Hukuman Berat Kepada Pelaku Mangsa Buli Dan Liwat T Nhaveen -Rohani Karim



Hukuman seberat yang mungkin harus diberikan kepada pelaku mangsa buli dan liwat, T Nhaveen ,19, yang meninggal dunia petang semalam di hospital Pulau Pinang akibat di seksa sekumpulan pemuda hingga ke tahap mati otak Jumaat lalu menurut kenyataan media Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menziarahi keluarga mendiang pagi ini di Pusat Pembakaran Mayat Jalan Batu Gantung Pulau Pinang.


"Kejadian ini sangat sedih kerana mangsa merupakan anak lelaki sulung dan harapan keluarga mangsa biarlah kejadian ini menjadi mangsa buli yang terakhir.Bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, kami akan terus memberikan khidmat kaunseling sejak semalam untuk membantu terutama ibu mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal yang pastinya trauma dan sedih berikutan kehilangan anak," katanya.


"Mangsa begitu rapat dengan keluarga menyebabkan kehilangannya begitu dirasai.Beliau memanggil semua emak saudaranya sebagai emak. Kerana itu saya percaya intitusi keluarga memainkan peranan penting pendidikan dari awal tentang kasih sayang, hormat menghormati agar gejala seperti ini dapat dihentikan.Kita semua ibu dan ada keluarga dan saya percaya semua tidak mahu perkara seperti ini berlaku dalam kalangan ahli keluarga kita," tambahnya lagi.


Nhveen disahkan meninggal dunia setelah lima hari bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang(HPP).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim,

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/293349
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim,

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/293349
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim,

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/293349
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim,

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/293349

Manakala rakannya, T Previin, yang berusia 19 tahun sedang dirawat untuk kecederaan muka yang dialami pada kejadian sama lewat malam Jumaat.

Mereka dilaporkan bekerja sebagai promoter di pakaian lelaki di sebuah pusat beli belah di Bayan Lepas selepas SPM.

Sebelum ini, menurut Previin, Nhaveen diserang enam lelaki yang memukulnya berulang kali dengan topi keledar, sebelum membawanya ke padang berhampiran rumahnya di Taman Tun Sardon, Gelugor.

Beliau dikatakan terus menyerang dan menderanya dengan teruk.

Doktor yang merawatnya berkata dubur Nhaveen juga koyak teruk mungkin disebabkan tusukan objek tumpul.

Previin pula cedera parah apabila tulang pipinya hancur akibat serangan tersebut.

Susulan kejadian itu, polis Pulau Pinang menahan lima suspek yang berusia antara 16 dan 18 tahun.

Facebook Comment