Rizab Antarabangsa Bank Negara Cecah US$100 Bilion (RM431 Bilion) Pada 15 Ogos , 2017

Mereka yang mengatakan bahawa rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (FOREX) jatuh menjunam beberapa tahun lalu akan memakan kata-kata mereka sendiri.

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa rizab antarabangsa melebihi paras psikologi US$100 bilion (RM431.0 bilion) sekali lagi selepas meningkat kukuh sepanjang tahun lalu.

Walau bagaimanapun, rizab antarabangsa adalah hanya satu perempat daripada aset luaran yang negara kita miliki.

Jumlah aset luaran negara adalah RM1,717 bilion pada Suku Ke-2 2017 berbanding dengan liabiliti luar negara (termasuk hutang luar yang berjumlah RM877 bilion) berjumlah RM1,674 bilion.

Ini bermakna negara-negara dunia berhutang dengan Malaysia melebihi daripada Malaysia berhutang dengan negara-negara seluruh dunia - bukan seperti propaganda Pakatan.

P.S. 
Malaysia hanya memiliki rizab antarabangsa sebanyak US$20 bilion pada awal 1990-an - tetapi skandal FOREX BNM oleh Mahathir menyebabkan kita kehilangan lebih separuh daripada simpanan rizab antarabangsa pada masa itu.

Sekiranya skandal yang sama berlaku hari ini, ia bersamaan dengan BNM akan kehilangan USD60 bilion (atau kira-kira RM260 bilion) tanpa ada kemungkinan untuk mendapatkannya semula.

Jika tidak kerana skandal FOREX Bank Negara Malaysia, sudah pasti rizab antarabangsa Malaysia lebih tinggi. 



******
*Rizab Antarabangsa Bank Negara Cecah US$100 Bilion (RM431 Bilion) Pada 15 Ogos , 2017*

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$100.4 bilion (bersamaan dengan RM431.0 bilion) pada 15 Ogos 2017, berbanding US$99.4 bilion (RM427 bilion) yang dicatatkan pada 31 Julai, 2017.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, “ menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$93.9 bilion), kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 billion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).

Aset pula termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM431.021 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM5.355 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.434 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.829 billion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset lain (RM7.297 bilion). - BERNAMA


Author:

Facebook Comment