PBDSB 'Mengidam' 17 kerusi dalam PRU 14




Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) akan bertanding sekurang-kurangnya 17 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) akan datang dengan sasaran kerusi majoriti untuk kaum Dayak
 

Memetik kenyataan Presiden parti Cobbold John Lusoi pada satu sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di Kuching hari ini berkata, calon-calon untuk semua kerusi, termasuk dua wanita, telah dikenal pasti dan akan diumumkan sebelum Gawai.

"Parti itu akan bertanding di sekurang-kurangnya 17 kerusi pada pilihan raya umum akan datang, dan kita akan bertanding pada kita sendiri (tanpa bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain),"

Pada sidang media yang sama, PBDSB mendedahkan bahawa calon Selangau ialah Mengga Mikui, yang telah meletak jawatan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan calon Puncak Borneo ialah Rapelson Richard Damit.

Cobbold berkata calon-calon yang akan bertanding kebanyakkannya adalah peguam, ahli perniagaan dan profesional 

Facebook Comment