Sebab Guan Eng Tidak Buat Kolam Renang Di Rumah Banglo Jalan Pinhorn


Siapa kata Guan Eng tidak bijak? Hujan dan banjir yang turun beberapa kali telah menyebabkan Penang menjadi banjir. Disebabkan air yang berlebihan dan berlakunya pembaziranlah sebab utama Penang banjir.

Itulah sebab utama Guan Eng naikkan surcaj air sebanyak 4 kali Penang dalam masa 9 tahun. BN perintah Penang 18 tahun, naik surcaj air sekali ja.

Patutlah Tokong tidak buat kolam air di banglonya, sebab dia dah tahu rancangannya sendiri untuk naikkan surcaj air. Bijak juga idea Guan Eng ini. Banyak boleh jimat jika tiada kolam air.

Sudah 4 kali surcaj air naik :

1) Pada tahun 2010, Guan Eng mengenakan surcaj pengurusan air (SPA) 24 sen untuk setiap 1,000 liter penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan.

2) Pada 2013, sekali lagi Guan Eng menipu rakyat. Kerajaan DAP Penang telah menaikkan surcaj air sebanyak 100% kepada 48 sen.

3) Pada 2015, DAP tipu rakyat lagi dengan kenaikan 16.7% surcaj air.

4) Pada 2017 ini, sekali lagi rakyat terus dibebankan dengan kenaikan lebih 100% hanya dengan alasan tidak mahu pembaziran.

Alasan Guan Eng, langkah ini diambil hasil daripada nasihat NGO yang tidak mahu air dibazirkan. Namun, sejak bila Guan Eng mendengar nasihat orang? Diktator punya keputusan lah.

Hasil Nukilan Tok Adi The Justice

Facebook Comment