[VIDEO] Rampas Selangor Atau Gagal Selamanya - Zahid Hamidi

[VIDEO] Rampas Selangor Atau Gagal Selamanya - Zahid Hamidi


SABAK BERNAM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan UMNO Selangor supaya meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atau berdepan kemungkinan negeri itu gagal ditawan selamanya.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata, PRU-14 adalah peluang terakhir UMNO Selangor selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Keadaan UMNO Selangor ibarat sebuah perkahwinan politik yang ada tiga talak dan sekarang hanya tinggal satu lagi talak.

"Ada dua jenis talak iaitu talak raji'e dan talak bain. Hanya talak raj'ie boleh dirujuk dengan syarat tetapi talak bain tidak boleh dirujuk.

"Talak satu berlaku pada PRU-12 dan PRU-13 pula talak dua. Kita tidak mahu berlaku talak tiga," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sabak Bernam dan Pelancaran Jentera PRU-14 Barisan Nasional (BN) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Timbalan Pengerusi Perhubungan, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Ahmad Zahid berkata, kekalahan UMNO di Selangor perlu dijadikan iktibar kerana ia adalah petunjuk kemurkaan Allah terhadap sikap pemimpin parti ini sendiri.

"Dulu pemimpin UMNO berebut harta, masing-masing nak cepat kaya dan rakyat tengok gelagat kita. Dulu mereka ini ibarat 'cengkadak buruk' tetapi tiba-tiba kaya serta jadi sombong.

"Dulu bini pergi pasar, sekarang suruh pemandu yang pergi pasar," katanya.

Beliau berkata, UMNO pernah mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) dan dengan usaha serta reda Allah, kejayaan itu tidak mustahil dicapai semula," katanya.



Read More

Catatan Perjalanan Hari-hari Terakhir Petugas Media Malaysia Ke Masjid Al-Aqsa-Datuk Akmar hisham

Catatan Perjalanan Hari-hari Terakhir Petugas Media Malaysia Ke Masjid Al-Aqsa-Datuk Akmar hisham

Selepas berjaya memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, rombongan media Malaysia turut berpeluang menyaksikan sendiri suasana tegang di sekitar kiblat pertama umat Islam itu baru-baru ini.
Peserta program Misi Kemanusiaan dan Pertukaran Budaya Media Malaysia-Jordan sejak 23 Julai lalu sempat merasai detik cemas perjuangan rakyat Palestin mempertahankan kesucian Baitulmaqdis Haram al-Syarif itu.
Berikut ialah catatan perjalanan hari-hari terakhir kumpulan petugas media tersebut yang diketuai bekas wartawan Utusan Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles menerusi akaun rasmi Facebooknya untuk tatapan semua.


26 Julai (8.18 pagi): Ada orang bertanya saya, kenapa kami tidak memakai jubah atau pakaian yang lebih kemas untuk beribadat di Masjid Al Aqsa. Sebenarnya, bukan kami tidak mahu berpakaian kemas dan berkopiah tetapi atas nasihat penduduk Palestin kami terpaksa memakai seperti dalam gambar di bawah.
Menurut penduduk Palestin, dalam keadaan tegang dan mudah berlaku pertempuran, adalah lebih baik memakai pakaian yang memudahkan kami melarikan diri bila perlu. Jadi kami ambil nasihat mereka dan terbukti malam tersebut memang berlaku tunjuk perasaan yang berakhir dengan pertempuran.
Lagipun, dalam kumpulan kami bukan semua berugama Islam. Ada juga yang beragama Hindu dan Buddha. Jadi apa saja keputusan yang dibuat, mesti mempertimbangkan keselamatan semua ahli kumpulan.
(11.30 pagi): Ketika berjemaah solat Maghrib di Masjid Al Aqsa kami bertemu dengan Isa Mohammad Hassan, lelaki tua berusia 79 tahun. Beliau ke masjid ini setiap hari untuk menunaikan solat fardu. Kami bertanya kepadanya kenapa tidak turut serta dalam protes bersama rakyat Palestin yang lain?

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk melihat tiada seorang pun umat Islam yang solat di masjid itu waima walaupun kerana protes terhadap Israel.
Katanya, solat berjemaah di masjid itu perlu dihidupkan setiap masa tanpa putus biar apapun alasannya dan beliau sendiri sudah berpuluh tahun bersolat 5 waktu di situ.
Dan kerana itu, beliau tidak menyertai protes apatah lagi polis Israel tidak pernah menghalangnya atau mana-mana pengunjung bersolat di situ asalkan melalui laluan pemeriksaan yang ditetapkan. Namun dari segi perjuangan menuntut hak Palestin, beliau akan tetap utuh bersama dengan seluruh rakyat Palestin katanya.
Malam tadi, hanya 21 orang yang bersolat jemaah di situ termasuk 14 anggota rombongan kami. Biasanya di masjid tersebut, antara 500 hingga 1,000 orang akan hadir menunaikan solat 5 waktu manakala solat Jumaat mencecah lebih 100,00 ribu jamaah.
(5.30 petang): Bertemu Iskandarian di Amman, Jordan. Kami sampai di Amman, Jordan malam tadi dari Jerusalem yang dikawal Israel.
Pagi ini kami melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia. Tak sangka di situ saya bertemu dengan bekas pelajar sekolah Iskandar Shah, Parit. Sharifah Norhani bt Syed Abdul Rani kini bertugas sebagai Setiausaha kepada Duta Besar Malaysia di Jordan.
Dia yang kini berusia 59 tahun berasal dari Kampung Kubang Chandong, Bota Kanan atau lebih tepat berhampiran dengan Masjid Bota Kanan. Dia kini sudah 3 tahun bertugas di Jordan. Sebelum ini pernah berkhidmat di kedutaan di Amerika Syarikat, Venezuela, Belgium, Fiji dan Indonesia.
Dia belajar di SRK Iskandar Shah, Parit mulai tahun 1965 dan seterusnya menyambung pelajaran ke SM Iskandar Shah, Parit.
(8.17 petang): Hari ini kami berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia di Jordan. Kunjungan hormat seperti ini biasa kami lakukan ketika mengadakan program di luar negara.
Terima kasih diucapkan kepada pihak kedutaan terutama Cik Mega Nopija Khalidi, Ketua Chanseri kedutaan yang memberi layanan mesra di atas kehadiran kami termasuk menyajikan makanan ala Malaysia yang kami dah mula rindukan. Maklumlah sejak datang ke Jordan dan Palestin, asyik dihidangkan dengan sayur dan nasi yang lauknya agak masin.
27 Julai (1.25 pagi): Dari Amman kami kemudiannya bergerak ke bandar Irbid yang jaraknya kira-kira 80 kilometer. Di bandar yang dihuni 2 juta penduduk ini terdapat ramai pelarian Syria berikutan kedudukannya yang tidak jauh dari sempadan Jordan dan Syria.
Di sini, kami sempat menyantuni anak-anak pelarian Syria. Wajah mereka nampak comel-comel belaka. Tapi sedih melihat nasib mereka, kerana terpaksa mengharungi kehidupan sukar di negara orang kerana perang. Dianggarkan kini terdapat lebih 2 juta rakyat Syria menjadi pelarian di Jordan.
(9.05 pagi): Saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman kami di Masjid Al Aqsa untuk tatapan anda. Ada kalanya terasa hiba bila tiada yang solat di sini. Lihatlah betapa lengangnya kawasan sekitar masjid di Baitumaqdis ini sepanjang tempoh protes berlangsung sedangkan ini adalah masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.
(2.00 petang): Di Irbit, kami turut mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Terdapat kira-kira 800 pelajar dari keseluruhan 1,408 pelajar Malaysia yang belajar di Jordan.
Kami bertemu dengan mereka di Pusat Komuniti Irbid untuk pelajar Malaysia. Di bandar yang wujud sejak zaman Rom ini, pelajar Malaysia menuntut di 2 buah universiti iaitu Universiti Yarmouk dan Universiti Sains dan Teknologi Jordan.
Pelajar di sini aktif dalam kegiatan komuniti termasuk menjadi sukarelawan membantu pelarian Syria. Terima kasih diucaplan kepada saudara Ammar Hafizdh bin Mohd Adib Shujaa, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid di atas usaha mempertemukan ramai pelajar dengan kami.
Usaha pelajar Tahun 3 bidang Pendidikan Islam di Universiti Yarmouk ini sedikit sebanyak memudahkan rakan-rakan media mendapat bahan tambahan untuk tugas mereka.
(5.00 petang): Semasa pertemuan dengan pelajar Malaysia, saya juga dapat berkenalan dengan Mohd Fariz bin Mohd. Ismi, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan.
Pelajar tahun 3 di Universiti Jordan yang terletak di Amman ini merupakan anak kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Parit yang juga merupakan orang Kampung Selboh, Parit.
Tak sangka dalam sehari dapat jumpa orang Parit di dua tempat berbeza di Jordan. – Mynewshub.cc/HAA
Read More

Rakyat Tunggu Debat Nothing 2 Hide Tun Mahathir Dengan RCI

Rakyat Tunggu Debat Nothing 2 Hide Tun Mahathir Dengan RCI

Perdebatan dan kehebatan sebenar Tun Mahathir Mohamad boleh dilihat nanti apabila beliau diseret bagi menjawab skandal wang milik rakyat yang lesap pada perjudian matawang FOREX.

Tun Mahathir yang tiada rekod berdebat dengan sesiapa pun sepanjang umurnya, kini dengan angkuh mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengannya dalam forum Nothing to Hide 2.0 .

Keberanian Tun Mahathir itu adalah selepas beliau mendapat maklumat daripada `leftenan-leftenan tuanya' bahawa Najib tidak akan melayan kehendaknya itu.

Sebab itulah Tun Mahathir berani membuat cabaran itu disebabkan political mileage beliau sendiri.

Ketika mahu diadakan perdebatan antara Nazri Aziz dulu pun, Tun Mahathir tidak bersungguh-sungguh untuk menyahut debat itu dan kemudian menggunakan beberapa kaedah pintu belakang untuk membatalkannya.

Banyak cara dilakukan beliau termasuk membuat cerita akan berlaku kekecohan, lalu debat itu terpaksa dibatalkan oleh polis.

Dan semalam, di PWTC segerombolan `lembu' Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang jahil dan berkemungkinan tidak tahu sejarah Tun Mahathir menyangka mereka telah membuat kerja hebat apabila mahu menyerahkan surat jemputan debat nothing to Hide 2.0 kepada ibu pejabat UMNO.

Kumpulan itu bagaimanapun dihalang oleh sekumpulan Pemuda UMNO. Apa yang menyedihkan mereka yang masih berhingus itu tidak tahu pun idola mereka sepanjang umur 90+ tidak pernah berdebat dengan sesiapa pun.

Apatah lagi jika berdebat untuk menjawab penyelewengannya. Jika surat diterima atau pelawaan diterima, tentu sekali ada pihak tertentu di kalangan Tun Mahathir akan membuat kerja licik untuk membatalkannya.

Ketika Tun Mahathir dicabar debat pada era Anwar Ibrahim pun beliau tidak pernah melayan.

Malah ketika Chegu Bard mempelawa Tun Mahathir naik ke pentas untuk menjawab salah lakunya dulu, beliau telah menempelak Chegu Bard sebagai hanya kucing kurap.
Apa masalahnya jika beliau naik ke pentas dan menjawab soalan Chegu Bard.

Soalan yang mudah oleh Exco Armada mengenai kekayaan anaknya pun tidak dijawab.

Tidak perlu pun diadakan debat Nothing to Hide 2.0 kerana setiap hari Tun Mahathir menyerang Najib. Bukan hanya melalui sidang media, serangan turut dilakukan menerusi blognya.

Jadi ada apa istimewanya yang hanya boleh disebut oleh Tun Mahathir pada Nothing to Hide 2.0, yang tidak boleh disebut pada hari-hari biasa?.

Hakikatnya, gelanggang sebenar Tun Mahathir ialah dalam prosiding RCI mengenai kehilangan wang rakyat.

Berdebatlah dengan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Pada prosiding itu juga, adakah Anwar akan menjawab sebagai bekas Menteri Kewangan, jawapan sendiri atau atas arahan Tun Mahathir?

Adakah Lim Kit Siang pula akan berbohong mengenai bukunya?

Sesungguhnya inilah permainan tinggi Tun Mahathir, budak hingusan semacam Armada itu hanyalah `barua bawahan' yang menyangka mereka fisabillilah.

Tulisan:
Beruang Biru
Read More

Transformasi Pengangkutan Awam Era Najib Razak

Transformasi Pengangkutan Awam Era Najib Razak


Demi memudahkan rakyat, lapan projek pembangunan mega dalam sektor pengangkutan awam telah disediakan kepada rakyat. Kemudahan berkenaan menjadi keutamaan utama dalam kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Lapan projek berkenaan yang telah dibina dan dalam pembinaan adalah MASS Rapid Transit (MRT), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Gemas-Kuala Lumpur-Padang Besar, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura, Sistem Transit Rapid (RTS) Malaysia-Singapura, Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Lebuh Raya PAN Borneo Sarawak tanpa sebarang tol.

Ternyata pembinaan berkenaan meresahkan kumpulan penyokong Dr Mahathir Mohamad yang tidak mahu menerima hakikat bahawa kemudahan pengangkutan awam itu disediakan oleh Najib.

Tatkala Najib dipuji oleh rakyat, pembangkang yang tidak berpuas hati cuba merendah-rendahkan dan memperkecilkan usaha Perdana Menteri itu.

Mereka memutar belit fakta dan cuba memanupulasi rakyat bahawa kemudahan yang disediakan itu adalah tanggungjawab kerajaan, justeru pujian tidak harus diberikan kepada kerajaan.

Ketika mereka membuat perbandingan antara pentadbiran Najib dengan Mahathir, mereka lupa bagaimana projek-projek pengangkutan awam yang terpaksa dibail-out semasa era Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sistem Transit Aliran Ringan (STAR),  Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (PUTRA), Kuala Lumpur Monorail (KL Monorail) dan projek Bas Intra Kota terpaksa diambil alih oleh kerajaan ketika itu.

Lebih RM8.80 bilion telah digunakan untuk pelan penyelamatan itu. Ia belum lagi mengambil kira syarikat automotif nasional, Proton yang mengalami kerugian ratusan juta ringgit tahun lalu.

Ia menyebabkan Proton terpaksa meminjam daripada kerajaan sebanyak RM1.5 bilion untuk membuat bayaran kepada vendor dan pembekal.

Kesimpulannya, projek pengangkutan awam ini adalah suatu visi yang berterusan dan memerlukan pembaharuan serta penambahbaikan dari masa ke semasa.

Manakala projek-projek yang sebelumnya telah dibail out patut dijadikan pengajaran untuk memastikan projek-projek yang telah dan sedang dirancang mencapai objektif yang sebenarnya.

Bukan sahaja fitnah politik memudaratkan sebaliknya fitnah ekonomi yang tidak berasas termasuk mendakwa negara akan bankrap, boleh menjejaskan negara. Kalau mendengar cerita pembangkang ini, seolah-olah semuanya buruk di mata mereka.

Hakikatnya, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri optimis akan ekonomi Malaysia yang tumbuh dengan kukuh.

Tulisan:
Beruang Biru
Read More

Jangan Percaya Cerita Hasutan, Kalau Kena Saman Pembuat Cerita Tidak Tolong Bayarkan.

Jangan Percaya Cerita Hasutan, Kalau Kena Saman Pembuat Cerita Tidak Tolong Bayarkan.

Seronok sangat kita mahu kongsi cerita yang dibuat oleh pihak pakatan pembangkang. Tanpa semak dan tanpa selidik, terus percaya sahaja. Kemudian buat gossip dan tuduhan yang bukan bukan di Whatsapp, Facebook dan Twitter.

Kalau kena saman, pembawa cerita hendak tolong bayarkan? Tidak sama sekali.

Kata orang tua-tua, siakap senohong gelama ikan duri. Jangan sebar cerita bohong, nanti kena diri sendiri.

Mungkin peribahasa ini sesuai untuk dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Dalam dunia politik Malaysia hari ini, nama Rafizi cukup dikenali sebagai Raja Fitnah nombor satu dalam Malaysia. Sudah buat lebih daripada 27 fitnah kesemuanya. Masih ada tiga lagi kes mahkamah tentang fitnah.

Rafizi sendiri mempunyai simpanan lebih setengah juta ringgit dalam Tabung Haji, tapi dia buat fitnah pada Tabung Haji.

Dapat dividen dan untung dari simpanan di Tabung Haji dan Kwsp, tapi buat cerita kata dua agensi itu hendak bankrup dan muflis. Kalau bankrap, Rafizi pun tidak akan dapat dividen.

Paling diingati adalah bagaimana Rafizi membuat satu fitnah yang cukup jahat terhadap National Feedlot Corporation (NFC).

Menerusi siri fitnah ini dengan dibantu beberapa fitnah yang lain pengundi yang tertipu beri undi kepada Rafizi untuk jadi ahli parlimen di Pandan. Mereka terpedaya dengan cerita Rafizi ini.

Apa yang pengundi dapat? Dapat atau tidak jumpa Rafizi setiap hari untuk adu masalah rakyat?

Rafizi reka cerita lembu-lembu yang dipelihara oleh NFC sudah boleh tinggal di dalam kondominium akibat penyelewengan berkenaan. Mana ada lembu tinggal dalam kondo? Itu pun ada orang percaya.

Melihat kepada kebiadaban Rafizi ini, Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Rafizi berhubung deretan fitnah yang dia taburkan hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata.

Akhirnya, pada 31 Oktober 2016 kebenaran akhirnya tersingkap apabila mahkamah memutuskan Rafizi bersalah dan diarahkan membayar RM 150,000 kepada Datuk Seri Mohamad Salleh dan RM 50,000 kepada NFC dengan kos-kos lain yang bernilai RM100,000.

Hari ini, setelah hampir 10 bulan berlalu, Rafizi masih lagi gagal membayar saman seperti yang diarahkan oleh mahkamah. Rafizi diarah bayar RM300,000 oleh mahkamah.

Kes Rafizi samalah situasinya macam kes Mazlan Aliman, buat fitnah kepada Felda kemudian enggan bayar saman RM350,000 setelah didapati bersalah memfitnah.

Ada simpanan lebih setengah juta di dalam Tabung Haji dan mempunyai pendapatan melalui sebuah syarikat yang ditubuhkannya, INVOKE, tetapi Rafizi memilih untuk menjadi kedekut dan sanggup menjadi peminta sedekah.

26 Julai 2017, Rafizi dikatakan telah meminta bantuan orang ramai untuk menyumbang kepadanya untuk membayar saman berkenaan. Rafizi kata duit dia sudah habis dibelanjakan untuk Invoke. Lateefa Koya dan Adam Rosly mungkin boleh sahkan, kebenaran cerita Rafizi ini.

Kenapa rakyat kena bayar saman terhadap cerita fitnah yang dibuat oleh Rafizi? Pakatan pembangkanglah yang kena tolong bayar. Adam Rosly rumah sebesar Disneyland, takkanlah tidak boleh bantu bayarkan saman Rafizi.

Atau Mahathir boleh bantu Rafizi bayarkan saman fitnahnya. Dulu Rafizi pernah dedahkan bahawa Mahathir kaya raya kerana projek projek mega.

Kini Mahathir sudah bersama dengan Rafizi, bolehlah sangat Mahathir bantu Rafizi kerana Mahathir, Mukhriz dan Mokhzani tidak saman pun cerita San Miguel Petron dan beli kapal yang disebut oleh Rafizi. Bermakna betullah cerita Rafizi itu.

Ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak berpakat. Hendak berpakat bantu bayar saman Mazlan Aliman dan Rafizi pun tidak boleh.

Jadi penyokong pembangkang janganlah seronok sangat percaya, seronok sangat hendak "share" cerita fitnah yang direka oleh Rafizi ini.

Kalau kena saman bukannya Rafizi hendak bantu bayarkan. Saman dia sendiri pun tidak mampu bayar, hendak hasut rakyat percaya pula cerita cerita hasutan dan fitnah menerusi traknya itu. Jangan percayalah. Jauhi cerita fitnah rekaan pembangkang.



Tulisan :
Beruang Biru

Read More

Mahathir Adalah Keris DAP Untuk Tumbangkan UMNO - Superman DAP, Hew

Mahathir Adalah Keris DAP Untuk Tumbangkan UMNO - Superman DAP, Hew
Penceramah DAP, Hew Kuan Yau, yang lebih dikenali sebagai “Superman”, menyamakan Mahathir Mohamad sebagai “keris” yang boleh digunakan untuk menumbangkan UMNO pada PRU 14.

Menulis dalam bahasa Cina di Facebook miliknya, Hew meletakkan imej keris sambil memetik pepatah Cina yang berbunyi “Jika ingin menjalankan tugas, anda perlu mengasah peralatan anda”.



Hew berkata untuk menghapuskan UMNO di kawasan luar bandar, “kuda tua” adalah senjata paling tajam yang sesuai digunakan.
Lihat disini *Hew courts controversy again with Dr M-keris simile*  http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/26/hew-courts-controversy-again-with-dr-m-keris-simile/

“Ingatlah bahawa kuda tua boleh menjadi alat terhadap Najib,” tulisnya yang merujuk ‘kuda tua’ itu kepada Mahathir dimana nama 'Ma' '马' yang berbunyi kuda dalam bahasa Cina

Posting terbaru Hew mengingatkan kontroversi yang beliau sampaikan dalam ceramah semasa pilihan raya negeri Sarawak, apabila beliau mengeluarkan kata-kata "skrew orang Melayu". 
Lihat video disini: https://youtu.be/jMOX7o97pOE



Hew, yang ketika itu berada di Kuching, telah meminta pengundi untuk menyokong calon DAP Abdul Aziz Isa, supaya parti itu dapat menggunakan orang Melayu untuk menyerang orang Melayu.

Dalam posting Facebook, Hew mendakwa orang Cina yang marah apabila DAP mengangkat Dr Mahathir sebagai ketua Pakatan Harapan adalah orang bodoh yang tidak faham strategi parti.

“Menggunakan orang tua UMNO untuk membunuh orang UMNO hari ini adalah strategi Pakatan paling tinggi,” katanya.

Posting beliau menarik banyak komen sokongan dari pengikut beliau terutamanya Cina.


-------
Rujukan:


*Melayu jadi skrew DAP untuk skrew Melayu dapat undi Melayu*


*[Video] Game Terakhir Mahathir Kata Superman DAP* http://pakdin.my/video-game-terakhir-mahathir-kata-superman-dap/






Read More

Lee: Vaccinate your dogs, cats

Lee: Vaccinate your dogs, cats





Although no rabies cases have been reported in Miri Division particularly Miri City, pet owners are reminded to bring their dogs and cats for vaccination.


Assistant Minister of Tourism, Arts and Culture Datuk Lee Kim Shin said as a precautionary measure, owners should bring their dogs and cats to the veterinary clinic even though Miri is categorised as a white area.

Lee gave this reminder when receiving a courtesy call from Zero Strays Miri led by its president Sterwina Kho yesterday.

During the visit, Sterwina briefed Lee on preventive and educational activities organised by Zero Strays Miri following the rabies outbreak in Serian.

“As responsible pet owners they must bring their pets particularly dogs and cats for vaccination as they transmit the deadly virus through bites and scratch wounds (cats),” said Lee.

Learning that veterinary clinics only treat and vaccinate husbandry animals, Lee, who is Senadin assemblyman, called on the Veterinary Department to look into the possibility of treating dogs and cats in view of the rabies cases reported in Serian.

“It is costly for some to get vaccination from private veterinary clinics. A lot of them are keeping local breed to enhance safety and security of their area,” he said, adding that he was made to understand that the cost is around RM300.

Meanwhile, Sterwina disclosed that due to financial constraint and limited manpower they were unable to carry out mass vaccination here.

“We are doing whatever we can by focusing on stray dogs in the city and dogs under Trap, Neuter and Release (TNR). There are groups of retired veterinaries from Kuching who volunteered to assist Zero Strays Miri in mass vaccination,” said Sterwina, while seeking some financial assistance from Lee.

Lee agreed to give RM5,000 to Zero Strays Miri to carry out vaccination, and said he would bring up the request for the Veterinary Department to also treat and vaccinate dogs and cats, and financial assistance to Deputy Chief Minister Datuk Amar Douglas Uggah.

He cautioned that the effort to reduce stray dog population in the city would not be successful if irresponsible pet owners abandoned and discarded their dogs and puppies indiscriminately.
As responsible owners, they should neuter their pets, he added.
Borneo post
Read More

Rabies outbreak spreads to two more areas in Sarawak

Rabies outbreak spreads to two more areas in Sarawak


Two more areas – Kampung Entubuh in Tebedu and Batu 5, Jalan Semeba in Kuching – have been declared as new rabies-infected areas today (July 23).

This decision was made during a meeting at the Hornbill Skyways Sdn Bhd hangar between Sarawak Disaster Management Committee chairman Deputy Chief Minister Datuk Amar Douglas Uggah Embas and Local Government Minister Datuk Dr Sim Kui Hian

A statement issued by the Sarawak Disaster Management Committee at 8.30am said the declaration had to be done due to positive rabies cases involving dogs in those areas.

“Therefore, the people in those areas are required to keep their pet dogs in their house compounds to avoid letting them stray around outside and risk getting infected,” said the statement.

So far, 20 areas in Sarawak have already been declared rabies-infected, with 16 such areas in Serian district, two in Tebedu and one in Kuching.

It was learnt that a vaccination exercise on pets was carried out at the newly declared areas since this morning.

The people of Kampung Semeba, located within the infected area, were informed of this news during this morning’s church service, while those in Entubuh were informed about the matter yesterday evening.

The rabies outbreak has so far resulted in the deaths of four children aged four to seven years old from Serian.
Borneo post
Read More

Trak Rafizi Tak Dapat Sambutan, Berhentilah Buat Hasutan

Trak Rafizi Tak Dapat Sambutan, Berhentilah Buat Hasutan
Pada 12 Julai lalu, Rafizi Ramli telah melancarkan jelajah dan trak untuk kempen kononnya untuk membina semula negara walaupun sebenarnya ia sekadar menabur “fitnah” dan propaganda.

Malangnya kempen Trak Bina Semula negara yang dilancarkan dan digerakkan ke beberapa lokasi seluruh negara tidak mendapat sambutan daripada orang ramai dan amat hambar.

Dalam satu kunjungan Rafizi ke Padang Rengas, Perak, pada 15 Julai lalu, sambutan  begitu hambar malah banyak ruang yang kosong.

Dek kerana mahu menutup kegagalan itu, Rafizi mengadakan siri ceramah di atas trak Bina Semula Negara itu secara langsung dalam media sosial Facebooknya sahaja. 

Dan dalam setiap ceramahnya itu, Rafizi akan menggunakan isu lama iaitu wang derma RM2.6 bilion serta 1MDB. Isu-isu yang dibangkitkannya itu sebenarnya sudah selesai, tetapi beliau tetap mahu mengambil kesempatan dengan membangkitkannya sekali lagi.

Boleh dikatakan dalam setiap ceramah Rafizi, hanya 200 orang yang hadir. Ini kerana orang ramai sudah tahu akan temberang beliau yang suka menabur fitnah dan tohmahan kepada pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rafizi sebenarnya sudah menjadi `bebanan' kepada Pakatan Harapan kerana beliau sebelum ini telah dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan fitnah.

Jadi siapa lagi yang mahu dengar putar belit Ahli Parlimen Pandan itu? Reputasinya terjejas teruk apabila pihak yang dituduh oleh Rafizi membuat laporan polis dan menyamannya. 

Sebagai contoh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi  berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti pesara tentera.

Dan pada tahun lepas pula, Tabung Haji telah membuat laporan polis di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 499 terhadap Rafizi kerana memfitnahnya.

Itu hanyalah beberapa contoh sahaja. Kalau nak disenaraikan, ia akan menghasilkan senarai yang panjang. Dan disebabkan itulah maka orang ramai sudah `masak' benar dengan perangai Rafizi ini.

Apa yang pasti jangan biarkan Rafizi memperdayakan rakyat Malaysia dengan cerita-cerita palsu berkenaan. 

Ini kerana melalui kepimpinan Najib, negara kini dalam landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Jangan hancurkan apa yang cuba dibina oleh kerajaan hanya semata-mata disebabkan fitnah dan putar belit daripada pembangkang. 

Eloklah tolak Ahli Parlimen seperti ini yang gemar menghasut dan memburukkan pemimpin negara.



Read More

IMF menaikkan gred ramalan pertumbuhan Malaysia 2017 kepada 4.8 peratus

IMF menaikkan gred ramalan pertumbuhan Malaysia 2017 kepada 4.8 peratus
Satu lagi peningkatan gred pertumbuhan KDNK untuk tahun 2017. Kali ini dari IMF.

Petua untuk menjadi zombie:

BILA GRED DI TURUNKAN: OMG! Malaysia muflis! Kerajaan tidak berguna dan korup!

BILA GRED DI NAIKKAN: 
Pilihan 1: Apa yang hebat sangat? Rakyat dibawah tidak merasa apa-apa.
Pilihan 2: Ini adalah nombor palsu. Mana IMF tau? Tanyalah rakyat dibawah.



LSS.

*********
IMF upgrades Malaysia's 2017 growth forecast to 4.8 pct

KUALA LUMPUR: The International Monetary Fund has upgraded its 2017 growth forecast for Malaysia to 4.8 percent from 4.5 percent now, the Fund said on Monday, at the release of its updated World Economic Outlook in Kuala Lumpur.

The Fund kept its growth forecasts for the world economy unchanged for this year and next, although it slightly revised up growth expectations for the eurozone and China. - Reuters


Rujukan:
*IMF upgrades Malaysia's 2017 growth forecast to 4.8 pct* http://www.theedgemarkets.com/article/imf-upgrades-malaysias-2017-growth-forecast-48-pct

Read More

MRT: Najib Hanya Teruskan Projek Era Mahathir? Mahathir Usah Nak Perasan Lah

MRT: Najib Hanya Teruskan Projek Era Mahathir? Mahathir Usah Nak Perasan Lah
Tidak! Najib tidak melakukan lebih banyak penswastaan @ 'pengkronian' ​Pengangkutan Awam dan kemudian 'bail-out' satu persatu apabila kroni terlingkup.
Lihat sini: *Empat Projek Pengangkutan Awam Utama Kroni Mahathir Bankrap Dan Terpaksa Di ‘Bail-Out’ Oleh Kerajaan* http://pakdin.my/empat-projek-pengangkutan-awam-utama-kroni-mahathir-bankrap-dan-terpaksa-di-bail-out-oleh-kerajaan/

Najib juga tidak melakukan perkara-perkara bodoh seperti mempunyai stesen Masjid Jamek yang tidak bersepadu dan perlu menyeberang jalanraya yang sibuk untuk menukar ke rangkaian laluan lain.

Najib juga tidak membuat perjanjian konsesi berat sebelah di mana cukai lapangan terbang dipotong untuk membayar ECRL milik swasta - sama ada penumpang menggunakan ERL atau tidak - dan menjamin kenaikan tambang berkali ganda sepanjang hayat konsesi. 
Lihat sini: *Sebahagian Cukai Lapangan Terbang Dibayar Kepada ERL* http://pakdin.my/sebahagian-cukai-lapangan-terbang-dibayar-kepada-erl/



Dan Najib tidak membatalkan perkhidmatan bas mini yang popular dan memaksa semua syarikat bas lain dijual kepada kroni monopoli yang dipanggil Intrakota yang tak memerlukan masa lama untuk lingkup dan terpaksa diselamatkan.

Tidak. Najib tidak melakukan semua yang Mahathir buat.

Najib mengelak melakukan apa yang Mahathir lakukan dan serius mengenai pengangkutan awam - tidak seperti Mahathir dan kecintaannya terhadap. PROTON dan perjanjian menghisap darah seperti EON.
Baca sini: *PROTON Menghadapi  Masalah Tetapi Pemegang Saham EON Telah Mengaut Keuntungan Lama Dahulu – Mahathir Memang Hebat?* http://pakdin.my/proton-menghadapi-masalah-tetapi-pemegang-saham-eon-telah-mengaut-keuntungan-lama-dahulu-mahathir-memang-hebat/

Mahathir usah nak perasan lah.. Akui lah bahawa Anda tersangat gagal dalam pengangkutan awam.



LSS.
------
Rujukan:




Read More

6 Berita Baik PM Umumkan Buat Peneroka

6 Berita Baik PM Umumkan Buat Peneroka
1) PM umumkan insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta

2) PM umum pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka.
Melibatkan peruntukkan RM519 juta.

3) PM Najib umum pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820

4) PM umum kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih dari satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion. 

5) PM umumkan geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.

6) PM umum dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula  melebihi jangkaan RM40,000.



Read More

Propaganda Macai 'Top Dog' - Banyak Kilang Telah Di Tutup Dan Ramai Hilang Pekerjaan

Propaganda Macai 'Top Dog' - Banyak Kilang Telah Di Tutup Dan Ramai Hilang Pekerjaan


Ingat lagi pembohongan Pakatan dengan propaganda mengatakan sejumlah besar kilang telah ditutup, ramai yang kehilangan pekerjaan dan Malaysia akan muflis?

Itu tidak benar.

Realitinya ialah sektor pembuatan sedang berada di tengah-tengah fasa pertumbuhan yang sangat tinggi dengan peningkatan jumlah jualan yang besar.

Sementara itu, jumlah pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan pada bulan Mei adalah 1,051,923 orang, meningkat 2.7% atau 27,164 orang berbanding 1,024,759 orang setahun lalu.

Gaji dan upah bagi sektor pembuatan juga meningkat sebanyak 13.3% kepada RM3.464 bilion - disebabkan oleh kenaikan gaji dan kerja lebih masa.

-------------
*Nilai jualan sektor pembuatan naik 19.5 peratus*


Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat kukuh sebanyak 19.5 peratus kepada RM61.9 bilion pada Mei 2017 berbanding RM51.8 bilion pada bulan sama tahun lalu, susulan peningkatan dicatatkan dalam tiga subsektor utama.

Menurut Jabatan Perangkaan, peningkatan itu dicatatkan dalam kumpulan produk peralatan elektrik dan elektronik (24.0 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (20.5 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (13.3 peratus).

Ketiga-tiga subsektor berkenaan menyumbang 79.8 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jumlah pekerja sektor pembuatan pada Mei adalah seramai 1,051,923 orang, meningkat sebanyak 2.7 peratus atau 27,164 orang berbanding 1,024,759 orang pada tahun lalu.

Jumlah gaji & upah naik sebanyak 13.3 peratus kepada RM3.464 bilion.

Susulan itu, nilai jualan setiap pekerja naik sebanyak 16.4 peratus kepada RM58,863 berbanding bulan yang sama pada Mei 2016. - BERNAMA

-------------
Rujukan:
'Lagi Propaganda Lemau Mengenai GST Oleh Anjing Jalanan Macai Top Dog'

Read More

Lagi Propaganda Lemau Mengenai GST Oleh Anjing Jalanan Macai Top Dog

Lagi Propaganda Lemau Mengenai GST Oleh Anjing Jalanan Macai Top Dog
'OutSyed the Box' kembali dengan propaganda yang berbelit-belit mengenai GST 6% telah menyebabkan sektor perkilangan yang memberi peluang pekerjaan berpindah ke Vietnam dan Thailand.

Mungkin dia tidak tahu bahawa GST di Vietnam adalah 10% dan Thailand 7%?

Beliau juga mengatakan bahawa gaji minima disini sebanyak RM1,000 sebulan menyebabkan sesetengah kilang ditutup kerana ia menjadikan Malaysia sebuah negara yang tidak kompetitif dengan kos yang rendah - oleh itu beberapa kilang pengeluaran telah berpindah ke Vietnam dan Thailand.

Jika itu lah masalahnya, maka ianya adalah bagus dan baik.

Adakah 'OutSyed' pernah bertanya berapa ramai penduduk tempatan mahu berkerja dikilang pada gaji RM1,000 sebulan?

Tidak ramai.

Ini bermakna bahawa strategi kerajaan untuk meningkatkan nilai rantaian menjadi negara berpendapatan tinggi membuahkan hasil.

Malaysia tidak perlu dan tidak lagi mahu menjadi negara pembuatan yang bersaing hanya berasaskan kos terendah.

Ini bermakna gaji kita akan sentiasa rendah kalau kita mahu bersaing dengan Vietnam dan Thailand yang mempunyai gaji yang lebih rendah.

'OutSyed' memperlihatkan tipikal minda yang dimiliki oleh Mahathir dalam mahu terus memastikan rakyat Malaysia mendapat gaji yang rendah.

Kilang seperti seperti BAT dan Tien Wah (237 pekerja), yang membekalkan kertas cetakan kepada Bat telah ditutup, kilang-kilang dan industri lain pula telah dibuka atau berkembang - seperti Spirit AeroSystems yang membuat komponen sayap komposit Airbus A350 dan Boeing 787 dan menambah 300 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan yang lebih tinggi.

Penutupan Seagate dan WD pula, sila beritahu 'OutSyed' bahawa syarikat-syarikat ini mengeluarkan Hard Disks (cakera keras) - dan pasaran untuk cakera keras menyusut apabila dunia beralih dari PC ke peranti yang tidak mempunyai cakera keras dan menggunakan storan flash.

Sila beritahu juga 'OutSyed' untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Guan Eng tentang Seagate dan penutupan WD di Pulau Pinang yang bermakna kehilangan 3,000 dan 1,200 pekerjaan - kebanyakannya pekerja warga asing.

Sektor perkilangan Pulau Pinang mempunyai lebih 20,000 peluang kerja, kata CM Lim Guan Eng.

"Langkah penstrukturan semula dijalankan sepanjang masa, jadi akan ada kehilangan pekerjaan dan mendapat pekerjaan. Syarikat-syarikat baru masih datang sementara yang sedia ada seperti JA Solar juga berkembang." Kata Guan Eng.

Sila beritahu 'OutSyed' bahawa Toyota, Top Glove, Paramit, JA Solar, Nestle, Boston Scientific, Japan Taiki, Xinyi Glass dan lain-lain telah membuka atau akan membuka kilang-kilang baru di Malaysia.

Dan bukan hanya menyediakan pekerjaan baru kepada kilang yang dibuka tetapi industri perkhidmatan ini membayar lebih gaji lebih tinggi (seperti IKEA, Premium, Outlet, Taman Tema Animasi Perak) di tengah-tengah ledakan pelancongan yang berterusan dan permintaan dalam negeri terus meningkat.

Sila beritahu 'OutSyed' bahawa pelaburan perkilangan di Malaysia masih teguh dan bertambah pada 2016 berbanding tahun 2015 - itulah sebabnya Malaysia telah mengalami pertumbuhan eksport dua angka dalam tempoh 7 bulan yang lalu termasuk peningkatan eksport 32.5% pada Mei 2017.

Sekiranya begitu banyak kilang ditutup maka bagaimanakah kita boleh meningkatkan 20% hingga 30% pertumbuhan eksport bagi sektor pembuatan?


Sila gunakan logik.

OutSyed hanya melihat 3 atau 4 kilang yang ditutup tetapi tidak melihat berpuluh-puluh kilang yang baru dibuka atau beralih terus ke industri perkhidmatan yang memberikan gaji lebih tinggi.

*OutSyed mengatakan bahawa 10,000 telah hilang pekerjaan setakat tahun ini tetapi statistik rasmi menunjukkan bahawa jumlah pekerjaan di Malaysia telah meningkat dari 14.276 juta pada Disember 2016 kepada 14.454 juta pada bulan Mei 2017 - peningkatan 178,000 pekerjaan*
Lihat disini: 'Malaysia Employed Persons' https://tradingeconomics.com/malaysia/employed-persons

Dan jika OutSyed masih bimbang akan ada rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan kerana gaji minimum di kilang-kilang yang dia sebutkan, sila minta beliau beritahu orang ramai untuk bekerja di FGV yang sangat memerlukan 8,000 pekerja kerana mereka kehilangan RM2 juta Sehari disebabkan oleh kekurangan pekerja.

Saya yakin FGV akan menawarkan lebih tinggi daripada gaji minimum untuk pekerja tempatan - JIKA mereka menginginkan pekerjaan tersebut.


LSS.
**********
Rujukan:






Read More

Hipokrit Akhir Zaman Top Dog 

Hipokrit Akhir Zaman Top Dog 
Berani Mahathir berkata begitu? Sebab beliau sudah tidak tahu malu.

Hanya kerana hendak menyelamatkan bontot beliau dalam pemilihan UMNO akibat dari cawangan dan pengundi hantu, Mahathir telah memecat Ketua Hakim dan semua hakim mahkamah tertinggi di negara ini.

Jangan fikir orang akan melupakan perkara ini.



******
Rujukan:
Pembohongan paling besar dalam sejarah - pemecatan Tun Salleh Abbas dimana Tok Wali kata dia mengadap Agong pada hari Rabu 1 Mei 1988 lepas Mesyuarat Kabinet. 1 Mei tu Hari Buruh , 14 Ramadhan , hari Ahad. Takde mesyuarat Kabinet pun pada cuti hari buruh. 

May 25 Tun Salleh di gantung tugas dan sejam selepas tu Lord Presiden Baru Tan Sri Hamid tolak kes rayuan UMNO dan August 8 Tun Salleh di pecat di ikuti keesokan hari nya kesemua hakim yg mengadili kes UMNO juga dipecat. Tu pun ada hati nak jadi PM semula. Udah udah la...



Read More

DAP Jangan Cakap Banyaklah, Selesaikan Dulu Isu Pemilihan CEC & Skandal Rasuah 

DAP Jangan Cakap Banyaklah, Selesaikan Dulu Isu Pemilihan CEC & Skandal Rasuah 
Dua isu ini sekarang adalah liabiliti terbesar DAP. Dua dosa besar DAP pada rakyat. Dosa rasuah ditanggung seumpama batu besar di atas kepala Guan Eng. Dosa pemilihan CEC ditanggung di atas kepala Kit Siang. 

Selagi dua perkara ini gagal diselesaikan, DAP tidak usah cakap banyaklah. Dua dosa besar ini, puncanya adalah DAP sendiri. Jangan putar belit dan tuding jari pada orang lain lagi. Umpama telunjuk lurus, kelingking berkait. 

Jika tidak merasuah, maka lawanlah secara undang undang di mahkamah. Jika betul, kepimpinan DAP yang diketuai Kit Siang diterima ahli DAP, maka adakanlah pemilihan dalam DAP. Apa yang hendak ditakutkan? 

Kalau Kit Siang dan Guan Eng seorang Kristian yang baik, tentu sekali mereka berdua tahu, dua ayat yang disebut dalam Alkitab Amsal ini tentang sifat penipu dan berbohong.

“Roti hasil tipuan sedap rasanya, tetapi kemudian mulutnya penuh dengan kerikil (Amsal 20:17)”.  

Tipu daya ada di dalam hati orang yang merencanakan kejahatan (Amsal 12:20)”.

Teresa Kok boleh bantu mereka berdua memahaminya. Lukis logo baru Pakatan Harapan mahu ada unsur agama tetapi bila mentadbir dan berkelakuan tidak mahu pula Kit Siang dan Guan Eng mengikut ajaran agama. 

Pandai sangat Kit Siang petik ayat Al Quran mahu salahkan orang lain tetapi dosa diri sendiri dan anak sendiri tidak pula dihiraukan. Taktik "Istana Kosong" Zhu Ge Liang yang sedang dipraktik Kit Siang dan Guan Eng ini akan memakan diri.

Memang rakyat Pulau Pinang sudah percaya kes rasuah Guan Eng adalah benar benar berlaku dan kes pemilihan CEC DAP adalah benar benar pembohongan yang dilakukan oleh Kit Siang dan Guan Eng. 

Dalam semua agama, perbuatan menipu dan berbohong adalah dilarang. Lebih lebih lagi dalam masyarakat Cina, yang meletakkan "trust" sebagai nilai moral tertinggi. Jika ada yang menipu dan berbohong, perbuatan itu dianggap hina dikalangan masyarakat.

Meskipun telah diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, sehingga kini parti itu masih belum membuat keputusan.

Guan Eng menyifatkan arahan ROS itu sebagai mengarut memandangkan tempoh jawatan untuk anggota CEC 2013 akan tamat. Apa yang mengarutnya? Guan Eng yang sedang mengarut sekarang ini. 

Gobind Singh Deo pula menyatakan pihaknya tidak menerima pemberitahuan itu secara rasmi mengenai pemilihan semula itu. 

Akhirnya pada 17 Julai lalu, bila surat makluman rasmi daripada ROS telah sampai ke meja, terus DAP diam. Tiada tanda-tanda pemilihan akan diadakan. Macam-macam alasan diberikan. 

Gobind tidak rasa bersalahkah kepada perjuangan ayahnya dulu dengan bersubahat menipu bersama Kit Siang dan Guan Eng? 

Persoalannya, kenapa DAP perlu takut untuk mengadakan pemilihan semula?. Kenapa DAP memberi alasan arahan yang dikeluarkan oleh ROS adalah berdasarkan berita palsu' sedangkan aduan mengenai manipulasi pemilihan CEC dibuat sejak 2012 lagi, oleh ahli-ahlinya.

Jika ahli sendiri membuat aduan, sudah pasti aduan berkenaan mempunyai asasnya. 

Walaupun surat telah dikeluarkan ROS, tapi nampaknya DAP masih berdegil. Jika mereka tidak terlibat dengan sebarang penipuan seperti yang didakwa itu, maka DAP tidak perlu gundah gulana untuk membuat pemilihan semula. 

Namun DAP memilih untuk ingkar dengan kata dua ROS itu. Kenapa ingkar? Mahu mengambil simpati dan menangis bila parti DAP diharamkan? Kemudian menyalahkan kerajaan sebagai salah kerana haramkan DAP. Mungkin ini sebenarnya yang DAP mahu.

Bukan sahaja isu CEC, malah kerajaan DAP Pulau Pinang juga enggan menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Alasan yang diberikan oleh Guan Eng,  DAP Pulau Pinang hanya akan berbuat demikian jika 10 cadangan mengenai rasuah turut dimasukkan.

Apa kaitannya cadangan tersebut dengan IBR? Ini kerana IBR menunjukkan komitmen negeri itu memerangi serta membanteras gejala rasuah. Negeri lain semua "sign", Guan Eng sahaja yang cakap banyak.  

Dalam hal ini, masyarakat boleh menilai sendiri tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu, sama ada mereka begitu komited memerangi rasuah atau tidak.

Tidak guna berdegar-degar bercakap mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa tetapi mereka sendiri enggan menyatakan ikrar bagi membanteras gejala rasuah.

Malahan slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dibanggakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya retorik politik Guan Eng semata-mata. CAT kini telah berkubur.

Guan Eng sendiri kini sedang menghadapi dua tuduhan rasuah. Salah satunya, melibatkan pembelian lot tanah dan banglo miliknya di bawah nilai pasaran. Selesaikan dulu kes rasuah di mahkamah ini cepat cepat kalau Guan Eng yakin dia tidak bersalah. 

DAP jangan pandai memetik ayat Al Quran dan menuduh bukan bukan pada pihak lain. Pemimpin DAP sendiri juga tidak patuh pada ajaran agama mereka. Mana ada agama yang benarkan penipuan pemilihan CEC dan rasuah banglo? 

Salah satu prinsip yang menjadi teras idola Guan Eng iaitu Dr Sun Yat Sen adalah demokrasi. Jika ikut amalan demokrasi, DAP tidak boleh tangguhkan lagi pemilihan partinya sendiri. Parti yang kuku besi tidak diajar dalam falsafah politik Dr Sun Yat Sen. 

Jadi kepimpinan jenis apa yang sedang dilakukan oleh dua beranak ini? Dari segi agama pun ditegah dan dari fahaman falsafah politik pun tiada. Ini cara Kit Siang Sdn Bhd. Kuku besi didahulukan, rasuah anak disembunyikan.





Read More

Mahathir Sanggup Jadi Top Dog Pada DAP Dan PKR Semata-Mata Kerana Takut RCI Forex

Mahathir Sanggup Jadi Top Dog Pada DAP Dan PKR Semata-Mata Kerana Takut RCI Forex
Kalau dalam sejarah Melayu di negeri Melaka, ada kisah seekor Pelanduk telah menendang seekor anjing dalam kisah Putera Raja Palembang, Parameswara. Anjing buruan Parameswara telah ditendang oleh seekor Pelanduk sehingga anjing itu terjatuh dalam sungai.

Dari awal sejarah Melaka, anjing sudah dianggap sebagai haiwan jahat, hina dan kotor serta tidak diterima dalam budaya adat Melayu Islam.  Dalam Islam, ia juga diletakkan sebagai najis paling berat dan perlu dicuci dengan kaedah tertentu kerana terlalu kotor.

Tidak faham, mengapa Pengerusi PPBM, Mahathir mengibaratkan dirinya seperti "Top Dog" atau anjing, walaupun maksud sebenarnya ialah beliau mahu menyatakan dirinya adalah pemimpin tertinggi dalam Pakatan Harapan (PH) selepas dilantik sebagai Pengerusi. 

"Dalam hierarki top dog (anjing paling dominan atau pemimpin dominan)," kata Mahathir dalam sidang media di Putrajaya. Namun perumpaan itu adalah tidak manis sama sekali ikut adat orang Melayu. Nampaknya, Mahathir sudah tidak kisah lagi soal manis atau tidak, baginya prinsip "Machiavelli" adalah segalanya.

Mungkin ini satu balasan kepada Mahathir yang gemar mengkritik kepimpinan negara yang telus dan baik sampai membuatkan dirinya sendiri mengambil perumpamaan anjing itu untuk menggambarkan dirinya seorang pemimipin.

Gelak tawa tercetus apabila Mahathir menggunakan perkataan dog dalam sidang media itu memperlihatkan para wartawan juga tak menyangka seorang bekas Perdana Menteri sanggup menggelarkan dirinya dengan binatang. 

Kenyataan angkuh ini juga mesti dibuat oleh Mahathir untuk menyatakan dengan lisan bahawa dia sanggup jadi apa sahaja untuk Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Bagi memujuk dan mengambil hati agar mereka berdua dapat selamatkan Mahathir semasa RCI Skandal Forex. 

Mahathir amat takut sangat dengan RCI Skandal Forex. Tempoh hari dia sanggup angkat Anwar sebagai bakal PM dari London. Kali ini, sanggup mengaku "Top Dog" hanya semata mata untuk buktikan kesetiaan pada Kit Siang 

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipetik berkata bahawa beliau berjanji akan memberi kerjasama penuh dengan RCI untuk menyiasat kerugian akibat urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM).

"Saya akan berikan kerjasama penuh kepada RCI ini serta memberikan fakta secara telus tetapi, tidak akan diheret untuk diperalatkan dalam gelanggang politik," katanya.

Anwar tidak mahu diperalatkan Mahathir?

Kenyataan Anwar ini tentu risaukan Mahathir. Apatah lagi, Mahathir ketika ditanya wartawan dua hari lepas menyatakan dia pertahankan kenyataannya bahawa Anwar peliwat pada 1998. Malah berkata hari ini lain pula kenyataannya. Mungkin tahun depan lain pula jadinya. 

Nampaknya Mahathir macam mahu putar belit dengan Anwar. Seakan ada dendam pada Anwar. Mahathir pula macam mahu melepas diri sendiri sahaja. 

Mahathir kena ingat dia sekarang adalah Timbalan kepada Anwar, bukannya macam dahulu lagi. Bila bila Anwar boleh pecat Mahathir. 

RCI Forex ini risaukan Mahathir. Dia sanggup dan mengaku jadi apa sahaja untuk pujuk Kit Siang dan Anwar. Rakyat kena nilaikan sendiri, demi kroni dan kepentingan anak sendiri, Mahathir sanggup buat apa sahaja. Asalkan matlamatnya tercapai. 



Read More

Semua Skandal Mahathir Kini Tanggungjawab PAKATAN HARAPAN - Penasihat SUARAM'

Semua Skandal Mahathir Kini Tanggungjawab PAKATAN HARAPAN - Penasihat SUARAM'
Seorang aktivis hak asasi veteran menggambarkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan, atau dalam kata-kata bekas perdana menteri itu - "top dog" gabungan itu - sebagai pengkhianatan terbesar gerakan reformasi.

Kua Kia Soong berkata sudah cukup buruk apabila HARAPAN bersekongkol dengan "bekas autokrat yang belum bertaubat" itu.

"Sekarang pula Mahathir menjadi pengerusi gabungan itu, HARAPAN akan menjawab semua skandalnya.

"HARAPAN perlu bersedia berhubung kerugian mata wang asing sebanyak RM30 bilion yang berlaku semasa tempoh Mahathir," kata penasihat Suaram itu dalam satu kenyataan.

Gerakan reformasi lahir selepas Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sementara itu, Kua berkata ia tidak menunjukkan bahawa Mahathir telah menjadi seorang demokrat yang dilahirkan semula yang tulen kerana dia tidak menunjukkan walau sedikit penyesalan.

"Dia tidak minta maaf atas Operasi Lalang, kerana konspirasi politik terhadap Anwar dan mengatakan bahawa beliau tidak sesuai untuk menjadi PM kerana Anwar seorang kaki betina dan peliwat, kerana kehilangan lebih daripada RM100 bilion dalam skandal kewangan semasa tempoh beliau berkhidmat melalui kroni kapitalisme dan 'bail-out' perniagaan yang gagal termasuk milik anaknya ...

"Bahana kesengsaraan yang terjadi di bawah pemerintahan Mahathir telah didokumentasikan dengan baik dan setiap komuniti mempunyai kisahnya: 

10,000 kaum Penan yang secara paksa dipindahkan dari rumah nenek moyang mereka di Bakun untuk memberi laluan kepada satu lagi projek empangan Mahathir mega di mana projek itu telah digantung semasa krisis kewangan pada tahun 1998.

"Pekerja ladang India yang komunitinya musnah melalui dasar kapitalis neo-liberal Mahathir dan yang memaksa mereka menjadi peneroka bandar.

"Kontroversi perkauman yang tidak sepatutnya dilakukan bagi pendidikan bahasa ibunda pada tahun 80-an, termasuk UEC pada tahun 1975, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, pentadbir sekolah yang tidak layak dihantar ke sekolah Cina pada tahun 1987, dan Lain-lain lagi," tambah beliau.

Kua juga menegaskan bahawa Mahathir adalah perdana menteri pertama yang mendakwa bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Yang paling terkini, Penasihat itu Suaram berkata pada pilihan raya umum 2013, bekas perdana menteri itu telah mengkritik Najib kerana membazirkan wang rakyat ke atas orang Cina selepas mereka mengundi pembangkang.

"Beliau juga 'Top Dog' dalam parti baru 'Pribumi' yang hanya dibuka kepada 'Pribumi'.

"Anda harus menjadi 'Zombie Demokrat' untuk menerima parti tersebut dalam gabungan yang sepatutnya mewujudkan pergerakan reformasi.

"Adakah pemimpin Harapan masih ingat apa matlamat program reformasi mereka?" Tanya beliau.





Read More

'Top Dog' Tidak Bermaksud Boleh Membuat Keputusan, Kata Pemangku Pengerusi DAP Kepada Mahathir

'Top Dog' Tidak Bermaksud Boleh Membuat Keputusan, Kata Pemangku Pengerusi DAP Kepada  Mahathir
'Top Dog' di perlekehkan oleh Pengerusi DAP.

Jangan fikir anda adalah bos dan boleh buat sesuka hati! Ada lagi bos lain.

'Top Dog' perlu ingat siapa yang memegang tali.


----
*'Top dog' tidak bermaksud boleh membuat keputusan, kata pemangku pengerusi DAP kepada Mahathir*

Kedudukan Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan tidak menjadikan pakatan pembangkang menurut arahan beliau, kata Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan.

Menurut akhbar The Star hari ini, Tan Kok Wai berkata beliau tidak menentang kedudukan bekas perdana menteri itu dalam hierarki, tetapi menjelaskan implikasi "pengumuman" Mahathir.

"Tidak dipertikaikan bahawa beliau mengetuai majlis presiden Pakatan berdasarkan kekananan dan pelantikannya sebagai pengerusi," katanya. 

"Bagaimanapun, hakikatnya, dia bukan orang yang boleh membuat sesuka hati," katanya lagi.

Mahathir baru-baru ini mengisytiharkan dirinya sebagai 'Top Dog' dalam hierarki Pakatan Harapan, berikutan soalan mengenai kedudukan kepimpinan tertinggi dalam majlis presiden baru pakatan itu.

Ini kerana beliau meletakkannya dirinya di atas Ketua Pembangkang dan Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan di atas Mahathir dalam majlis itu sebagai ketua umum.

LSS.

Read More

MCA: Kenapa Kos LRT Pulau Pinang Lebih Mahal Dari LRT3?

MCA: Kenapa Kos LRT Pulau Pinang Lebih Mahal Dari LRT3?
MCA hari ini mempersoalkan jawapan exco kerajaan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menyatakan kos Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas akan menelan belanja sebanyak RM8.4 bilion.

Pengerusi Pemuda MCA Pulau Pinang berkata, pada Mei tahun lalu, projek LRT sepanjang 30km itu dilapor bernilai RM7 bilion tetapi kini meningkat sebanyak RM1.4 bilion dalam tempoh setahun.

"Memandangkan projek LRT Pulau Pinang meningkat sepenuhnya, dengan harga RM280 juta setiap kilometer, nampaknya kos ini lebih mahal setiap km berbanding dengan projek LRT3 di Lembah Klang.

"LRT3 adalah 37km panjang tetapi juga termasuk seksyen terowong bawah tanah sepanjang 2km dan stesen bawah tanah. Walaupun demikian, kos LRT3 ialah RM9 bilion atau kira-kira RM243 juta setiap km," kata Datuk Michael Lee Beng Seng.

Katanya, lebih membimbangkan pada 19 Jun lalu Chow berkata kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan sejumlah RM17 bilion daripada projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion.

"Chow menjelaskan bahawa RM17 bilion ini adalah untuk projek LRT dan projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1) - yang mencadangkan kos projek PIL1 ialah RM8.6 bilion.

"Oleh kerana projek jalan PIL1 hanya berukuran 19.5km panjangnya, ini bermakna kos setiap km adalah RM441 juta yang sangat tinggi bagi setiap kilometer," katanya.


*******
Rujukan:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Bandar_Utama–Klang_line

Read More

Tiada Perbicaraan Atau Siasatan Rasuah Di Perancis Berkaitan Pembelian Kapal Selam Scorpene

Tiada Perbicaraan Atau Siasatan Rasuah Di Perancis Berkaitan Pembelian Kapal Selam Scorpene
*Menjadi sasaran penyiasatan awal atau penyiasatan formal di Perancis tidak semestinya menjurus kepada pendakwaan. - Reuters*

Hari ini, beberapa media pro Pakatan seperti Mkini, Malaysia Insight dan FMT membesarkan berita yang mengelirukan bahawa dua orang telah didakwa atas kesalahan rasuah berkaitan dengan perjanjian Scorpene yang berlaku lebih 15 tahun yang lalu.

Kalau kita membaca media pro Pakatan kami dan kenyataan pemimpin mereka, yang tidak dapat dielakkan adalah kita akan mendapat gambaran bahawa dua orang Perancis telah dibicarakan kerana rasuah.

Malah, ia bukanlah rasuah atau di Perancis, "rasuah seorang pegawai asing" TETAPI disyaki atas: "penyalahgunaan aset sosial" dan "keterlibatan dalam penyalahgunaan aset sosial."

Dan ia bukanlah tujuan pendakwaan. Ia adalah "penyiasatan awal (preliminary investigation) sebagai sebahagian daripada siasatan"

Malah Reuters melaporkan bahawa:

"Menjadi sasaran penyiasatan awal atau penyiasatan formal di Perancis tidak semestinya menjurus kepada pendakwaan."



*****
Rujukan:

'Cubaan Fitnah PM dan Kerajaan: @tianchua Mengaku tiada Perbicaraan Kes Kapal Selam Scorpene Di Mahkamah Perancis'  http://pakdin.my/cubaan-fitnah-pm-dan-kerajaan-suaram_intl-tianchua-fitnahpr/  

'Hansard Parlimen bertarikh 21 November 2012 di Dewan Rakyat.' http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-21112012.pdf


*****
'Two Frenchmen investigated over 2002 Malaysia submarines deal' 

PARIS (Reuters) - Two French former defense industry executives have been placed under preliminary investigation as part of a probe into the 2002 sale of submarines to Malaysia, an official in the French judiciary said on Wednesday.

The source said Philippe Japiot and Jean-Paul Perrier, former executives at Thales and DCNS, had been placed under investigation as part of a long-running probe into alleged kickbacks from that Malaysian submarines deal in 2002.

Japiot and Perrier deny any wrongdoing, French media reports said. Reuters was unable to immediately reach either individual.

*Being a target of a preliminary investigation or a formal investigation in France does not necessarily lead to a trial.*

https://www.reuters.com/article/us-france-malaysia-submarines-idUSKBN1A41JN

Read More