SPR TUNGGU PEMAKLUMAN RASMI OLEH SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SARAWAK MENGENAI STATUS ADUN N.74 PUJUT, YB DR. TING TIONG CHOON.


Berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut YB. Dr. Ting Tiong Choon yang dilaporkan telah dilucutkan keanggotaannya daripada menjadi ADUN Sarawak ekoran taraf kewarganegaraan beliau dipertikai kerana didakwa memiliki dua kerakyatan iaitu kerakyatan Malaysia dan Australia.

Buat masa ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengetahui perkara ini menerusi laporan oleh pihak media massa menurut kenyataan media Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Sehubungan dengan itu, SPR akan menunggu pemakluman rasmi oleh Yang Berhormat Speaker DUN Sarawak mengenai kedudukan ADUN N.74 Pujut itu dan SPR hanya akan mengambil tindakan lanjut selepas menerima pemakluman secara rasmi.


Facebook Comment