Gadis "Hilang Dara", Dirogol Bomoh Ketika Rawatan

Kejadian itu berlaku apabila ibu mangsa menjemput lelaki itu ke rumahnya untuk merawat anak gadisnya berusia 20 tahun di Sibu Jaya kerana sakit perut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata suspek berusia 29 tahun diberkas semasa menjual sayur di Tatau pada Rabu.

Katanya, insiden itu dipercayai berlaku selepas suspek merawat mangsa di dalam sebuah bilik di hadapan ibu dan ibu saudara mangsa.

Difahamkan, ibu mangsa pernah menerima rawatan daripada suspek ketika mengalami sakit badan sebelum ini.

Saiful berkata semasa suspek mengurut perut gadis itu, dia juga telah memasukkan jarinya ke dalam bahagian sulit mangsa.


Pasukan JSJ IPD Sibu diketuai oleh Insp Firdaus Safuan (kanan) ketika menahan suspek di Tatau pada pagi Rabu.
Pasukan JSJ IPD Sibu diketuai oleh Insp Firdaus Safuan (kanan) ketika menahan suspek di Tatau pada pagi Rabu.

Suspek kemudian dikatakan memberitahu ibu mangsa bahawa anak gadisnya sudah kehilangan dara.

"Dia (suspek) kemudian meminta mangsa masuk ke bilik mandi untuk mandi namun mangsa enggan mengikut arahan pada awalnya," kata Saiful.

Bimbang ibunya akan marah, mangsa terpaksa masuk ke dalam bilik mandi.

Suspek dipercayai merogol mangsa ketika berada di dalam bilik mandi.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesakitan di bahagian sulitnya.

Atas nasihat doktor yang merawatnya, mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 12.45 tengah hari Selasa.

Saiful menambah suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut

di bawah Seksyen 376 dan 377 C dan A Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.


Author:

Facebook Comment