4 Lelaki Suspek Kes Rogol Di Serian Direman 7 Hari


SERIAN: Bapa, datuk dan dua bapa saudara kepada seorang gadis  di Serian  direman 7 hari bagi membantu siasatan kes sumbang mahram.

Kesemua suspek yang ditahan jam 3.30 petang semalam dirumah mereka selepas  dimaklumkan oleh pihak Hospital Serian tentang seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mengandung  setelah dirujuk ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan sejam sebelum itu.

Hasil siasatan awal, remaja terbabit mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh 4 orang lelaki, iaitu ayah, datuk dan 2 bapa saudaranya sejak berumur 13 tahun.

Mangsa turut mendedahkan  adiknya yang berusia 14 tahun juga dirogol individu sama sejak berumur 9 tahun dan kesemua insiden berkenaan dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian.

Pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa hamil 25 minggu dan mangsa kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut.

Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Samarahan, Dayang Roselind Awang Mahdini memerintahkan kesemua Suspek yang berumur antara 26 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani ditahan reman 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kes disiasat di bawah seksyen 376B, iaitu sumbang mahram.


Author:

Facebook Comment