari "ahli pengurusan Petronas" yg tidak bernama bahawa Najib kejam kepada Petronas dan memaksa Petronas membayar wang berlebehian sehingga menjejaskan perkembangannya adalah tidak benar.Kalau betul dakwaan itu, takkan Petronas mampu bina projek2 gergasi seperti Pengerang, Sabah Ammonia Urea (SAMUR), projek gas Kanada dan Australia dan lain-lain - semua yang dilaksanakan selepas Najib menjadi Perdana Menteri..

Cuba kita banding status kewangan Petronas:
Tahun 2003 (tahun terakhir Tun M memerintah)
– Jumlah aset Petronas: RM177.8 bilion
- Wang Tunai Petronas: RM55 bilion
http://www.petronas.com.my/investor-relations/Documents/financial-results/FullYearEnded20030331-USD.pdf

Jun 2017 (kini)
– Jumlah aset Petronas: RM602 bilion
- Wang Tunai Petronas: RM125 bilion:
http://www.petronas.com.my/investor-relations/Documents/financial-results/Financial%20Report%20First%20Quarter%20Ended%2031%20March%202017%20(FY2017).pdf

Jelas bahawa selepas Tun M tidak lagi memerintah, kedudukkan kewangan Petronas jauh lebih kuat di bawah Najib.

Sebenarnya, Najib sangat mementingkan pertumbuhan Petronas dan ini disyorkan oleh pihak pengurusan tertinggi Petronas:

"We have a very understanding shareholder," said Petronas president and group CEO,Wan Zulkiflee, implying that the ministry of finance did not press for more when Petronas was queried about its dividend projected for 2018.
https://asia.nikkei.com/Business/AC/Petronas-prioritizes-investment-over-dividend-to-state

Sebaliknya, semasa Tun M ialah perdana menteri beliau terkenal sangat terkenal menyalahagunakan wang Petronas e.g Bail out syarikat transportasi Mirzan, bail out Proton, bayar berbilion untuk tanah KLCC lepada kroni Ananda walaupun kerajaan sudah boleh ambil balik tanah itu dengan murah, bina bangunan Dayabumi yang kini tidak bernilai, bail-out BMF beberapa kali,

Ini tidak termasuk Tun M memberi kontrak berbilion2 kepada syarikat anaknya Kencana Petroleum semasa dia penasihat Petronas selepas bersara - suatu konflik of interest yang amat besar.

Sudah-sudahlah Pakatan Harapan yang suka menyebarkan ratusan propaganda fitnah melalui Whatsapp tiap-tiap tahun.

Yang cipta Whatsapp fitnah berdosa. Yang sebar fitnah pun berdosa.

Read More

Diplomasi Najib Vs Diplomasi Mahathir

Diplomasi Najib Vs Diplomasi Mahathir
1. Ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang hati dengan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) dan layanan mesra Presiden AS, Donald Trump terhadap beliau. Dalam tulisan terbarunya, 'Najib dan Trump", Mahathir cuba memperlekehkan pertemuan Najib-Trump dan cuba menggambarkan bahawa layanan AS terhadapnya jauh lebih baik berbanding layanan yang diterima Najib.

2. Mahathir sepatutnya tidak mengulas mengenai lawatan ini dan menulis "saya tidak tahu" sahaja. Baharulah nampak konsisten dengan jawapan yang diberikan semasa prosiding RCI Forex. Hanya mereka yang tidak melalui zaman Mahathir dan Najib sahaja yang percaya propaganda LAYANAN AS TERHADAP MAHATHIR JAUH LEBIH BAIK DARIPADA LAYANAN TERHADAP NAJIB.

3. Mahathir mungkin keliru dan tidak dapat membezakan  lawatannya ke AS semasa era Presiden Ronald Reagan pada tahun 1984 dan Presiden George Bush Jr. pada tahun 2002. Pada tahun 1984, Perang Dingin antara Blok Barat dan Blok Timur masih wujud dan adalah menjadi dasar luar AS untuk berbaik-baik dengan negara bukan komunis seperti Malaysia. Ini menjelaskan kenapa duta AS cuba mengatur pertemuan Reagan-Mahathir seawal tahun 1981 walaupun Mahathir belum ada sebarang pencapaian sebagai PM ketika itu.

4. Keadaan berbeza selepas Perang Dingin berakhir pada tahun 1991. Dalam era Order Baru Dunia, sikap AS jauh berbeza. Mahathir tidak lagi menerima sebarang jemputan untuk bertemu Presiden AS selepas itu dan tiada Presiden AS yang berkunjung ke Malaysia bertemu Mahathir. Tidak mungkin AS akan memberi layanan yang baik kepada seorang pemimpin 'diktator' yang memecat anak emas AS, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang dipersalahkan kerana meng'izin'kan tragedi 'mata lebam' Anwar berlaku.

5. Malah lebih buruk lagi, semasa era Presiden Bill Clinton, Mahathir dimalukan di negaranya sendiri apabila Naib Presiden AS, Al Gore menyelarnya sebagai pemimpin yang menyekat kebebasan semasa Sidang Kemuncak APEC 1998. New York Times bertarikh 17 November 1998 menggunakan tajuk "GORE, IN MALAYSIA, SAYS ITS LEADERS SUPPRESS FREEDOM". Insiden memalukan ini turut dilaporkan oleh banyak media cetak dan elektronik utama di negara-negara lain ketika itu. Mengambil kira ketegangan hubungan AS-Malaysia semasa itu, memang masuk akal sekiranya timbul dakwaan bahawa Mahathir terpaksa membayar jutaan dollar untuk bertemu Bush Jr.

6. Justeru, tidak perlu Mahathir mengulas panjang lebar mengenai aspek protokol lawatannya. Memang dijangka Reagan dan Bush akan berpegang kepada protokol yang lebih ketat apabila melayani kunjungan Mahathir kerana di mata mereka, Mahathir hanya 'Perdana Menteri sebuah negara' dan bukan 'rakan' mereka.

7. Berbeza dengan di zaman Najib, hubungan AS-Malaysia jauh lebih mesra. Presiden Barack Obama melawat Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 2014 dan 2015 tanpa khidmat pelobi atau dibayangi Perang Dingin. Malah Obama melonggarkan protokol untuk bermain golf dengan Najib sehari sebelum Hari Krismas semasa percutian mereka di Hawaii.

8. Hubungan Najib-Trump lebih akrab. New York Times pada 12 September 2017 melaporkan "pada tahun 2014, mereka (Trump dan Najib) bermain golf di kelab Trump di Bedminster, New Jersey. Selepas permainan, Trump menghadiahkan tetamunya gambar mereka berdua yang tertulis ayat “To my favorite Prime Minister.”

9. Malay Mail, 13 September 2017 pula melaporkan bahawa "selepas pertemuan, Trump melanggar protokol apabila menghantar Najib terus ke pintu hadapan White House. Amalan biasa Presiden hanya sekadar menghantar ke pintu Oval Office. Apabila diingatkan oleh pegawai-pegawainya, Trump membalas, "dia adalah kawan saya."" Adakah Mahathir dilayan begitu?

10. Propaganda portal pro-Pakatan untuk menggambarkan Mahathir menerima layanan yang lebih baik daripada AS adalah cubaan menyedihkan yang bertentangan dengan kewarasan minda ramai pihak kerana tidak mungkin diplomasi Mahathir lebih baik daripada diplomasi Najib.

11. Umum mengetahui, diplomasi bukan kekuatan Mahathir. Di zamannya, Malaysia mempunyai hubungan yang tegang dengan AS dan Australia. Malah turut berlaku pertelagahan dengan negara jiran seperti Singapura. Atas sebab itu, jika ditanya sekali lagi mengenai soal diplomasi, terutama yang melibatkan AS, mungkin lebih baik Mahathir jawab sahaja, "saya tak tahu."



Read More

Di Manakah Kompas Moral Anda, Kit Siang?

Di Manakah Kompas Moral Anda, Kit Siang?
Kit Siang telah banyak menulis mengenai skandal Forex Bank Negara Malaysia (BNM), membuat banyak ceramah serta forum dan selama bertahun-tahun telah menuntut diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) membabitkan BNM dan Mahathir.

Dan kini bahawa RCI telah berakhir, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan untuk menyerang RCI bagu mempertahankan Mahathir dengan mendakwa bahawa jawatankuasa RCI itu terlalu keras terhadap Mahathir.

Tidak ada mana-mana tulisan Kit Siang bahawa dia mengalu-alukan RCI atau berharap kebenaran itu akhirnya akan didedahkan.

Apa sahaja yang dia lakukan adalah untuk menyerang RCI dan membuat tuduhan yang sangat bodoh bahawa RCI berakhir awal bagi mengelakkan Najib memberi keterangan.

Jika anda meminta Najib memberi keterangan, dia juga akan berkata "Aku tak tahu" kerana tidak seperti yang lain, dia benar-benar tidak tahu.

Halo,,, bertahun-tahun sepanjang skandal Forex BNM, Najib adalah Menteri Belia dan Sukan dan kemudian Menteri Pertahanan. Beliau bukan menteri kewangan dan juga portfolionya tidak ada hubungannya dengan BNM.

Dan tambahnya, salah satu penemuan utama ialah laporan audit kerugian forex BNM telah diubah manakala kabinet tidak pernah diberitahu kerugian sebenar.

Jadi, bagaimana anda boleh mengharapkan Najib tahu?

Amat menyedihkan untuk melihat bagaimana tidak berprinsipnya Kit Siang bahawa dia kini 'U-turn' daripada tuduhan yang dibuat oleh beliau sendiri dalam beberapa dekad lamanya.

Kenapa kita harus mempercayai apa yang dikatakan Kit Siang lagi jika tuduhan ber dekad lamanya secara tiba-tiba boleh berubah menjadi mempertahankan orang yang dia anggap bertanggungjawab?

**********
Where is your moral compass, Kit Siang?


Kit Siang had written extensively about the BNM Forex scandal, done numerous ceramahs and forums and for years had demanded an RCI for BNM against Mahathir.

And now that the RCI has ended, Kit Siang has issued a statement to attack the RCI and to defend Mahathir - claiming that the RCI committee was too harsh on Mahathir.

Nowhere did Kit Siang write that he welcomes the RCI or hope that the truth will finally be revealed.

All he did was to attack the RCI and makes an incredibly silly allegation that the RCI was ended early to avoid Najib to testify.

If you ask Najib to go then he will also say "Aku tak tahu" because unlike the others, he really tak tahu.

Hello,,, during the years of the BNM scandal, Najib was the Minister of Youth and Sports and later the Minister of Defence. He was not finance minister nor was his portfolio having anything to do with BNM.

And plus, one of the chief findings was that the audit report of the BNM forex losses was changed while the cabinet was never told of the true losses.

So, how do you expect Najib to know?

It is very sad to see how unprincipled that Kit Siang has that he now u-turns on decades of allegations.

Why should we trust whatever Kit Siang says anymore if decades of allegations can suddenly U-turn into defending the person he deemed responsible?

**********

林吉祥,你的道德指南针在哪?

林吉祥之前写了一本关于 BNM 炒外汇丑闻的书,多年来,他更在大大小小的演讲会和论坛中,要求成立皇家调查委员会 (RCI)针对马哈迪调查 BNM 。

而现在,RCI 已经完成。林吉祥发表了一个声明维护马哈迪,并抨击 RCI 委员会对马哈迪太苛刻了。

林吉祥完全没有写道,他支持 RCI 或希望真相可以被揭露。

他所做的一切都是抨击 RCI,并作出愚蠢到令人难以置信的指控说 RCI 提早结束是因为以避免纳吉作证。

欸,林伯伯,在 BNM 发生炒外汇丑闻的那些日子,纳吉是青年体育部长,后来他是国防部长。他不是财政部长,也部门管辖权下的东西与BNM 没有任何关系。
此外,其中一项主要调查结果是,BNM 炒外汇损失的的审计报告被改了,也从未被告知内阁真正的损失。

那么,你觉得纳吉会知道什么?

看到林吉祥那么没有原则真的很难过,他指控了几十年的事,可以在一瞬间就360度 U转.....
他应该让那些买他BNM 炒外汇交易丑闻的书的人要求退钱,记得加上利息。

他指控了几十年都可以突然 U转,跑去捍卫那个他认为应该附上责任的人,我们为什么还要相信他呢?

Read More

Pengamal Media Perlu Pantas Tangkis Berita Palsu Di Media Sosial - Najib

Pengamal Media Perlu Pantas Tangkis Berita Palsu Di Media Sosial - Najib
Pengamal media perlu lebih tangkas menangkis berita palsu yang sengaja disebarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana berita palsu yang disebarkan sengaja dirancang untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan atau sekurang-kurangnya mengelirukan rakyat, termasuk kenyataan beliau (Najib) ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump baru-baru ini.

"Terutamanya statement yang dibuat oleh pemimpin termasuk statement saya disalahertikan ataupun dikilas untuk mengelirukan rakyat.

"Umpamanya bila saya bercakap dengan Presiden Trump di White House, saya beritahu "I come here to strenghten US economy", bila saya kata sedemikian maksud saya bukanlah kita ini sebagai penyumbang dana ekonomi Amerika tanpa kita menerima manfaat daripada penjanaan kita pada ekonomi Amerika," katanya semasa berucap pada Majlis Minum Petang Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) di sini hari ini.

Sebaliknya, kata Najib, kenyataan tersebut diintepretasi dalam konteks yang sempit walhal maksud sebenar kenyataan itu ialah Malaysia sebagai negara yang berjaya boleh menjadi pelaku ekonomi yang signifikan kepada negara maju lain.

Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk membeli pesawat Boeing baharu bagi syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) juga diputar-belit pembangkang sedangkan ia satu pelaburan untuk menjadikan MAS syarikat penerbangan tersohor negara.

"Sebab itulah saya kata bahawa kita hendak beli pesawat. MAS memilih untuk membeli pesawat paling canggih iaitu lapan buah Dreamliner.

Semalam saya baca berita online Turkish Airlines beli 40 buah Dreamliner, pastinya ia pilihan tepat untuk majukan industri penerbangan kita," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan pengamal media termasuk pengamal media wanita dalam pembangunan negara.

Katanya pengamal media arus perdana terutamanya memainkan peranan penting dalam memberikan pemahaman lebih jelas mengenai dasar-dasar kerajaan.

Najib juga memuji pencapaian wanita negara yang disifatkan luar biasa di peringkat global.

Katanya wanita tempatan mempunyai kemajuan tinggi dalam bidang didominasi lelaki seperti sains nuklear, sains perubatan serta industri minyak dan gas.

Beliau memberi contoh kejayaan dua figura wanita negara iaitu Prof Emiritus Dr Mazlan Othman yang pernah menjadi Pengarah di Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA) di Vienna, Austria dan Ketua Sukarelawan PBB Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

"Dengan pencapaian ini saya yakin aspirasi Transformasi Nasional (TN50) akan tercapai dengan wanita mempunyai minda par excellent (tiada tolok bandingnya) dan ada sifat semula jadi untuk capai kemajuan lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Najib turut mempertimbangkan sumbangan dana kepada Pertama bagi menggerakkan aktiviti persatuan.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah sumbangan tersebut.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Pertama Sariha Mohd Ali. Kira-kira 200 anggota persatuan menghadiri majlis berkenaan.


Read More

Dua Kali Azmin Bodoh

Dua Kali Azmin Bodoh
Netizen terumatanya rakyat Selangor membanjiri akaun FB rasmi Azmin Ali dengan komen berbaur kritikan dan sindirian selepas Menteri Besar dari PKR itu berkunjung ke China untuk menarik pelaburan ke negeri ini. 

Rakyat bukanlah marah dengan usaha Azmin memajukan negeri ini tetapi kecewa dan menyampah terhadap sikap para pemimpin Pakatan Harapan yang tak ubah seperti talam dua muka. 

Apa tidaknya, ketika Najib Razak membawa lebih RM300 bilion pelaburan asing ke negara ini, mereka melontarkan pelbagai tohmahan ke atas sosok Perdana Menteri Malaysia itu seperti menggadai maruah negara dan menjual kedaulatan tanah air. 

Azmin Ali turut tidak terkecuali mengkritik beliau. Apa sahaja yang tidak dihamburkan terhadap Najib.. masih ingat kata-kata Azmin, "Najib Razak adalah Perdana Menteri paling bodoh!" ketika berucap dalam satu majlis baru-baru ini selepas China bersetuju melabur dalam projek ECRL? Malangnya, inilah standard Menteri Besar kesayangan rakyat Selangor ketika ini. 

Justeru, jika kita memakai logik yang sama, maka boleh juga disimpulkan bahawa Azmin Ali ialah Menteri Besar paling bodoh dalam sejarah  Selangor kerana mahu menjual negeri ini kepada orang China selepas berjaya menggadaikan maruah negeri berdaulat ini kepada IKEA pada nilai hanya RM1 bilion sahaja bulan lalu. 

Sekarang, anda dipersilakan meludah ke muka Azmin dan muka anda sendiri kerana kebodohan anda menyebabkan Selangor bakal tergadai sepenuhnya. 



Read More

Bomoh Cabul 3 Pelajar Di Bintulu

Bomoh Cabul 3 Pelajar Di Bintulu
Seorang bomoh direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes mencabul tiga pelajar perempuan termasuk dua beradik antara awal bulan ini hingga semalam.

Lelaki berusia 60 tahun itu ditahan selepas bapa kepada dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu, Sarawak pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa ketiga, iaitu pelajar Tingkatan 5 yang berusia 17 tahun mendedahkan perbuatan bomoh itu kepada bapanya.

Sebelum itu, suspek juga didakwa mencabul dua lagi mangsa iaitu pelajar Tahun Enam berusia 11 tahun pada 2 September lalu dan adik mangsa ketiga iaitu pelajar Tingkatan Empat, berusia 16 tahun pada 10 September lalu.

Menurut beliau, semua mangsa dihantar oleh keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan Tun Hussein Onn.

“Dalam sesi rawatan itu suspek membogelkan dan memandikan mangsa, kemudiannya memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

“Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumkan kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan dan kemudiannya menumbuk mukanya sebelum mengheret bomoh itu ke balai polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.



Read More