[Video] China Berterima Kasih Atas Sokongan Malaysia


Dengan semangat untuk terus mengukuhkan hubungan mesra dua hala, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam mengadakan mesyuarat dengan Presiden China, Xi jinping.

Pertemuan itu berlangsung di Great Hall Of The People.

Lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib ke China ini adalah atas jemputan Presiden Xi sempena forum inisiatif jalur dan laluan bagi kerjasama antarabangsa yang bermula hari ini.

Pada pertemuan ini Perdana Menteri berkata Presiden Xi berterima kasih atas sokongan Malaysia terhadap inisiatif yang dibangunkan China itu.

Menurut beliau Presiden Xi juga sekali lagi menekankan hubungan Malaysia-China  di tahap terbaik dalam sejarah hubungan dua hala kedua-dua negara.

Kerajaan China juga memberi jaminan untuk terus memberi sokongan kepada syarikat negara itu yang melabur di Malaysia.



Author:

Facebook Comment