Exco Serikandi PPBM Letak Jawatan, ‘Muak’ Kemelut Dalaman Parti

Ahli tak berapa kerat, pemimpin satu persatu letak jawatan atau keluar parti. 

*******


Exco Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek hari ini melepaskan semua jawatan dalam parti itu kerana hilang kepercayaan dan “muak” dengan pergolakan dalaman di Perak.

“Saya selaku exco Srikandi PPBM dan juga ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah menyatakan hasrat melepaskan kedua-dua jawatan yang disandang kepada ketua perhubungan negeri PPBM Perak, ketua bahagian dan juga ketua Srikandi Malaysia PPBM sejak 20 Mei 2017 lagi.

“Hari ini, dengan rasminya mengumumkan peletakan jawatan tersebut sebagai tanda muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti.

“Tindakan ini juga sebagai menyatakan prinsip saya yang tidak gilakan jawatan, tetapi lebih mementingkan kebersatuan dan kestabilan sesebuah parti itu sendiri,” katanya. 

Pada 20 April lalu, seorang daripada pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta kerana mendakwa wujud unsur negatif seperti kronisme dan sikap “gila jawatan” yang semakin menebal dalam PPBM.

Beliau juga mendakwa perjuangan PPBM terpesong dan ramai ahli hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti yang melihat ahli parti mengikut “darjat” dan “kasta”.

Mengulas lanjut, Zulaiha berkata, pihaknya kesal dengan perpecahan dan keretakan hubungan sesama ahli dalam parti itu di peringkat negeri.

“Tidak sepatutnya berlaku keretakan, perpecahan dan berpuak-puak di dalam PPBM kerana ianya tidak mencerminkan moto parti ini iaitu bersatu, bermaruah, beramanah.” katanya. 


Author:

Facebook Comment