Axiata Group Hampir Muktamadkan Rundingan AS$1 Bilion Mengambil alih Menara Telekomunikasi Veon Ltd Pakistan

Satu lagi usaha jual negara Pakistan kepada Malaysia selepas urusniaga oleh TNB?

Dua infrastruktur strategik negara Pakistan melibatkan komunikasi dan tenaga telah dikuasai oleh Malaysia. 

* Potensi urusniaga menara tanpa wayar telekomunikasi dikatakan bernilai AS$1 bilion

* Edotco Group Malaysia, syarikat infrastruktur milik Axiata Group Malaysia akan mengumumkan mengenai perjanjian tersebut dalam minggu ini

* Pengambilalihan 13,000 menara tersebut yang akan menjadikan Edotco Group, sayap infrastruktur Axiata menjadi pengendali menara bebas terbesar di Pakistan dan juga pengendali menara telekomunikasi bebas terbesar di Asia Selatan.

* Axiata Group, bernilai kira-kira AS$10 bilion, telah mengembangkan sayap dalam infrastruktur pasaran asing menjelang penyenaraian akhirnya.

* Veon Ltd melaporkan bahawa mereka sedang dalam perbincangan lanjut untuk menjual perniagaan menara telekomunikasi tanpa wayar Pakistan, dan bakal dimuktamadkan pada separuh kedua.

* Axiata mahu meningkatkan menara telekomunikasi di Asia Tenggara dan Asia Selatan kepada 26,000 daripada 16,000 dalam tempoh tiga tahun. 

* Pengambilalihan itu akan membantu Axiata yang berpangkalan di Kuala Lumpur memenuhi matlamat untuk memperluaskan operasi infrastruktur di luar negara. 



*****
Rujukan:


Author:

Facebook Comment