Hilang Kewarganegaraan Malaysia Jika Pegang 2 Warganegara

“Jika mana-mana rakyat Malaysia yang mempunyai taraf 2 kewarganegaraan maka ia akan gugur secara automatik apatah lagi jika rakyat Malaysia itu pernah memohon dan menjadi warganegara di sebuah negara lain,” katanya mengulas isu Adun Pujut Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan kelayakan sebagai Adun dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, Jumaat lepas.

Oh tidak! Kini bekas ADUN DAP tidak lama lagi boleh menerima lawatan dari Kementerian Dalam Negeri dan akan ditendang keluar dari negara ini.

Dia akan menjadi seorang yang tidak bernegara seperti pendatang Rohingya.

Malaysia perlu menawarkan kepadanya suaka sementara dia mendaftar dengan UNHCR untuk kad pelarian dan menunggu untuk ditempatkan semula ke negara ketiga Amerika Syarikat atau ... Australia.


*******
Zahid: Hilang Kewarganegaraan Malaysia Jika Pegang 2 Warganegara

JOHOR BAHRU: Kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang 2 kewarganegaraan, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata situasi ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.

“Kita harus melihat kepada perundangan di negara kita terutama dari segi perundangan tertinggi iaitu perlembagaan negara kita yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia.

“Jika mana-mana rakyat Malaysia yang mempunyai taraf 2 kewarganegaraan maka ia akan gugur secara automatik apatah lagi jika rakyat Malaysia itu pernah memohon dan menjadi warganegara di sebuah negara lain,” katanya mengulas isu Adun Pujut Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan kelayakan sebagai Adun dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, Jumaat lepas.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Kemudahan Awam Ibrahim International Business District (IIBD) di sini hari ini.

Zahid berkata keputusan yang dibuat DUN Sarawak itu boleh dicabar atau dibawa ke mahkamah oleh parti politik yang berkenaan.

Namun, beliau menegaskan Perlembagaan Malaysia haruslah tetap dijunjung sebagai sistem perundangan yang terulung dan dihormati semua pihak.

“Ini bukan soal mempolitikkan isu tetapi ini adalah soal prinsip yang dijunjung seluruh sistem perundangan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Minggu lepas, usul melucutkan kelayakan Ting sebagai ADUN Pujut diluluskan dalam persidangan hari Ke-2 Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 DUN Sarawak ke-18.

Usul yang disokong 70 Adun dan 10 menentang dikemukakan selepas Ting dikatakan mempunyai 2 kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia selepas lama bermastautin di sana.



Author:

Facebook Comment