Kenyataan KKM: Harga 500 Buah Ambulans RM225.2 Juta - RM389Juta Bagi Perolehan 925 Buah Sejak 2010

Perolehan bagi 500 buah ambulans yang sebenarnya adalah RM225.2 juta bukan seperti yang dilaporkan akhbar kelmarin. 

RM389 juta (dilapor oleh akhbar RM400 juta - 'round figures' ) adalah bagi perolehan 925 buah ambulans yang telah di peroleh semenjak tahun 2010.

Harga ambulans adalah termasuk pelbagai peralatan termoden. 



**********

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA -PENJELASAN MENGENAI PEROLEHAN AMBULANS

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kenyataan akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali.

Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini, antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor. 

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta. 

Dengan kenyataan ini diharap pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat. 
Sekian.

Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
8 Ogos 2017

*****
Rujukan:
PROSEDUR PENGURUSAN KONTRAK PEROLEHAN AMBULANS/KENDERAAN


Author:

Facebook Comment