Kekang Penyangak Matawang: Keputusan Sukar Akhirnya Membuahkan Hasil, Masa Depan Lebih Cerah Untuk Malaysia

Kenyataan Akhbar

1. Menjelang akhir 2016, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan langkah-langkah untuk mengekang penyangak-penyangak matawang yang selama ini mempergunakan pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) luar pesisir untuk mewujudkan spekulasi ke atas Ringgit. Pasaran NFD, menurut Bank Negara, adalah tidak telus, tidak menentu, serta cenderung untuk disalahgunakan penyangak forex.

2. Ramai pengkritik pantas menunding jari mengatakan langkah sedemikian hanya akan mengurangkan keyakinan para pelabur asing yang selama ini menggunakan NDF untuk melindung nilai portfolio pelaburan di Malaysia - sehingga kita menyaksikan para pelabur asing telah mengeluarkan sekurang-kurangnya USD14 bilion dari pasaran bon Malaysia antara Nov 2016 hingga Mac 2017.

3. Bank Negara tidak menjalankan langkah ini tahun lepas tanpa pelan yang meyakinkan untuk membina pasaran dalam pesisir ke hadapan. Data menunjukkan ia telah menyuntik USD19 bilion tunai ke dalam sistem perdagangan pertukaran asing bagi meningkatkan kecairan pasaran dalam pesisir.

4. Tetapi kini arus sudah berubah untuk kita. Aliran keluar asing mula kembali semenjak April tahun ini — di mana 10 peratus daripada nilai tunai kembali ke kerajaan Malaysia dan bon Bank Negara.

5. Dijangka lebih banyak aliran keluar asing akan kembali dalam bulan-bulan yang mendatang, di tengah-tengah keyakinan oleh firma-firma penyelidikan, bank-bank pelaburan dan pengurus-pengurus matawang seperti BNP Paribas Investment Partners, Deutsche Bank, Western Asset Management dan Fidelity International. Pandangan mereka secara kolektif mengatakan Malaysia berada dalam laluan yang tepat di mana aliran keluar asing yang paling buruk telah lama ditinggalkan kita. Apatah lagi apabila ekonomi sudah kembali kukuh seperti mana ditunjukkan melalui pertumbuhan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) sebanyak 5.6 peratus.  

6. Ringgit juga telah menunjukkan peningkatan yang berterusan tahun ini, dan merupakan matawang yang mempunyai prestasi terbaik untuk bulan April 2017 di rantau ini. Kebebasan Bank Negara setiap masa amat penting untuknya menjalankan pengurusan kewangan yang efektif dan polisi-polisi peraturan kewangan.

7. Kerajaan ini akan terus menyokong polisi-polisi Bank Negara yang akomodatif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia serta pasaran-pasaran kewangan.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2 Jun, 2017



***********
Malaysia Perlahan-lahan Memenangi Kemelut Terhadap Spekulator FX 
Ia mungkin telah menyebabkan turun naik jangka pendek dan menyebabkan Ringgit kita untuk lemah secara tiba-tiba pada bulan November-Disember tahun lepas tetapi ini adalah satu langkah yang perlu untuk memastikan kita dilindungi daripada spekulator FX.
Ingat sebelum ini bahawa beberapa bank telah didakwa kerana memanipulasi kadar Ringgit kita dan didenda RM50 juta.
Australian banks admit to ringgit ‘cartel’, pay fines http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/australian-banks-admit-to-ringgit-cartel-pay-fines
Gabenor BNM yang baru dengan berani mengambil risiko besar dalam melaksanakan langkah dasar untuk menghadkan spekulasi dan menghapuskan kelemahan yang besar kepada ekonomi negara kita yang tidak ditangani semasa masa Zeti.
Mengapa nasib ekonomi Malaysia perlu bergantung kepada beberapa pegawai bank asing yang bermotivasi untuk membuat wang dengan mengorbankan kita daripada beribu-ribu batu jauhnya?

Author:

Facebook Comment