Video: EKSPEDISI KE7B,Penjelajah Mula Penyesuaian Iklim Di Kutub Utara




Kumpulan penjelajah Malaysia ke Kutub Utara kini berada di Longyearbyen, Norway bagi memulakan sesi penyesuaian iklim di kawasan cuaca esktrem berkenaan. Persiapan akhir itu juga termasuk persediaan kelengkapan diri sebelum mereka memulakan ekspedisi ke titik akhir kosong darjah Kutub Utara.

Kumpulan tiga penjelajah bersama petugas sokongan tiba secara berperingkat sejak Khamis lalu.

Ahli penjelajah, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin, Muhammad Irwan Yusoff Abdullah dan Shahrom Abdullah yang akan diiringi dua pemandu arah turut melakukan pemeriksaan kelengkapan yang bakal dibawah dalam misi berkenaan.

Misi berski sambil menarik luncur salji sejauh kira-kira 111 kilometer menyasarkan tempoh selama 11 hari.

Selain peserta Malaysia, satu kumpulan gabungan penjelajah Amerika Syarikat dan United Kingdom turut melaksanakan misi sama tahun ini.

Jelajah Kutub Utara adalah misi ke-6 kelab itu sejak 10 tahun lalu, dan telah melahirkan seramai 24 ikon perenang Selat Inggeris, pendaki Everest, penjelajah Greenland serta Kutub Selatan.

Manakala Penasihat KE7B Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles yang juga Setiausaha kepada Perdana Menteri dalam posting di FB nya https://www.facebook.com/akmarmokhles/?fref=ts berkata beliau positif untuk memastikan misi itu berjaya.

Demi negara, kami akan cuba lakukan yang terbaik untuk memastikan misi ini berjaya. Selain itu, kami ingin buktikan bahawa penjelajah Malaysia juga setaraf dan sehebat penjelajah Amerika Syarikat dan United Kingdom meskipun di Malaysia kita tidak ada salji.


Facebook Comment