Wanita Maut Dirempuh Ketika Jual Kuih, Biskut Raya Depan Rumah 

LIMBANG: Seorang wanita maut dirempuh pacuan empat roda ketika menjual kuih dan biskut raya di gerai depan rumahnya, 5 petang semalam.

Tampai Molok, 50-an, yang parah di kepala dan badan, maut di tempat kejadian setelah dilanggar Toyota Fortuner bernombor pendaftaran Brunei. 

Manakala adik mangsa, Suma Molok, 48, patah pinggang dan paha. 

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata kenderaan itu hilang kawalan sebelum merempuh gerai yang terletak di Kampung Gumaya, Jalan Pandaruan, di sini.

"Rempuhan kuat menyebabkan gerai menjual kuih dan biskut raya oleh adik beradik itu roboh dan menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Limbang untuk dibedah siasat sementara Suma diberi rawatan kecemasan.



Author:

Facebook Comment