Azmin, Mahathir & Everything To Hide

Forum anjuran PPBM yang menjadi kecoh di Shah Alam itu bukannya forum "Nothing To Hide" tetapi sebenarnya adalah forum "Everything To Hide". 

Sebelum buat forum, bukan main lagi Mahathir buat kenyataan akhbar cakap semua orang boleh tanya apa apa sahaja soalan. Namun, bila hari sebenar kejadian, orang yang bertanya soalan pula dibaling dengan kerusi. 

Tuduhan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menuduh UMNO yang menjadi dalang dalam kekecohan program Nothing To Hide 2.0  adalah tidak benar. Sudah dua hari, apa bukti yang Azmin ada untuk sokong dakwaan itu? 

Semua sudah terbongkar, siapa yang mula-mula baling kerusi iaitu kumpulan urusetia program. Membaling kerusi dari bilik urusetia dari atas. 

Pasukan keselamatan yang memakai baju hitam juga baling kerusi tetapi tidak ditangkap. Yang kena tangkap budak kolej sahaja.

Yang menjadi sasaran bukannya Mahathir seperti yang didakwa Syed Saddiq, tetapi sasarannya adalah Exco Armada PPBM, Taufik Abbas. 

Inilah contoh demokrasi cara baling kerusi. Diajar oleh Mahathir dan Azmin Ali. Perancang seorang lagi iaitu Kit Siang awal awal lagi sudah cabut lari. Beberapa minit lepas Kit Siang lari, terjadilah pesta baling kerusi. 

Budaya baling kerusi ini hanya ada di Selangor. Sewaktu pemilihan PKR semasa Azmin lawan Khalid Ibrahim. Kini, virus baling kerusi ini merebak dalam PPBM.

Banyak lagi perkara selain Memali dan kes liwat Anwar yang masih lagi menjadi perkara yang disembunyikan oleh Mahathir. 11 Jun 2017, Muhammad Hafiz Azhar, Exco Armada PPBM telah desak Mahathir jawab tentang kekayaan luar biasa anak anak Mahathir. 

Sampai ke hari ini, Mahathir tidak menjawab soalan dari ahli partinya itu. Itu belum lagi disoal pasal kes Perwaja, Maminco, Pernas, MEC, BMF Scandal, Proton dan Skandal Forex. Semua perkara ini masih berstatus "everything to hide". 

Sama seperti Mahathir, Azmin juga banyak sembunyikan isu bawah karpet. Masih tidak mahu menjawab dengan rakyat. Duit 20 sen plastik sudah berapa banyak yang dikutip? Kepada poket siapa duit 20 sen yang dikutip dari rakyat ini masuk? 

Isu SPLASH, dana YAWAS dan SMUE semuanya masih tidak dijawab oleh Azmin. Kemudian, apa kesudahan pada isu status tanah di Paya Indah Wetlands? Kos pintu gerbang Selangor yang terlalu mahal.

Oleh kerana itulah Azmin hanya jawab 36 soalan sahaja dari 297 soalan di sidang DUN Selangor baru baru ini. Hanya 12% sahaja soalan dijawab. Kalau ikut gred markah, sudah dapat "F" atau gagal sama sekali. 

Sidang DUN yang sepatutnya berlangsung selama 10 hari telah dipendekkan kepada 2 hari sahaja. Ini bukti, Azmin ada banyak sangat perkara yang berstatus "everything to hide" di Selangor. 

Isu isu ini akan menjatuhkan kerajaan Azmin Ali di Selangor pada PRU14 nanti. Rakyat Selangor sudah matang dan mereka tidak mahu lagi ditipu oleh MB yang suka makan "aiskrim" dalam tandas. 

Azmin tidak perlu campur tangan dalam hal 1MDB. Tuan Ibrahim sudah faham penjelasan Arul Kanda. Khalid Ibrahim pun begitu juga. Tidak ada benda yang hendak disembunyikan dalam 1MDB. Hutang pun sudah selesai. 

Yang banyak sorok dan sembunyikan sesuatu sekarang adalah Azmin dan Mahathir. Jelas jelas pergaduhan berlaku antara baju hitam dan baju merah semasa forum. Video tersebar di merata tempat. Namun bak kata Muhyiddin, hanya "orang sewel" sahaja yang tidak nampak apa yang berlaku. 

Keganasan adalah cara politik pembangkang. Buat drama dan tuduh orang lain. Dalam himpunan haram Bersih 3, Azmin dan Anwar lah orang yang memberi "signal" arahan agar rempuhan dibuat terhadap polis di Dataran Merdeka. 

Kemudian terjadilah kes anggota polis trafik diterajang, kereta polis diterbalikkan dan wartawan dicederakan. Kemudian pihak yang buat kekecohan ini tuduh polis pula. Padahal mereka yang memulakan kekecohan.

Pihak polis perlu mengambil tindakan segera membatalkan perhimpunan haram anjuran pembangkang yang dirancang untuk diadakan pada 14 Oktober depan. Bimbang nanti mereka bergaduh baling kerusi sesama mereka, pihak lain pula yang dituduh nanti. 

Buatlah satu forum sesama ahli PPBM dan Pakatan Harapan sendiri. Yang jadi panel adalah Mahathir dan Azmin. Banyak soalan boleh ditanya kepada mereka berdua kerana masih banyak isu terhadap mereka masih berstatus "everything to hide".



Author:

Facebook Comment