Mukhriz Keliru Dan Tak Pasti Sama Ada Mahathir Serius Nak Jadi PM Lagi 

Ia seolah-olah bahawa Mukhriz mudah sangat menjadi keliru.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak pasti setakat mana seriusnya bapanya tentang memegang jawatan perdana menteri.

Apabila ditanya sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad hanya bergurau atau serius mengenai jawatan perdana menteri, Mukhriz berkata beliau tidak tahu.

"Saya keliru dengan pemberita," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mukhriz berkata beliau belum bertanya bapanya mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, BERSATU masih belum membuat keputusan mengenai calonnya untuk jawatan perdana menteri.



*********
Rujukan:

"Mukhriz tak pasti sama ada Dr M serius jadi PM lagi" 
https://m.malaysiakini.com/news/384311


Author:

Facebook Comment