KE7B Takluk Kutub Utara Lima Hari Lebih Awal - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, April 19, 2017

KE7B Takluk Kutub Utara Lima Hari Lebih Awal




Pada hari ke-5 ekspedisi, tiga anak muda Penjelajah Malaysia dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Muhammad Muqharabbin Mokhtarruddin, 37, Shahrom Abdullah, 37, dan Mohd Irwan Yusof Abdullah, 35 dilaporkan telah berjaya menyelesaikan jarak perjalanan sejauh 55 kilometer yang bermula dari degree 89.0 ke 89.51 dan berbaki lagi 0.49 degree menuju 90 degree kutub utara dan di jangka boleh tiba di titik 90 darjah Kutub Utara besok hari 20 April ke garisan penamat sekaligus menamatkan perjalanan dengan memakan masa enam hari sahaja iaitu lima hari lebih awal dari jadual jika cuaca berterusan baik.


 
Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof iaitu Penasihat KE7B yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri berkongsi perjalanan tiga anak muda yang menggalas misi menakluk Kutub Utara ini di FB pages beliau https://www.facebook.com/akmarmokhles/posts/954992791303336 memberitahu beliau akan dihubungi setiap tiga hari bagi memaklumkan kedudukan terkini mereka dan kasihatan mereka setelah mnjalani latihan yang memeritkan selama tujuh bulan.



"Hari ini hari ke-5 ekspedisi. Syukur semalam kami berjaya menyelesaikan 55km iaitu separuh daripada perjalanan bermula dari degree 89.0 ke 89.51 dan berbaki lagi 0.49 degree menuju 90 degree kutub utara. Penjelajahan kami pada hari ketiga diganggu oleh seekor beruang kutub yang menghampiri khemah salah satu kumpulan lain dan kami terpaksa berjaga setiap masa. Hari ini kami akan cuba berski sejauh 18 hingga 25km sekiranya laluan mengizinkan."
Selain peserta Malaysia, satu kumpulan gabungan penjelajah Amerika Syarikat dan United Kingdom turut melaksanakan misi sama tahun ini.

"Antara cabaran lain yang kami tempuhi ialah terlalu banyak bongkah2 ais yang pecah dan kami terpaksa berulang kali mengangkat sledge dan berdepan dugaan terjatuh ke dalam air laut ais kerana ketebalan ais hanya antara 3 hingga 4 meter mengikut maklumat jurupandu.Apapun perjalanan ini adalah perjalanan yang sangat unik kerana penjelajahan atas air laut berais dengan suhu antara negatif 15 hingga negatif 40 darjah selsius."
Jelajah Kutub Utara adalah misi ke-6 KE7B sejak 10 tahun lalu, dan telah melahirkan seramai 24 ikon perenang Selat Inggeris, pendaki Everest, penjelajah Greenland serta Kutub Selatan sejajar dengan fokus matlamat  KE7B untuk melahirkan lebih ramai lagi ikon sukan lasak untuk menjulang nama negara ke peringkat dunia.







No comments:

Post a Comment