[Video] Bolasepak Sukan Sea 2017: Malaysia Ke Final Tewaskan Indonesia 1-0



Penyerang, N Thanabalan muncul wira negara apabila jaringan tunggalnya ketika perlawanan berbaki tiga minit membawa Malaysia ke final acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menewaskan Indonesia di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Selepas ini lawan skuad di bawah Datuk Ong Kim Swee ialah Thailand pada Selasa.

Terdahulu, skuad gajah putih itu menewaskan Myanmar dengan 1-0 pada satu lagi separuh akhir petang tadi.

Dalam saingan tadi, kedua-dua pasukan bermula perlahan dengan permainan berhati-hati, namn percubaan terbaik Malaysia hadir pada minit ke-29 menerusi sepakan penjuru Safawi Rasid yang melencong ke dalam gol tetapi sempat ditepis penjaga gol, Satria Tama Hardiyanto.

Seminit selepas itu, Satria menjadi penyelamat pintu gol Indonesia apabila menyelamatkan percubaan jarak dekat Thanabalan.

Perlawanan lebih rancak sebaik bersambung babak kedua dan Malaysia bernasib baik apabila rembatan deras kapten Indonesia, Evan Dimas Darmono pada minit ke-64 tersasar.

Bagaimanapun jaringan yang ditunggu akhirnya muncul pada minit ke-87 apabila Thanabalan menanduk masuk sepakan sudut Syazwan Andik Mohd Ishak untuk membawa skuad negara ke final.



Author:

Facebook Comment