KETUA MENTERI SARAWAK DAN ISTERI ADAKAN KUNJUNGAN MESRA AIDILFITRI DI MIRI


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan isteri Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang telah mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman wakil rakyat, ketua masyarakat dan rakan di Miri.

Kunjungan dimulakan ke kediaman Temenggung Haji Abdul Rahman Fadzail, kediaman Mantan Yang Di Pertua Persatuan Melayu Miri Dato Haji Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman serta kediaman Penasihat Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Miri Datuk Haji Ibrahim Din, ketiga-tiganya terletak di Piasau Jaya. 

Seterusnya rombongan Abang Johari dan isteri melawat ke kediaman Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Haji Yusop Sani Wahap di Pujut 7 sebelum berkunjung ke kediaman Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak Rosey Yunus di Taman Bumiko Miri.

Kunjungan diteruskan ke kediaman Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang di Kampung Luak dan kunjungan berakhir di kediaman ADUN Lambir Ripin Lamat di Jalan Airport.

Turut serta dalam rombongan Abang Johari adalah Menteri Pelancongan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr. Annuar Rapaee, ADUN Piasau Dato’ Sebastian Ting dan isteri, ADUN Mulu Dato’ Gerawat Jala, ADUN Jemoreng Datuk Dr. Juanda Jaya dan Residen Miri Sherina Hussaini.

Facebook Comment