#NegarakuMalaysia: Mahathir Mengatakan Bahawa Dunia Tidak Lagi Menghormati Malaysia - Tetapi...

TETAPI JOM LIHAT SEBAHAGIAN DARI APA YANG BERLAKU SEJAK PRU13:

July 2013, Perdana Menteri Japun Shinzo Abe melawat Malaysia

Oct 2013: Perdana Menteri Canada Steven Harper melawat Malaysia

Nov 2013: President China Xi Jinping  tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi selama tiga hari. Tidak pernah ada mana-mana Presiden China melawat Malaysia di zaman pentadbiran rejim Mahathir. 

Apr 2014. Presiden Amerika, Barack Obama melawat Malaysia dalam lawatan bersejarah. Presiden Amerika pertama melawat Malaysia semenjak 1966.
Tidak pernah ada Presiden Amerika melawat Malaysia sepanjang pentadbiran rejim Mahathir. 

Oct 2014. Malaysia menang kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC). 187 daripada jumlah 192 negara mengundi untuk Malaysia.

Dec 2014, Perdana Menteri Najib Razak bermain golf bersama Presiden Amerika Barack Obama. 

July 2015. Perdana Menteri British David Cameron melawat Malaysia

Nov 2015. Presiden Obama melawat Malaysia sekali lagi. 

Nov 2016. Perdana Menteri Najib Razak melawat China. President Xi dan Najib menyaksikan penandatanganan bagi  perjanjian yang terbesar dalam sejarah bernilai RM144 bilion bagi pinjaman dan pelaburan ke dalam negara Malaysia.

Nov 2016. Perdana Menteri Najib Razak melawat Japun. Japun menghadiahkan dua bot peronda kepada Malaysia.

DAN YANG TERKINI DALAM TAHUN 2017, INI TELAH BERLAKU:

Jan 2017: The Economist meramalkan Malaysia akan berkembang lebih cepat dan mengekalkan 8 paling cepat pertumbuhan KDNK paling berkembang bagi negara ekonomi utama di dunia bagi 2017

Feb 2017: Raja Arab Saudi melawat Malaysia. Melabur RM31 bilion. Tidak pernah ada Raja Arab Saudi melawat Malaysia semasa rejim Mahathir.

Mar 2017: Kementerian Pelancongan mengumumkan bahawa Malaysia menerima 26,757,392 pelancong pada tahun 2016 dengan pendapatan pelancongan pada RM82.1 bilion dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 18.8% berbanding dengan tahun 2015,

Mac 2017: Malaysia telah dipilih sebagai negara terbaik untuk melabur oleh BAR dan Young & Rubicam.

Mac 2017: Presiden Perancis Francois Hollande melawat Malaysia.

Mac 2017: laporan PBB mengisytiharkan Malaysia ke-4 negara paling bahagia di Asia. Malaysia melonjak ke atas lima tangga ke tangga 42 dalam indeks negara paling gembira di dunia bagi negara paling gembira di kalangan 155 negara

Mar 2017: Perdana Menteri Najib Razak melakukan lawatan ke India. Perdana Menteri Modi dan Najib menyaksikan penandatanganan perjanjian bersejarah bernilai RM157 bilion dengab RM142 bilion daripada projek akan dilaksanakan di Malaysia.

Mac 2017: Malaysia Airports Berhad melaporkan bahawa bagi 3 bulan pertama 2017, jumlah penumpang udara telah meningkat 10.5% manakala trafik antarabangsa bukan ASEAN telah meningkat 14.6% berbanding dengan 2016.

Apr 2017: eksport Februari Malaysia melonjak 26.5% - pertumbuhan paling kukuh dalam 7 tahun.

Apr 2017: Putera Raja Naruhito dari Jepun mengadakan lawatan rasmi lima hari ke Malaysia

Apr 2017: Bloomberg meletakkan Malaysia sebagai negara ke -11 paling sengsara daripada 65 negara. Negara-negara maju seperti China, Amerika Syarikat, UK, Kanada, Jerman, Australia, New Zealand dan lain-lain adalah lebih sengsara daripada Malaysia.

Apr 2017: Forum Ekonomi Dunia meletakkan Malaysia di kalangan sepuluh destinasi yang paling kerap dilawati di dunia.

Apr 2017: Malaysia bertambah baik kedudukannya dengan dua tangga dan pasport Malaysia kini yang keempat paling berkuasa di dunia, menurut Global Passport Power Rank 2017. Jika Malaysia tidak dipercayai atau dihormati, tidak banyak negara akan memberikan kita status visa percuma.

Apr 2017 Pasaran Malaysia telah meningkat 7% sejak awal tahun 2017. Peningkatan sebanyak 140 mata daripada 1617 mata pada 23 Disember hingga 1756 mata pada 21 April dana asing menjadi pembeli yang paling tinggi.

Buatlah penghakiman sendiri samada Mahathir betul atau salah bahawa Malaysia tidak dihormati.



#NegarakuMalaysia
#RespectMyMalaysia
#SayNoToSaboteurs

Author:

Facebook Comment