[Video] Pergaduhan Lelaki Myanmar Di Pulau Pinang: Mangsa Teruk Ditetak



Dua lelaki warga Myanmar bergaduh di   hadapan sebuah rumah di Jalan Westland Georgetown, Pulau Pinang.

Suspek, 28, dilihat saksi, menetak rakan sekerja, 27, sehingga mangsa cedera parah dan kritikal.

Mangsa ditetak dengan pisau pemotong daging di kedua-dua pasang kaki dan tangan , kiri leher dan belakang serta putus separuh telinga kiri.

Punca kejadian masih disiasat.

Suspek kini ditahan sementara mangsa dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Saksi merakam kejadian dan telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis.



Author:

Facebook Comment