Raja Bomoh Mengaku Insaf & Bertaubat : Segala Ritual Yang Dibuat Hanya Sekadar Lakonan




Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali dengan gelaran Raja Bomoh hari ini membuat pengakuan insaf dan bertaubat atas segala kelakuan dan perbuatan beliau yang menyebabkan Agama Islam dipandang hina.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) petang ini, Tn Hj Abd Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI menjelaskan bahawa Ibrahim Mat Zin telah membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Beliau  disabitkan dibawah Seksyen 7(a), Akta 559 bagi kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Sementara itu, Ibrahim Mat Zin juga merayu supaya gelaran Raja Bomoh tidak lagi digunakan terhadap beliau. Beliau mengaku bahawa segala ritual yang telah dibuat sebanyak lima (5) kali sejak peristiwa MH370 adalah lakonan semata-mata. Alatan yang digunakan langsung tiada apa-apa kesan,malah teropong yang digunakan tidak boleh melihat.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, dalam ucapannya beliau menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah supaya Ibrahim Mat Zin berkelakuan baik dibawah pemantauan pejabatnya.

Facebook Comment