RCI Skandal Forex BNM: Orang Atasan dan kejutan terhadap hidup saya - Juruaudit Pejabat Ketua Audit Negara

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal BNM RM31 bilion hari ini telah mencetuskan satu komen yang mengejutkan.

Siapa orang atasan yang begitu berkuasa sehingga dia boleh menghentikan Peguam Negara daripada bertindak atas perbuatan haram?

"Orang atasan" ini menyembunyikan dan membenarkan tindakan melanggar undang-undang selama bertahun-tahun yang mendedahkan Malaysia kepada kerugian berbilion ringgit setiap hari selama 3 tahun.

Inilah sebabnya mengapa Mahathir dan peguamnya telah cuba menghentikan RCI daripada diteruskan sebanyak 4 kali - tidak termasuk hari ini di mana peguam Mahathir telah meminta Pengerusi RCI menarik balik ringkasannya yang RM31.5 bilion (atau nilai hari ini adalah RM100 bilion) telah hilang?

Penyokong Pakatan tidak perlu bimbang mengenai nasib pengerusi mereka kerana dia telah mengatakan bahawa dia tidak akan meletakkan jawatan walaupun dia didapati bersalah.

Beliau adalah sebenarnya Mahafiraun yang tidak tahu malu dan menganggap dirinya sentiasa di atas semua undang-undang kerana negara ini miliknya.

****
*Bekas Ketua Audit Negara Kata Mereka Yang Berkuasa Beri Arahan*

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) pada awal 1990-an masuk hari ketiga di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Saksi ketujuh RCI, P. Kanason Pothinker yang merupakan bekas auditor di Pejabat Ketua Audit Negara, dipanggil memberi keterangan di hadapan anggota panel RCI yang diketuai bekas pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Kanason, mengetuai sepasukan pegawai yang menjalankan audit terhadap Bank Negara Malaysia (BNM) dari 1985 hingga Januari 1992.

Dalam prosiding hari ini, beliau memberitahu urus niaga forex tidak mematuhi undang-undang dan gagal memenuhi peruntukan di bawah Akta Bank Negara Malaysia.

Kanason, seorang pesara berkata, beliau juga diberitahu agar tidak mencampuri urusan itu oleh bekas peguam negara, Tan Sri Ainum Mohamed Saaid.

Malah, Kanason berkata Ainum memberitahunya bahawa "mereka yang berkuasa beri arahan, jangan campur tangan".

“Bila jawapan bertulis yang dijanjikan tidak sampai kepada kami, saya telefon dan tanya bolehkah kami dapatkan jawapan itu dan ketika itu beliau (Ainum) kata begitu.

"Saya terkejut dan kata tolonglah, awak perlu beri saya sesuatu."

“Dia beritahu saya untuk tunggu surat daripadanya. Surat itu tidak seperti yang sepatutnya,” kata Kanason ketika menjawab pertanyaan anggota panel RCI, Datuk Wira Kamaludin Md Said yang mempertikaikan kesahihan urus niaga berkenaan.






Author:

Facebook Comment