Sarawak Tarik Diri Dari Lembaga Pelancongan Malaysia

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media sebentar tadi memutuskan menarik balik penyertaan wakilnya dalam Lembaga Pelancongan Malaysia berkuatkuasa serta merta hari ini.

Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan bahawa penyertaan wakil-wakil di Lembaga Pelancongan Malaysia adalah tidak perlu memandangkan negeri ini telah mempunyai Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak tersendiri.


Facebook Comment