Pemakai Menoa, Pulau Galau akan diselesai


Jawatankuasa Pemakai Menoa dan Pulau Galau dijangka mengemukakan cadangan mengenai isu berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau kepada kerajaan negeri menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jawatankuasa akan tampil dengan beberapa cadangan kepada kerajaan hasil daripada mesyuarat yang diadakan sebelum ini.


“Melihat kepada usaha ini ia mengambil masa tetapi saya merasakan rakyat pastinya menjangkakan satu penyelesaian  dalam tahun ini terutama berkaitan definisi dan kita selain itu membuat beberapa cadangan lain kepada kerajaan.

“Kita akan melakukan yang terbaik kerana saya melihat pelbagai pandangan dan kenyataan mengenai isu berkenaan tetapi kita tidak menyalahkan mereka cuma mahu mereka menghargai apa yang kita usahakan.

“Tambahan kita perlu melihat pelbagai sudut daripada semua pihak dalam menangangi isu atau mengambil kira pandangan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang di kediamannya di sini, malam kelmarin.
Borneo post

Facebook Comment