Najib Serah Peruntukan RM80 Juta Kepada Sekolah Pondok, SMAR, Tahfiz

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan peruntukan sebanyak RM80 juta kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan institusi tahfiz.

Perdana Menteri berkata peruntukan di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan institusi pendidikan agama ke arah lebih cemerlang.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), kali pertama peruntukan seumpamanya diberikan kerajaan dalam sejarah pendidikan tahfiz negara, katanya.

"Jika itu hasrat ibu bapa (menghantar anak ke sekolah tahfiz), maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan ia bukan sahaja pilihan ibu bapa tetapi satu pilihan yang dapat melahirkan insan-insan yang cemerlang.

"Sebab itu, saya mengambil keputusan meluluskan peruntukan tersebut untuk menggalakkan DPTN yang digubal boleh menentukan garis panduan supaya pembangunan pendidikan tahfiz menjadi lebih tersusun dan bersistematik," katanya ketika berucap pada majlis penyampian peruntukan itu di Seri Perdana di sini.

Majlis penyerahan peruntukan membabitkan 819 penerima mewakili sekolah pondok, SMAR dan institusi tahfiz dari seluruh negara itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Najib menegaskan bahawa komitmen kerajaan dalam membangunkan Islam dan institusi pendidikan Islam berada di tahap tertinggi terutama selepas memperkenalkan Indeks Syariah Malaysia (ISM) pada 2015, iaitu satu usaha untuk mengukur tahap keseriusan kerajaan dalam melaksanakan pembangunan negara berasaskan lapan prinsip maqasid syariah.

Perdana Menteri berkata daripada lapan prinsip berkenaan iaitu pendidikan, perudangan Islam, ekonomi, politik, kesihatan, sosial, kebudayaan serta prasarana dan persekitaran, bidang pendidikan mencatat pencapaian skor tertinggi 82.5 peratus, yang merupakan pencapaian yang perlu dibanggakan.

"Kejayaan ini adalah sesuatu yang amat bersejarah dan membanggakan di mana ia menjadi lebih menarik apabila turut diiktiraf pihak luar dengan kehadiran Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang juga �Penjaga Dua Kota Suci ke Malaysia pada 26 Feb hingga 1 Mac lepas," kaanya.

Najib berkata selain memantapkan hubungan Malaysia dengan negara Teluk, lawatan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada negara atas kejayaan dasar-dasar yang diperkenalkan terutama dalam memartabatkan Islam dan memajukan ummah.

Najib menegaskan bahawa komitmen kerajaan dalam membangunkan Islam dan institusi pendidikan Islam berada di tahap tertinggi terutama selepas memperkenalkan Indeks Syariah Malaysia (ISM) pada 2015, iaitu satu usaha untuk mengukur tahap keseriusan kerajaan dalam melaksanakan pembangunan negara berasaskan lapan prinsip maqasid syariah.

Perdana Menteri berkata daripada lapan prinsip berkenaan iaitu pendidikan, perundangan Islam, ekonomi, politik, kesihatan, sosial, kebudayaan serta prasarana dan persekitaran, bidang pendidikan mencatat pencapaian skor tertinggi 82.5 peratus, yang merupakan pencapaian yang perlu dibanggakan.

"Kejayaan ini adalah sesuatu yang amat bersejarah dan membanggakan di mana ia menjadi lebih menarik apabila turut diiktiraf pihak luar dengan kehadiran Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Kota Suci ke Malaysia pada 26 Feb hingga 1 Mac lepas," katanya.

Najib berkata selain memantapkan hubungan Malaysia dengan negara Teluk, lawatan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada negara atas kejayaan dasar-dasar yang diperkenalkan terutama dalam memartabatkan Islam dan memajukan ummah.




Author:

Facebook Comment