Kejayaan Misi Tawan Kutub Utara Bakal Terukir Tengahari Ini



Penjelajah Malaysia yang menggalas Misi Tawan Kutub Utara dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua(KE7B) yang di ketuai oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin  memaklumkan pukul tiga pagi ini perjalanan mereka berbaki 10 km sahaja lagi. Jika tiada halangan mereka di jangka mereka akan sampai ke titik 90 darjah iaitu tempat paling utara di muka bumi ini sebelum tengahari hari ini.


Berkongsi di FB pages beliau, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof iaitu Penasihat KE7B yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri memberitahu ketiga-tiga mereka sihat dan berharap dapat menamatkan ekspedisi hari ini yang juga jatuh pada ulang tahun kelahiran Qobin ke 35.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat begitu teruja bila berkongsi di FB beliau semalam bakal  kejayaan penjelajah tawan kutub utara ini setelah dilaporkan semalam mereka telah berjaya menyelesaikan jarak perjalanan sejauh 55 kilometer yang bermula dari degree 89.0 ke 89.51 dan berbaki lagi 0.49 degree menuju 90 degree kutub utara dan di jangka boleh tiba di titik 90 darjah Kutub Utara ke garisan penamat sekaligus menamatkan perjalanan dengan memakan masa enam hari sahaja iaitu lima hari lebih awal dari jadual jika cuaca berterusan baik.

Pasukan ekspedisi keseluruhannya mengandungi 4 peserta setelah seorang penjelajah Kanada turut menyertai team itu selain jurupandu arah bernama Chris dan Taylor.

Jelajah Kutub Utara adalah misi ke-6 KE7B sejak 10 tahun lalu, dan telah melahirkan seramai 24 ikon perenang Selat Inggeris, pendaki Everest, penjelajah Greenland serta Kutub Selatan sejajar dengan fokus matlamat  KE7B untuk melahirkan lebih ramai lagi ikon sukan lasak untuk menjulang nama negara ke peringkat dunia.







 

Facebook Comment