Antara Rumah, Gerai dan Kilang di Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengakui kerajaan negeri ada mengeluarkan arahan menangguhkan sebarang tindakan ke atas kilang pemprosesan habuk kayu haram yang beroperasi selama 10 tahun di Sungai Lembu, Penanti.

Beliau berkata, arahan itu adalah sebahagian daripada dasar diperkenalkan kerajaan negeri yang menegaskan aktiviti penguatkuasaan perlu ditangguhkan ke atas sebarang struktur atau premis haram yang dibina di mana-mana kawasan di negeri itu sebelum 2008.

Beliau berkata, penahanan EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh juga dibuat berikutan arahan berkenaan.

"Arahan ini sebenarnya untuk memberi laluan kepada pentadbiran kerajaan negeri mengenal pasti tindakan sewajarnya yang boleh dilakukan ke atas kilang pemprosesan habuk kayu haram terbabit.

"Kita mengambil kira pelbagai aspek untuk merobohkan sebarang struktur haram di negeri ini, termasuk sama ada ia memberi kesan negatif kepada masyarakat dan alam sekitar atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, di sini, hari ini.


---
Rujukan:
Kilang haram: Kerajaan PP mengaku tangguh tindakan



Author:

Facebook Comment