Rogol Dua Ahli Keluarga-Bapa,Datuk dan Bapa Saudara Di Tahan Reman



Majistret Kota Samarahan membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap empat sekeluarga kerana merogol dua lagi ahli keluarga mereka hingga mengandung.

Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini membenarkan permohonan Ketua Siasatan Jenayah Daerah Serian, Asisten Superintendan Alias Nen bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kes ini dijalankan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, selepas dijadikan hamba seks sejak berusia 13 dan 9 tahun.

Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu kini mengandung 25 minggu.

Kes tersebut terbongkar apabila mangsa
melakukan pemeriksaan kesihatan kandungannya di Hospital Serian, sekitar jam 2.30 petang semalam.

Soal siasat terhadap mangsa kemudian mendedahkan dia menjadi “santapan seks” bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun.

Lebih menyedihkan lagi, adik mangsa turut menjadi mangsa mereka, sejak berusia sembilan tahun.

Kesemua perbuatan ini dilakukan di rumah keluarga ini di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu.

Facebook Comment