Pemangku Ketua AMK Cabang Pandan Balun Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan



Ketua AMK Pandan Mizan Adli Mohd Noor menempelak Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden dan juga bekas Setiausaha Agong PKR kerana bertindak memecah belahkan parti. 

Beliau juga mendakwa Rafizi tidak berdisiplin dan gagal hadir mesyuarat penting parti. 


****

KENYATAAN MEDIA

28 OGOS 2017

RAFIZI PERLU HENTI JADI AGEN PEROSAK PARTI

1. Kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam yang mengusulkan pelaksanaan Kongres Khas PKR bagi memuktamadkan hubungan dan kerjasama PKR-PAS adalah tindakan yang memecah belahkan parti. Kegagalan Rafizi hadir dalam mesyuarat-mesyuarat penting parti seperti Biro Politik adalah amat tidak bertanggungjawab, tidak berdisiplin dan memperlihatkan kerendahan wibawa Rafizi sebagai kepimpinan tertinggi parti.

2. Sebelum ini, beberapa tindak tanduk beliau seperti mengusulkan langkah kajang yang separuh masak dan menubuhkan INVOKE telah terbukti merosakkan dan memecah belahkan perpaduan anggota parti. 

3. Sebagai bekas Setiausaha Agong PKR, Rafizi perlu sedar bahawa struktur dan organisasi parti wajib dipelihara dan dipertahankan. Tindakan beliau sama sekali bertentangan dengan disiplin dan etika organisasi parti.

4. Justeru, kenyataan beliau semalam tanpa dibawa dalam perbincangan rasmi parti sama ada Mesyuarat MPP atau Mesyuarat Biro Politik boleh diumpamakan seperti agen perosak yang bertujuan untuk mensabotaj parti sekaligus menjejaskan persediaan parti menjelang PRU-14. 

MIZAN ADLI BIN MOHD NOOR
Pemangku Ketua AMK Cabang Pandan 
Ketua Penerangan AMK Selangor



******
Lihat sini


Author:

Facebook Comment