Video:Yayasan Sahabat Bina Negara Dan Tentera Bergabung Beri Sumbangan Pada Orang Asli


 

 

ATAS rasa tanggungjawab sosial, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Yayasan Sahabat Bina Negara mengadakan Program Jiwa Murni di Kampung Orang Asli Sungai Perah, Parit, Perak.


Program yang berlangsung kira-kira jam 8 pagi sehingga 2.30 petang menyajikan pelbagai acara unik seperti pertandingan karaoke, sukaneka, gotong-royong dan program baiki dewan sekolah kampung tersebut.

Bukan sekadar itu, pemeriksaan kesihatan dan pergigian turut diadakan bagi memudahkan penduduk perkampungan tersebut untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Menurut penaung Yayasan Sahabat Bina Negara, Datuk Akmar Hisham Mokhles, program ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk Orang Asli dengan pihak ATM.



“Ini program kedua yayasan di kampung ini. Berdasarkan pengalaman lalu, kami ambil peluang berkerjasama dengan ATM memandangkan mereka ada banyak aset dan boleh beri perkhidmatan lebih baik kepada Orang Asli.


 Majlis Program Jiwa Murni itu dirasmikan Akmar yang turut ditemani Ketua Staf 2 Briged Infantri Malaysia (Pangkalan Ipoh) dan Tok Batin Kampung Sungai Perah, Hitam Basri.

“Kita pun sedia maklum bahawa Orang Asli ini tinggal agak jauh dari bandar serta ada juga yang mempunyai masalah kewangan, kenderaan dan sebagainya.
“Jadi dengan program sebegini, mereka dapat memperoleh segala rawatan dengan segera khususnya untuk penyakit seperti demam dan selesema.
“Tambahan pula, program seperti ini dapat menjalinkan silaturrahim dan muafakat antara ATM dan Orang Asli di sini,”

Kira-kira 200 penduduk Orang Asli hadir memeriahkan program itu termasuk anggota ATM. – MYNEWSHUB.CC⁠⁠⁠⁠


Facebook Comment