PERMATA: Apa Komen Lim Guan Eng Dan DAP?

Apa salah Rosmah kerana mahu bantu budak-budak berbilang kaum Malaysia untuk berjaya?

Di kala DAP terus mengkritik PERMATA, tanpa disedarinya, seorang anak muda bernama Koo Jia Hui, 22 tahun daripada Pulau Pinang meraih manfaat daripada program itu dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di University of Oxford dalam bidang Biokimia.

Tak malukah DAP yang memerintah Pulau Pinang tak dapat membantu adik Koo walaupun dia anak kelahiran negeri itu sebaliknya terus menghentam PERMATA dan tidak membantu Koo mendapatkan biasiswa untuk dia belajar.

Mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kononnya mendabik dada sebagai pejuang rakyat apabila Koo sangat memerlukan bantuan untuk menyambung pengajian di University of Oxford.

Koo amat berterima kasih kepada Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang telah berusaha mendapatkan biasiswa sehingga beliau dapat menyambung pengajian.

Justeru, adalah lebih baik Guan Eng menasihatkan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin agar berhenti mengkritik PERMATA dan bantulah rakyat yang memerlukan bantuan...terutama dari Pulau Pinang walaupun Guan Eng berasal dari Melaka.



Author:

Facebook Comment