Mahathir Bengang: Siapa Nak Keluar Parti, Silakan

Selepas dibongkarkan oleh pengasas parti isendiri sebagai parti uang penuh kronisma, fitnah dan gila jawatan, Mahathir sudah bengang. 



*************

Dipersilakan keluar.

Mahathir “mengalu-alukan” mana-mana ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berniat keluar parti untuk berbuat demikian.

Pengerusi PPBM itu berkata parti itu tidak memerlukan ahli yang tidak meletakkan agenda parti sebagai keutamaan.

“Berkenaan mereka yang ingin keluar parti, mereka dialu-alukan untuk keluar parti.

“Kami tidak mahu mereka yang berada di sini atas dendam peribadi atau mahukan jawatan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Kenyataan bekas perdana menteri itu seminggu selepas salah seorang pengasas PPBM, Kamarulzaman Habibur Rahman, mengumumkan keluar sambil meluahkan kekecewaannya dengan sikap beberapa bekas ahli Umno dalam parti itu yang lebih mementingkan jawatan.

Awal bulan ini, sejumlah 500 ahli PPBM Rembau keluar parti dan menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir.

Mahathir berkata, kepimpinan PPBM hari ini memutuskan beberapa tindakan yang akan diambil bagi menangani masalah yang dihadapi parti itu, termasuk soal pelantikan peringkat negeri.

“Pastinya akan ada yang tidak gembira tetapi jika kita mengikut penyelesaian mereka, orang lain pula tidak gembira.

“Maka kami akan kekal dengan keputusan kami,” katanya.

Mahathir berkata jawatan ketua bahagian tidak menjamin seseorang itu akan dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, sebaliknya keutamaan diberikan kepada “calon boleh menang”, sama ada dari PPBM atau dari rakan komponen Pakatan Harapan.

“Bukan siapa yang ada duit banyak, dari (mana-mana) kumpulan, jauh sekali kroni,” katanya.

Ahli pun kena bayar

Ketika ditanya dakwaan jawatan ketua bahagian PPBM boleh dibeli dengan harga RM250,000, Dr Mahathir secara sinis menjawab:

“Bukan sahaja jawatan, nak masuk pun kena bayar, RM4. Kalau ahli seumur hidup, RM100.”

Sinar Harian pada 24 April memetik seorang ahli PPBM yang tidak dinamakan mendakwa tawaran seumpama itu berlaku di Johor.

Sebaliknya, Mahathir berkata PPBM adalah “parti miskin”.

“Hal itu tidak timbul sama sekali, tetapi kalau ada yang nak bagi duit kita tak tahulah,” katanya.


Author:

Facebook Comment