Inspektor Di Tahan Tembak Teman Wanita Di Serian



Polis Sarawak telah menahan pegawainya berpangkat Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga bagi membantu siasatan satu kes bunuh di Serian semalam.

Pusuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor yang mengesahkan kejadian menyatakan suspek telah ditahan pada pukul 9.45 minit malam tanpa sebarang insiden di sebuah pasaraya di Matang.

Suspek dipercayai menembak seorang perempuan menggunakan pistol milik PDRM di sebuah rumah di Kampung Kakai Serian pada pukul 3.15 petang semalam.

Jelasnya berdasarkan maklumat awal, suspek masuk ke bilik mangsa yang dikenali sebagai Christie dan telah melepaskan satu das tembakkan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis sedan bewarna putih.

Buat masa ini katanya polis akan fokus siasatan dari aspek peribadi suspek dan mangsa yang dipercayai teman wanita suspek kerana tiada rekod berkahwin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor dijangka akan mengadakan sidang media khas berhubung insiden ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Facebook Comment